Thursday, February 20, 2014

Headache

Slept 9 hours last night...like a baby. Alhamdulillah for the nikmat. The night before that I only slept for two hours due to headache and some other issues. Almost took sick leave or emergency leave yesterday due to unwell but decided to force myself to work as we were short of staff. Alhamdulillah everything went well yesterday.

Been having headache for the past three days since I sent the infant with meningoencephalitis to PICU. Been thinking perhaps the bacteria or virus had spread to me? My housemate helped me to get tab Ciprobay 500mg stat dose as a prophylaxis. 

Perhaps its only a tension headache... Lack of rest and too much of pressure at work, family problems, adjustment disorder etc...

Friday, February 14, 2014

Pertolongan Allah


La haula wala quwatailla billah...
Ku ulang-ulang banyak kali. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Allah yang melancarkan perjalanan kami dalam ambulans tadi, sungguhpun aku bertarung dengan rasa pening dan mual yang hebat.

Kelmarin dulu aku sudah rasa tak sedap hati. Bertukar oncall dengan seorang colleague yang MC dua hari kerana laryngitis. Makan tak lalu. Jamuan Tahun Baru Cina anjuran BAKTI aku abaikan. Hanya makan on call breakfast pukul 10.30am. Lunch hour...dapat referral dari labour room. Ada BBA case. Baby not doing well. Grunting, hypothermia dan hypoglycaemia. Terpaksa refer case ke SCN untuk CPAP. Pukul 1 dah di labour room, 4.15pm baru balik ke wad. Uneventful night. Hanya dua admissions, first case at 9pm, second one at 3 am. Even masa solat Subuh aku masih mendoakan yang sama - agar Allah permudahan urusan on call, semoga semua patients stabil dan tiada referral yang pelik-pelik.

7.15am, sedang aku angkut beg keluar dari oncall room, ED MO called, referred a case of 6  year old with cerebral palsy, presented with vomiting and breathlessness. Our regular customer.Aku suruh admit saja. Boss kan ada, dia boleh tengok dulu and decide later either needs to transfer out or not. Mujur aku tak pergi attend that case in ED. Sedang aku duduk review results, patient yang came in at 3 am tu fitted. Attended stat.

Generalised tonic clonic..aborted with IV Valium...for a while. Boss was called. Mujurlah ada team yang sangat bagus pagi ni. From staff nurses, to JM, to sister, to PPK...masyaAllah, alhamdulillah. Patient developed septic shock, and covered for meningitis as well. Surprisingly boss asked to refer Anaesthetic team for intubation. Can't she intubate?

Masa tengah busy resus tu, patient with cerebral palsy tu masuk. Aku terpaksa ignore dia. My colleague yang attended him. Difficult intravenous line, as usual. Tak cukup dengan itu, ada 3-4 admissions that early hours, before we send off patient yang fit tu. Another regular customer, patient with IBD tu pun appeared at the same time. Ibu dia tengok kami semua busy, dia minta diri dulu and promised to come back in the afternoon.

I was at the centre of attention when I took over bagging from my colleague, ready to move the patient to the ambulance. Every eyes in the ward was on us. (I hope) everyone prays that the child will be safe and healthy. Even sister ikut hingga ke ambulance and helped us with all the wires and tubes. The journey was quite fast despite the traffic congestion on Friday late morning.

Aku terpaksa turunkan my facial mask. Perlukan udara untuk bernafas. I knew that I was hunger for oxygen as I kept on yawning. My head was spinning. I was nauseated to the max. My empty stomach was really hurt. My last meal was my lunch at 5.30pm the day before. No dinner. No breakfast. We arrived safely. Patient did not desaturate, only struggled several times, despite midazolam and fentanyl.

PICU was full. Alhamdulillah they managed to arrange a bed for us. Syukur. Warm welcome from the staff nurses. 4-5 of them, happily received our patient. They continuously praised our patient for his cuteness (even though he is sick). Case was presented to Consultant Paediatric Intensivist. Such a cool and calm consultant. She did not even question or scold us for our humble management. She continued most of our plans. She did some history taking from mother. Alhamdulillah, things that she asked were exactly the same with my initial clerking. So I did not miss anything. Patient was well upon admission.

She explained about child's current condition and future near plans to the mother. Also, about the same with what I had explained to the mother prior to transfer. Mother seems to accept it calmly. I did not give wrong information..and I was glad that I did the explanation, and not my boss. Allah made it easy for me, alhamdulillah, subhanallah. Before we left, I whispered to the mother to keep on praying to Allah, she shooked my hands and thanked me. I really hope that she is satisfied with our management and stay strong.

Ya Allah, please heal our little patient, make him back to his healthy life and protect him from any unwanted circumstances. We all love him.

This is the thing that I really don't want to happen during on call. Yet, it still happened. A test from Allah. Allah never tests me with what I couldn't bear. He guided me through and made it smooth for me. Alhamdulillah.

La haula wala quwatailla billah...

Thursday, January 16, 2014

Holy Quran verse 115 of chapter 23. Al-Muminun

Assalamu Alaikum,

Have you read verse 115 of chapter 23. المؤمنون in the Holy Quran?

أَفَحَسِبتُم أَنَّما خَلَقنٰكُم عَبَثًا وَأَنَّكُم إِلَينا لا تُرجَعونَ

Malay translation
______________________________

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Sent using alQuran. http://iphone.almubin.com/alQuran



Sent from my iPad

Thursday, January 02, 2014

Naik !

Tertarik dengan usaha rakyat marhaen berkumpul untuk membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru. Dengar kata dalam 10 ribu orang lebih turun. Solat berjemaah di luar bangunan Sogo. Demo demo juga, solat tidak tinggal. Tapi yang kelakarnya perhimpunan itu telah dicop sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan. Sejak bila perkataan turun didefinisikan sebagai guling? Jelas ada pihak sengaja timbulkan provokasi, cuba menakut-nakutkan rakyat dan cuba menampakkan perhimpunan itu sebagai jenayah besar. Kemudian pakat ramai-ramai buat laporan polis. Menyemak sistem polis saja. Hari ini dah dua Januari, tergulingkah kerajaan?

Dah nama pun bien, memang barang naiklah. Tak serik-serik...dah kalah undi popular pada PRU13 pun masih mahu membebankan rakyat. Ditambah pula dengan kenyataan level budak sekolah daripada para menteri. Jika tak suka kerajaan, keluar dari Malaysia. Jika tak mahu bayar tol, ikut jalan tak bertol. Jika harga ayam mahal, makan sayur. Apakah??? Seingatku, zaman dulu-dulu tiada pula menteri cakap macam ni. Zaman PM sekarang yang jadi macam ni. Masalah kepimpinankah?

Namun dalam banyak-banyak benda yang naik ni, aku setuju sangat jika kerajaan naikkan kos perubatan di hospital awam. Biar terdidik sikit rakyat Malaysia. Jangan terlalu ambil mudah, jangan manja sangat dengan subsidi kerajaan. Access to health adalah hak semua, namun free access bukan untuk yang mengada-ngada itu.

Caj yang terlalu murah di klinik-klinik kesihatan serta hospital kerajaan menyebabkan segelintir rakyat ambil mudah, malah ada yang menjadi demanding tak kena tempat. Mereka datang pada bila-bila masa mereka suka, walau hanya sakit sikit-sikit yang tak perlu rawatan pun. Mereka datang ke kecemasan pada waktu malam untuk mendapatkan ubat batuk dan selsema...tidakkah mereka terfikir untuk spare ubat demam dan selsema di rumah, kemudian esoknya baru datang berjumpa doktor? Tiada common sense, tiada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Mereka rasa health service yang bertanggungjawab untuk kesihatan mereka - provide doctors, provide medicine etc. Inilah yang menyebabkan kebanjiran kes-kes bukan kecemasan di jabatan kecemasan, sehingga menyebabkn long waiting time.

Ada pula yang mengadu, farmasi hanya bagi satu papan paracetamol saja, mana cukup? Encik...datang untuk URTI, dapat paracetamol, piriton, syrup benadryl dan thymol gargle...empat jenis ubat pada harga RM1. Agak-agaknya berapa kena bayar jika beli ubat tu di farmasi luar atau pusat rawatan swasta? Itupun masih tidak tahu bersyukur. Jika ubat habis, datanglah lagi. Atau, jika ada rasa tanggungjawab, beli sendiri, bukannya tak mampu, sekadar panadol biasa.

Bayaran di klinik pakar cuma RM5. Ini lagilah demanding. Jadi doktor sendiri. Siap request nak jumpa pakar, sedangkan sakit biasa saja. Jika tak rujuk ke pakar, mereka complain. Sedarlah diri, negara kita belum cukup ramai pakar nak menampung permintaan pelik anda. Suasana kerja dan peluang sambung belajar di Malaysia juga tidak kondusif, menyebabkan ramai doktor tidak ambil kepakaran.

Jika di luar negara, kebanyakan negara-negara maju mengamalkan sistem family GP. Setiap famili atau individu, ada GP sendiri. Mereka yang sakit akan jumpa GP dulu, dirawat di klinik dahulu, jika teruk, baru dirujuk ke hospital. Kadar peratus pesakit yang dirujuk adalah rendah, hanya yang betul-betul perlu sahaja dirujuk. GP mengenakan caj untuk setiap konsultansi, sebelum aku graduate, caj GP di Ireland ialah 60 euro. Itu belum termasuk ubat. Ubat hendaklah dibeli sendiri di farmasi yang biasanya terletak di sebelah klinik. Sebab itu mereka lebih menghargai ubat yang diberikan, dan bila sakit betul baru pergi jumpa GP. Sanggupkah membayar 60 euro untuk sakit yang ringan-ringan? Kebanyakan mereka juga lebih celik ilmu, mereka tahu ubat apa perlu dimakan jika demam, batuk, selsema, mereka tahu apa itu aspirin, mereka tahu berapa temperature jika demam. Rakyat kita?

Demam baru semalaman dikatakan emergency, marah sebab kena tunggu lambat di kecemasan, ugut doktor, jika saya mati, bagaimana? Sudahlah tak berilmu, tak berbudi bahasa pula, ya? Di Ireland sebelum aku balik dulu, caj untuk pesakit yang walk in ke jabatan kecemasan ialah 100 euro...jika dirujuk oleh GP, baru free. Sebab itu jabatan kecemasan di sana kadangkala lengang...hanya kes yang benar-benar cemas saja yang masuk. Bila penuh pun sebab MVA ataupun ada outbreak seperti AGE. Bayangkan jika jabatan kecemasan kita mengenakan caj RM100 kepada pesakit, agaknya ramai tak yang datang untuk URTI pada waktu malam? Tak boleh tidur pun datang ke kecemasan, apa yang cemas sangat encik?

Sistem kesihatan kita memerlukan rombakan yang besar untuk menambaikkannya. Rakyat perlu diajar, bukannya mereka yang ajar doktor. Rakyat perlu lebih rajin membaca, kenali ubat-ubat asas, bukannya baca pasal penyakit, lepas tu diagnose sendiri dan demand macam- macam. Paling tak boleh tolerate ialah pesakit yang asalnya mendapatkan rawatan di klinik swasta, kemudian berasa tidak mampu, lalu datang ke klinik kerajaan...dan demand nak ubat yang sama. Kerajaan tak tanggung telmisartan dan lipitor untuk semua orang, harganya tinggi, encik! RM1 sudah boleh dapat sepuluh jenis ubat darah tinggi, kencing manis, hyperlipidaemia, sakit kulit, asthma, sakit jantung...untuk enam bulan! Wow, jika beli di pusat swasta, berapa harganya? Itupun rakyat masih tidak bersyukur.

Tunggu lama untuk jumpa doktor? Nak buat macam mana, pesakit terlalu ramai! Bilangan doktor adalah terhad, maka terpaksalah menunggu. Sila salahkan orang-orang yang datang sebab hal remeh temeh, dan buatkan anda yang sakit ni terpaksa menunggu lama!

Jadi jika kerajaan barang naik ni mahu merombak sistem kesihatan dan menaikkan caj rawatan, aku setuju benar! Sudah tentulah bantuan akan diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Yang mampu tu, bayarlah cajnya ya!