Excited nak menghadirinya. Sesiapa berminat masih sempat mendapatkan tiket, ayuh menimba ilmu!
Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Tuesday, April 22, 2014
Mahal Harga Ilmu
Bila dah terlibat sendiri dengan penganjuran majlis besar, baru tahu, boleh tahan juga caj yang dikenakan untuk menjemput penceramah. Mencecah 1K. Iyalah, nak bayar kat PA dan pengurusan lagi. Tiket disediakan jika naik flight. Katakan seminggu ceramah lima kali, kalau sebulan dah 20 kali, mencecah 20K sebulan tu! Tolak gaji pengurusan dan beli baju...masih banyak baki lagi. Lama-lama boleh gelap mata juga. Sebab tu ramai juga para ilmuwan/ustaz ustazah yang buat kerja amal...bina pusat pengajian, sponsor pelajar sekolah pondok dan sebagainya.
Tinggi harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu. Ustaz pun nak hidup juga ya? Bukan macam zaman dulu-dulu, ilmu diberi percuma, takpun dicaj minima.
Allahualam. Semoga caj yang mereka kenakan ni berpatutan dan sudah dikira seteliti mungkin. Takut nanti disoal di akhirat pula.
Rasa-rasanya, seorang doktor yang merawat dan mengubati orang sakit, berapa mereka patut dibayar? Nak layan karenah pesakit yang bukan sedikit, nak investigate, nak diagnose, nak manage, nak follow up lagi...hmmm. Tak mengapa, betulkan niat kerana Allah. Berapalah sangat dakwah yang doktor boleh buat semasa merawat pesakit, berbanding ceramah ustaz yang selalunya bisa membuka hati-hati manusia.
Semoga Allah memberkati setiap pekerjaan halal yang diniatkan keranaNya...
Monday, April 21, 2014
Sunday, April 20, 2014
SIBUK
Dua minggu yang sibuk. Apabila dilanda kesedihan dan kerungsingan, Allah kurniakan kesibukan sebagai pengubat duka. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Allah itu Maha Adil.
Minggu lepas aku di Room 4. Hanya sehari berteman, selebihnya bersendirian. Hari Khamis paling mencabar. 74 patients pada sesi pagi sahaja! Macam nak termuntah, pukul 1.15pm baru habis. Itupun berjaya divert 2 patients untuk kembali pukul 2 kemudian. Kebanjiran yang tiba-tiba. Kebanyakannya datang pada pukul 12 tengah hari. Dengan hanya bayaran RM1, mereka demand nak ubat macam-macam. Started Plavix in private hospital, tak mampu nak terus bayar, request nak sambung di public hospital. Pardon us, we don't supply Plavix for long term, you need to buy yourselves..or convert to aspirin/ glyprin! Bayar RM1, request nak buat test itu dan ini. Nak X ray bagai, nak ultrasound. Sila sedar daripada lena, tahukah berapa kos ujian-ujian tersebut? Memanglah kerajaan bagi subsidi, tapi kenalah order bila perlu sahaja, bukan ikut suka sahaja.
Isnin, pergi cari wedding gift yang dah lama tertangguh. Selasa, meeting pengurusan persatuan. Rabu, edar flyers di pasar malam. Khamis, ada dinner date dengan housemate. Jumaat, balik rumah parents. Bila masa nak study?
Sabtu ada Penang Sihat pula. Mencabar cari lokasi, macam explorace. Cari dalam GPS memang tiada, dalam Google pun tiada, memang ulu betul. As planned, aku stopped by police station untuk tanya jalan. Pegawai polis pun macam tak pasti tempat tu di mana. Tapi mereka guided aku ke arah yang betul. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan padaku, terlepas sikit simpang masuk ke kampung tu, then aku turned balik. Aku doktor yang pertama sampai. Urusetia dah setia menunggu. Kecoh mereka kata doktor-doktor sesat. Mereka bermotor mencari rakan-rakanku di simpang jalan. Alhamdulillah semua berjaya sampai dengan selamat. Program berjalan lancar. Majoriti penduduk di situ sihat belaka. YB hanya sampai pada pukul 11 pagi. Agak lambat bagiku. Ramai penduduk dah balik. Tinggal orang-orang kuat beliau dan ajk masjid saja. Kata nak kempen sampai menang, YB? Kata urusetia, kawasan ni dulu kalah walaupun semua penduduknya Melayu. Habis program, dijamu nasi lemak, terus pecut balik.
Ahad...pukul 9 pagi lebih dah berkampung di dapur. Kena masak awal sebab ada meeting nanti. Ikan curut goreng, paru masak kunyit, bendi goreng, sambal tumis ikan bilis, asam pedas dan nasi beriyani! Semua siap dalam sejam setengah. Lepas Zuhur dah gerak keluar. Lokasi meeting ditukar ke SPU, bukan di tempat biasa. Jauhnya...tapi sangkut dari Convent Light Street hingga nak masuk Jelutong Expressway. Setengah jam di situ! Sampai 15 minit lewat, mujurlah meeting tak start lagi. Kali ni semua urusetia hadir, penuh satu bilik. Habis pukul 4.55pm, terus pecut balik, ingat bolehlah sampai awal dan berehat panjang sikit. Tiba-tiba mak called, bagitahu Tok Lang Mat Bomba meninggal, perlu pergi ke rumahnya untuk ziarah. Aku terus fetch mak dan ayah dan berpatah balik ke Bayan Baru.
Genap setahun enam hari Tok meninggalkan kami...kini giliran Tok Lang Mat pula. Pergi pada usia 86 tahun. Sungguhpun aku tidak rapat langsung dengan arwah, aku tetap sebak tatkala melihat jenazah dikapankan. Kaku tak bermaya. Begitulah aku bila mati nanti. Tinggalkan dunia, menuju alam seterusnya. Sesungguhnya kematian itu pengajaran paling berkesan dan menginsafkan.

Saturday, April 19, 2014
Tuesday, April 08, 2014
I'm Back
Alhamdulillah, back to clinic. Many patients, different attitudes. Yet at least I do not have to think about oncalls.
It has been a while since I last felt the fruitful feelings. Last weekend was quite fruitful. I spent one whole Saturday with my parents, trying to sort things out. Hope that everything will go well. Our mission is to get everything ready by next year.
Sunday was another event. Health service to all women in the Women gathering. Really glad to meet all these people.YB Zailah's speech was magnificent. It was too amazing how she could talk and talk (a good speech, to be precised) without having lost of idea. She went to Pahang and Terengganu the day before, and continued her journey to Penang the next day. Impressive.
That afternoon, a meeting was cancelled, so I headed home straight away and finished my laundry. Such a good weekend, looking for another one soon.
Subscribe to:
Posts (Atom)