Tuesday, May 31, 2016

Syahdu tak habis lagi

Dari balik tadi, sampai sekarang.Dah dekat empat jam. Melankolia. Apa yang syahdu sangat pun tak tahu. Nak kata PMS, dah MS. Undescribable feelings. Stress out. Ingat itu ini. Masa dah makin dekat, hati makin gundah. Inilah namanya dugaan. Kuat atau lemah?

Tuesday, May 24, 2016

Dia Pergi Menghadap Ilahi

Dia yang sempat dikenali setahun yang lalu.
Dia yang mengimami solat-solat jemaah.
Dia yang mengetuai bacaan tahlil.
Dia yang menjadi jurucakap keluarga.
Dia yang membacakan doa selamat.
Dia yang dinanti ketibaan.
Dia yang merendah diri walau hadir bagai VIP.
Dia yang disenangi ramai.
Dia yang dihormati segenap penduduk.

Saat ini, dia sudah tiada di dunia.
Dia pergi menghadap Ilahi petang semalam.

Rabu malam, dia hadir berkuliah dengan ustaz.
Ustaz menyebut, jika panjang umur, moga berjumpa lagi di kuliah selepas raya.
Umurnya setakat itu saja.
Ustaz kembali, ke hadapan mengimami solat jenazahnya.

Khamis malam Jumaat, dia mengetuai bacaan Yaasin.
Lantang dan semangat bacaannya.

Jumaat pagi, dia mengimami solat Subuh dan sujud Sajadah.

Sabtu, dia tidak kelihatan lagi.
Yang kedua mengambil alih tempatnya.

Isnin Subuh, tidak kedengaran suaranya.
Hujan renyai-renyai disangka halangannya.

Isnin usai Zohor, dia kembali kepada Pencipta.
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.

Walaupun singkat perkenalan, sudah cukup untuk membibitkan kasih.
Orang baik pasti dikasihi.

He is definitely a person close to the heart.
Al-Fatihah buat Tok Imam Haji Yaakob.

Makcik

Pagi ini pukul 6.50am dah keluar dari rumah. Keluar awal dari biasa, cuba membuang rasa gementar yang bersarang di benak. Pertama kali menjadi pegawai pemeriksa bakal haji. Sampai di hospital, terus beli roti di mart, in case kantin hanya ada nasi. Minggu lepas berjaya tak makan nasi selama dua hari saja, masuk hari ketiga, jabatan buat jamuan pula. Minggu ni nak panjangkan rekod. Diet sihat + senaman. Alhamdulillah, ada bihun goreng di kantin.

Selesai sarapan, duduk di kaunter dahulu. Awal lagi nak naik ke dewan, boss pun belum sampai lagi. Pukul 7.50am, dah naik ke dewan. Tak betah berlama-lama di kaunter. Nasib baik tak lama di situ, rupa-rupanya MAKCIK meroyan hari ini.

Di dewan, bakal-bakal haji dah sedia menunggu. Pukul 8am, baru nak ke meja depan, nampak MAKCIK masuk, bercakap dengan boss. Pasang telinga. Nampak dia pegang punch card. Dengar boss buat panggilan kepada rakan sekerja yang baru berada di parking. Masa tu dah pukul lapan lebih. Habislah...kena lagi. Boss pun dah stress, orang kacau dia pagi-pagi.

Menurut cerita staff lain, MAKCIK turun semula ke klinik, mencari doktor-doktor yang terlewat sampai hari tu, siap tawaf dua tiga kali...siap hantar spy...kejap matron datang, kejap penyelia datang. Hmmmm lain kali hantar polis teruslah.

Patutnya ada tiga pegawai pemeriksa, tetapi last minute, seorang terpaksa ke JKN. Tinggal aku dan boss. Aku pula first time, mestilah tengok slow sikit, gear tiga. Lagipun Penang adalah kedua tercorot tahun lepas, jadi tahun ni kena periksa betul-betul. Tea break pukul 10am makan bihun lagi.Patutlah kantin ada bihun awal, rupa-rupanya masak untuk tempahan sekali. Tapi teh tarik dia sedap!

Sambung tengok, kali ni penyelia dah bising, suruh pakai gear lima. Stress jugalah...dengan panas tempat tu, angin tak kena. Akhirnya habis pukul 1.20pm....turun ke bilik, rehat sekejap, terus solat. Makan pun tidak. Sempat dengar cerita nurse pasal lawatan MAKCIK ke klinik. Petang tu buat audit...boss datang bilik penyelia untuk buat record jemaah haji pula. Dengar cerita pasal MAKCIK lagi. Khabarnya dia gagal dapat JUSA...jadi tak berjaya transfer ke hospital besar. Ermmmmm...bad news.

Pukul 3.30pm, datang dah surat-surat cinta, tiga doktor dapat...boss pun dapat. Alhamdulillah kali ni aku tidak terlibat...kalau dia datang spotcheck pun, aku dah berada di bilik sebelum 7.45am lagi. Punch card pun sendirian berhad. Hmmm punch card boss pun xxx and company, bukan sendirian berhad.

Lepas tu boss cakap, 4.30pm MAKCIK nak jumpa semua di bilik mesyuarat...pulak dah. TApi...boss kata aku kena cover klinik sorang-sorang...maka dikecualikan daripada menghadirinya. Alhamdulillah....masa tu memang bersyukur sangat...rasa Allah peliharaku. Tak sanggup nak menghadap muka dia, dengar suara dia, renung jelingan mata dia dan hadam arahan diktator dia. Cukuplah apa yang dia dah buat sebelum ni. Kalau dia nak dendam sangat, orang lain yang jadi mangsa dia dua kali lebih dendam.

Pukul 4.30pm,sempat tengok tiga pesakit baru, dan dua pesakit pass over MO lain. Sebelum pukul lima dah selesai, tapi curiga pula, nak balik, atau kena attend meeting tu? In the end, duduk di kaunter saja, sembang dengan staff sampai lima lebih, nampak geng-geng kena lecture pun turun. Sampai ke kaki dia komen, semua kena pakai socks! Lepas tu tiga orang mangsa tu disuruh datang awal, 7.30am dah kena sampai, untuk sebulan! Apa-apa sajalah MAKCIK, kalau you boleh cakap pasal keberkatan, aku boleh cakap pasal keadilan seorang pemimpin. Di akhirat nanti, antara yang terawal masuk neraka adalah pemimpin yang zalim, yakni yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masamu akan tiba!

Esok sehari lagi. Biiznillah...

Friday, May 20, 2016

Nasihat Kepada Keluarga Islam

SHAH ALAM – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV.

Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.

"Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

"Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. 'Prime time' bukan untuk TV tapi untuk kenal ALLAH dan Nabi Muhammad SAW kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu," katanya.

Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW.

"Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

"Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak," katanya.

Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.

Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.

"Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.

"Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur," ceritanya.

Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. Ya ALLAH, bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka," pesannya.

Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan ALLAH.

"Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada ALLAH. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.


Sent from my iPhone