Tuesday, April 26, 2011

Esok kerja balikkk

Gelisah,
esok perlu bekerja semula selepas dua hari bercuti
cuti pertama dalam jabatan ini
bulan lepas tak bercuti langsung

Gembira,
weekend call baru-baru ini sangat baik
walaupun paginya berseorangan bersama new taggers
malamnya tiada admission langsung
lena dibuai mimpi ditemani gigitan nyamuk

Muram,
esok oncall, kemudian EOD call
siapalah yang bijak menyusun jadual begini
mujurlah bukan call yang menyulitkan
rakan call pun yang best
semoga Allah permudahkan...

Syukur,
Misi kedua sudah memulakan langkahan yang pertama
Bakal disempurnakan hujung minggu ini
Dengan izin Allah ia bakal sempurna
Semuanya demi kedua orang tua
Bolehlah mula melakar misi ketiga pula

Entah,
tidak pasti apa perasaan, apa yang dirasa
kadang tenang kadang resah
adakah itu yang terbaik atau sekadar menguji
sudah tiba masanya namun tiada kepastian
tidak teruja tidak pula menolak
cuma menanti petunjukNya

No comments:

Post a Comment