Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Sunday, September 04, 2011
Salam Aidilfitri
Esok kerja....
Alhamdulillah cuti seminggu telah berlalu.
Segala suka-duka menyambut lebaran telah dilalui.
Murah rezeki kami tahun ni dikunjungi ramai tetamu, kerana kini Tok tinggal bersama kami.
Juga satu cabaran besar buat kami menjaga seorang warga tua, menuntut kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi.
Beraya sebagai orang bekerjaya, dapat menghadiahkan duit raya kepada sanak-saudara..
Jika merasa diri ini susah, ada orang lain yang lebih perit lagi
Jika merasa diri ini sepi, ada orang lain yang lebih sunyi lagi
Jika merasa diri ini sedih, ada orang lain yang lebih sadis lagi
Maka bersyukurlah dengan nikmat Allah, kerana setiap orang itu mendapat nikmat yang berbeza, walau suka,walau duka, semuanya adalah dugaanNya.
Keinginan yang terpendam tetap bermain dalam rahsia hidup
Semoga Tuhan mendengar doaku untuk menjadikannya satu kenyataan
Harus tabahkan hati untuk menempuh segala cabaran
Jika mereka boleh, diri ini juga pasti boleh
Harus teguh berdiri, yakin akan janjiNya
Salam Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Berhati-hati di jalanraya
Selamat bekerja semula
Jadikan hidup dan mati hanya untuk Allah
InsyaAllah yang lain-lain akan menyusul
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment