Siapa kata negara kita kekurangan pakar perubatan? Sebenarnya setiap hari kita dapat melihat kemunculan pakar-pakar perubatan baru, terutamanya dalam bidang kanak-kanak.
" Saya tengok dia okay saja, tak perlulah ambil darah"
" Dia nampak penat, tapi kat sini tak buat apa-apa pun, saya nak transfer ke private hospital lah"
" Kenapa, awak tak pandai ambil darah?"
Kenyataan di atas adalah antara komentar yang dilontarkan oleh pakar-pakar ini. Saban hari mereka cuba sedaya-upaya untuk mengetengahkan pendapat mereka yang sangat profesional itu. Mereka buat keputusan sendiri sama ada ingin membawa anak yang sakit ke hospital segera, ataupun tunggu sehingga lewat malam, ataupun tunggu sehingga dapat cuti, ataupun ketika anak sudah nazak. Kemudian mereka juga yang pilih sama ada mahu masukkan ke wad atau tidak. Kemudian mereka juga yang pilih sama ada mahu diambil darah atau dimasukkan branula atau tidak. Kemudian mereka juga yang membuat pemerhatian ke atas pesakit sama ada rawatan yang diberi mencukupi atau tidak.
Wah, bayangkan jika setiap lima puluh pesakit di wad itu mempunyai pakarnya sendiri, bukankah negara sudah mengalami kebanjiran pakar-pakar pediatrik?
Pada suatu pagi Sabtu yang tenang, sedang aku dan MO buat morning rounds, seorang nurse memanggilku untuk membantu oncall collegue ku di dalam bilik rawatan. Dia tidak dapat mengambil darah daripada seorang kanak-kanak perempuan yang dirawat sebagai dengue fever. Aku masuk ke dalam bilik rawatan, keadaan agak tenang, kanak-kanak itu baru habis menangis. Dengan izin Allah, hanya sekali cucuk, aku berjaya mendapatkan FBC itu.Bapa kepada kanak-kanak itu membuka pintu walaupun prosedur belum lagi habis. Dia masuk untuk mendapatkan anaknya walaupun sudah jelas tertulis di pintu bahawa ibubapa dilarang masuk.(kawanku kata sebelum itu dia asyik buka-tutup pintu saja, memang mengganggu konsentrasi)
" Ni cucuk berapa kali ni???"
" Saya cucuk di sini, kawan saya cucuk di sini." Rakanku menjawab, cuba mengawal keadaan.
" Kenapa, awak tak pandai ambil darah?"
" Kadang-kadang memang susah sikit, encik."
Lelaki itu membawa anaknya keluar. Mulutku terkunci tapi hatiku hitam terbakar. Walaupun kenyataan pedih itu ditujukan kepada rakanku, aku tetap terasa. Apa agaknya pekerjaannya? MA dekat OPD yang selalu dan pandai ambil darah kah? Kalau pandai, lain kali encik ambil sendirilah ye.Peristiwa itu sampai ke pengetahuan MO dan nurses. Rupa-rupanya dia memang kurang bertamadun. Panggil staff nurse sekadar bersiut-siut. Apakah mahal sangat suaranya? Atau dia terlalu keliru sehingga tidak tahu apakah yang patut dipanggil terhadap wanita beruniform putih , bertudung dengan lilitan biru di kepala?Esok paginya jangan haraplah kami nak "sentuh" anak dia lagi. Ada juga manusia begini, entah bagaimanalah anaknya bila besar nanti jika bapanya berperangai begitu.
Malam yang lain pula, juga malam yang tenang, oncall dengan MO dan specialist yang baik. Ada satu new case referred from LWEH. Datang ke wad pukul 8 malam.Bila specialist buat rounds, dia clearly introduced herself, dan kemudian bertanya, kenapa mereka datang after 5 pm? Bukankah seizure tu dah berlaku pukul 1 pm? Mereka tidak menjawab. Tapi yang aku tak puas hatinya, bila specialist dan MO dah habis rounds di ward, dan pergi ke CICU, tiba-tiba bapa budak tu datang kepadaku.
" Misi, saya nak minta bawa balik anak malam ni boleh tak? Saya takut dia tak selesa, tak boleh tidur di sini.Lagipun malam ni takda bagi ubat apa-apa kan? Esok baru Neuro team nak tengok dia kan? Lagipun dia cuma fits bila kena hot bath saja."
Erk!!! Tadi masa rounds tak nak tanya, sekarang dah takda specialist baru nak tanya. Dah la panggil aku misi. Malam tu aku dan partnerku dan MO pakai blue scrubs, nampak macam misi eh?Baiknya misi ikut rounds,lepas tu tulis-tulis pula dalam notes patient. Okay, boleh dimaafkan, mungkin mereka selalu dapatkan rawatan di private hospital, di sana kan doctors cuma rounds pagi, waktu lain semua cuma ada misi,so mungkin dia fikir begitu.Aku inform MO dan sudah tentulah dia tak izinkan. Aku explained sebaik mungkin dan mereka tak jadi balik. Mujurlah mereka pandai berbahasa.
Satu, mereka ada delay untuk datang ke sini, after office hours baru sampai, tatkala bilangan doctors sudah berkurangan, Neuro team pun dah balik. Kedua, mereka tentu kecewa kerana kena duduk di wad dengan pesakit lain, maklumlah, mana ada single room- double room macam di private hospital. Ketiga, mereka lebih pentingkan keselesaan anak daripada kesihatan anak, sebab tu mereka nak selesa di rumah, sedangkan mereka tak tahu, bila-bila masa saja budak tu boleh fit balik.
Kesimpulannya, banyaklah keputusan-keputusan bombastik telah dihasilkan di wad ini, hasil kerja keras pakar-pakar bertauliah ini. Banyak lagi, sampai tak tertulis di sini.Pengajarannya, ibu bapa perlu berilmu dengan ilmu yang betul, dan gunakanlah ilmu itu untuk kesejahteraan anak-anak, bukan untuk mencari kesalahan dan kekurangan manusia lain, kerana anda juga adalah manusia.
No comments:
Post a Comment