Sedar tak sedar hari ni sudah 18 Disember 2011. Rasa bagai baru semalam aku menuliskan 18 November. Hampir pula terlepas untuk membayar ansuran kereta.Sudah semakin ke penghujung tahun Masihi.Entah apa yang bakal menanti kelak.
Sudah setahun lebih juga aku menjejaki alam pekerjaan. Mana sangka, cita-cita di bangku sekolah kini telah menerjah kehidupan realiti, tinggal untuk memperelokkan lagi sahaja.
Bekerja di tanah air ini memang mencabar. Lain benar cabarannya dengan di Ireland dahulu. Di sana, walaupun tidak berkesempatan makan gaji dengan Kerajaan Irish, aku sempat juga memasuki Health System mereka yang ternyata lebih dekat di hati pesakit dan pekerja. Tak sabar menanti bila agaknya kerajaan Malaysia hendak memperkasakan Family Medicine dan menambahkan lagi bilangan government and semi-government hospitals.
Dahulu ketika di Medical School, saban tahun pasti aku akan dihantar ke periphery hospitals.Tahun kedua ada Family attachment di Douglas, sebanyak lima pertemuan diatur dengan Mr Browne yang menghidap Parkinson dan Bipolar Disorder itu.Perjalanan ke sana dengan menaiki bas nombor 6 atau 7 sungguh mendamaikan, menyusuri countryside yang lebih kampung daripada Cork itu sendiri.Sebelum pulang, acap kali aku singgah di Dunnes Store di bandar itu.
Tahun ketiga, aku dihantar ke Clonmel, sebuah lagi perkampungan Irish yang serba hijau.Perjalanan menaiki bas memakan masa sejam setengah. Kami ditempatkan di sebuah Bed and Breakfast yang sempurna dan selesa.Selalunya kami menumpang kereta kawan-kawan mahupun senior untuk ke hospital yang terletak agak jauh, di atas bukit pula tu.Sebulan di sana, aku attached dengan Geriatrics and Endocrine.Suka hospital di sana, tak begitu ramai seperti di Cork.
Masuk tahun keempat, aku ke Dungarvan untuk GP Attachment.Hanya aku dan Brian, seorang pelajar matang dari USA dihantar ke sana. Lokasi penginapan dan klinik sangat dekat, lebih-lebih lagi apabila melalui Dungarvan Shopping Centre sebagai short cut.Bertemu dengan GPs dan patients yang sangat baik.Kemudian untuk Surgery, aku dan Afzan dihantar ke Mallow, sebuah hospital kecil di atas bukit yang mendamaikan. Kami tidak begitu rajin ketika itu, jadi hari Jumaat adalah hari yang dinanti-nantikan untuk kembali ke Cork.
Final year...aku ke Clonmel sekali lagi untuk A&E attachment.Basically unit itu tidak begitu menggerunkan berbanding di sini, kadang-kala begitu sunyi tanpa kes. Bila berlaku kes besar macam gun shooting, kami pula tiada kerana pulang berhujung minggu.Kami berempat dihantar ke sana, aku, Peter (yang kemudiannya masuk wad selama 10 hari kerana subarachnoid haemorrhage), Aoife Turner (yang telah digoda oleh Registrar di situ sampai mencarinya di BnB) dan Jean (Miss Cork 2008 yang sebelum itu baru sembuh daripada seizures).Kemudian untuk GP attachment, aku ke Mallow sekali lagi, kali ni lebih berada di bandar yang kecil itu, hanya sekali aku berjalan selama hampir sejam ke hospital untuk sesi bersama physiotherapy.
Sengaja aku coretkan memori ketika peripheral attachment dahulu, agar tidak luput di ingatan.Honestly I enjoyed being in Ireland no matter how difficult my life was before.No matter how easy my life now, being in my own place, things are just not comparable...
Aku juga appreciate keindahan bumi Allah di tempat-tempat lain sekitar Ireland. Antaranya Dublin yang serba maju dan dihujani oleh ribuan manusia, Limerick yang terkenal dengan kes-kes jenayahnya namun masih bisa menggamit hati atas keindahannya, Waterford yang mungkin hanya dua kali kujejaki tapi penuh bermakna, Wexford yang mempertautkan satu ikatan cukup bermakna, serta Galway yang juga kampung seperti Cork. Cuma Belfast yang tidak sempat kujejak...Teringat pula pada Cliff of Moher, tempat pilihan Westlife membuat video clip mereka, Ichydoney Beach..tempat kami bertiga berkelana, yang kemudiannya diperkenalkan kepada ayah, mak dan YB tatkala mereka berada di bumi Ireland dahulu, serta Clonakilty yang meninggalkan seribu satu kenangan...
Kini semua kenangan itu pasti tetap kukenang, dan aku akan teruskan langkahan kakiku untuk ,mengejar apa yang harus kukejar..
Jumaat lalu ketika di kedai buku, aku terpandang pada sebuah buku bertajuk,"Masih Bujang? Relakslah..." Menarik tajuknya tapi aku tidak terpanggil untuk membaca atau membelinya.Aku bersyukur atas nikmat bujang yang Allah berikan, ia umpama "waktu lapang sebelum sibuk".Masa yang ada ini dapat kugunakan sebaiknya untuk sesuatu yang mungkin tidak akan dapat dilakukan lagi setelah berumah tangga kelak. Namun, aku hormati dan gembira dengan rakan-rakan serta juniors yang telah pun berumah tangga pada usia muda.
Aku percaya bahawa Allah itu lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk kita mengubah status diri. Jika aku mahu, Dia lebih tahu, jika Dia mahu, aku tidakkan tahu...
Bila aku bawa mak dan ayah ke kenduri, soalan yang sama orang tanya, " tak kerjakah hari ni?"...Wah...bosan sungguh mahu menjawabnya, balik-balik kerja juga yang dibicarakan, jika aku bekerja, tidak muncullah aku di kenduri itu.Sekarang ni ke mana-mana pun mereka melihat aku bersama mak dan ayah, kelibat abang-abang tiada lagi, benarkah satu hubungan menjadi renggang apabila satu hubungan lagi dijalinkan?
No comments:
Post a Comment