Monday, February 27, 2012

NIAT

Seorang Pharmacyst bertanyakan soalan, " Bagaimanakah kita menjaga niat, agar ia tidak tersimpang?"
Itu satu soalan yang amat baik. Pernah hinggap di telinga suatu ketika dahulu, namun sudah agak lama tidak diperingatkan jawapannya.
Lalu Ustaz menjawab," Pertama,kuatkan niat dengan ilmu di dada.Kedua, selalu bersama-sama dalam jamaah."


Ya, Ustaz. Aku masih ingat lagi ketika mula-mula mengupas Hadith pertama dalam buku Hadith 40,aku telah diberikan satu pesanan bahawa, apabila menghadiri majlis ilmu, sentiasa niatkan untuk mengisi jiwa dengan ilmu-ilmu Allah.


Malam itu kami mulakan dengan hadith yang pertama dahulu. Ringkas pengisiannya namun cukup untuk membangkitkan jiwa yang lemah. Kemudian disusuli pula dengan pengisian awal "Apa ertinya saya menganut Islam" tulisan seorang jurutera, Fathi Yakan.


Oleh kerana malam sudah semakin lewat, kami beredar lebih awal, sebelum majlis benar-benar berakhir. Timbul sedikit kesal kerana tidak menunggu sehingga ke akhir, namun apakan daya, kami perlu melintasi Selat Melaka yang kelam pada tengah malam yang dingin, ditambah pula hanya berkelana sesama Hawa. Pengalaman pertama memandu sendiri sejauh itu.Tidaklah jauh mana pun, tapi ia satu pengalaman baru buatku dan buat kenderaanku. Rindunya pada pengalaman merantau di tempat orang dahulu, sudah tentunya dahulu lebih menarik kerana aku boleh menghayati pemandangan dan hanya sesekali merujuk peta untuk sahabatku yang memandu. Kini aku pula yang harus menjegilkan mata dan memberi fokus yang tinggi. Ada juga aku membuat aksi reverse 5 meter di jalan utama dek terlepas simpang -- Awas,jangan meniru aksi ini. 


Looking forward for the next one, tapi macam ada aral melintang -- I'm joining the new department in a few days, that means tagging for 2 weeks!!
______________________________________________________________________________

Rasa amat lega. Berakhir sudah "penderitaan" selama empat bulan di jabatan ini. Bermula di general medical ward yang super busy - - tapi di sinilah aku belajar buat banyak prosedur, daripada simple peritoneal tapping hinggalah lumbar puncture.Kemudian ke chest ward, inilah ward yang paling best,walau busy macam manapun, tetap boleh habis kerja by 5 pm.Seterusnya, ermm haematological ward, umpama @#$%^&, setiap hari start kerja pukul 5 pagi, bila abang tiri tiada, mak tiri datang buat rounds, dan kenalah macam-macam tengkingan daripadanya.Lepas sebulan, lega sikit apabila bertukar ke Nephrology ward, busy juga, selalu kena epigastric pain sebab tak sempat langsung nak makan, tapi hati tak sakit...hanya setengah bulan di sini, sebab dah start cuti. Alhamdulillah, specialist in charge bagi habiskan semua cutiku,jadi aku dah kira bercuti panjanglah ni walaupun minggu lepas masih buat oncall dan clinic duty semasa cuti.


Dalam masa beberapa hari ini aku berasa sangat tenang...tak perlu fikir pasal tekanan kerja.Tapi..stress macam mana pun, dah setahun lebih aku menghabiskan housemanship di sini, tinggal lagi 2 postings, InsyaAllah. Aku tak pernah pertikaikan keputusanku untuk terus pulang ke Malaysia for good lepas graduate dan bekerja di sini. Cuma yang aku selalu pertikaikan ialah budaya kerja di sini yang tak mesra house officer. Semua yang buruk-buruk adalah house officer..Ada consultant yang sambung belajar di UK/Ireland pun bila pulang tidak membawa langsung budaya dari sana. Bukan nak puji budaya orang, tapi hakikatnya BUDAYA/ETIKA KERJA mereka lebih baik daripada kita...


___________________________________________________________________________

Pertama kali menjejakkan kaki ke Straits Quay yang terletak hanya 15 minit dari rumahku. Subhanallah, apabila pandang ke laut, cantiknya pemandangan, ada light house lagi. Namun bila meninjau di dalam bangunan, erk...tak sesuai dengan jiwaku, terlalu "mahal". Rata-rata kedai di situ adalah yang eksklusif, kata orang Melayu, untuk orang-orang kaya.Sungguhpun aku sudah bekerjaya, aku masih lagi tak pandai nak "berbelanja lebih", untuk ke restoran/kedai yang hebat seperti itu, aku tidak betah.


Tujuan aku ke sana adalah untuk ke PC Fair, yang julung-julung kali diadakan di situ. Amat mengecewakan...tak banyak booth dibuka pun, tak seperti di PISA dahulu, nak mencari pen drive pun susah, hanya ada 2 booth yang menjualnya, itupun pendrive biasa, bukan yang funky/unique tu, harganya pun mahal.Lalu kakiku pantas melangkah keluar, tak guna lama-lama di situ,hajat tidak kesampaian. Suatu hari akan kubawa mak dan ayah melihat light house dan jeti yang cantik itu, insyaAllah.
_________________________________________________________________________________

Alhamdulillah semalam aku membawa mak dan ayah menziarahi keluarga abang di Juru.Kami dinner di warung Pak Su yang terkenal dengan mi udang/ mi ketam -- pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Masa sampai di rumah abang, dah pukul 6 petang, si Aliff Zikriy baik punya lena.Sudah betah bercakap budak itu, namun masih "tak terus" lagi.

No comments:

Post a Comment