Saturday, June 23, 2012

JEREBU

Akhirnya kekecewaan berulang kembali.Kepulangan yang diharapkan tidak juga berlaku.Tidak mengapa, hidup harus diteruskan...sambil minum teh dengan susu tepung omega tanpa gula.

CUTI

Alhamdulillah...setelah bekerja selama 21 hari tanpa henti, akhirnya cuti pun bermula.Rasa lega sangat.Lepas sehari cuti dah rasa macam tak mahu kembali ke tempat kerja.Erghh...betulkah kerjaya yang kupilih ini?
InsyaAllah betul....Allah dah letakkan setiap orang pada tempat yang terbaik baginya, cuma kita yang perlu berusaha lebih untuk mencantikkan tempat itu.Dia lebih mengetahui.

JEREBU

Cuaca panas...udara pula tercemar, memang satu kombinasi yang buruk, lebih-lebih lagi untuk orang berparu-paru fragile macam diri ini.Mulalah batuk menyerang..berserta dengan penatnya.Rakanku selamba menyarankan agar aku ambil air banyak-banyak, dalam erti kata lain, masuk cannula di tangan, pastu galas beg berisi dua gelen air sebagai sumber.Terbaiklah cadangan itu, akan dipertimbangkan :)

SAMBUTAN HARI BAPA

Alhamdulillah, dapat sekali lagi menyambut hari bapa untuk ayah yang dikasihi.Sejak awal bulan lagi aku dah request no call and no review on 17th June.Jadinya dapatlah cuti sehari.Pagi aku membawa mak dan ayah breakfast di tempat favourite kami.Mak kerja petang...jadi petangnya kami tak ke mana-mana..Abang long menduduki peperiksaan pada hari itu, jadi tak dapat balik rumah.Abang Ngah, jangan cakaplah...

Cuma hari ini baru kami membeli hadiah untuk ayah...sebuah dompet baru.Ada satu lagi dinner untuk ayah yang belum tertunai.

UKHUWAH KERANA ALLAH DAN RASUL

Terbaca tweet dari I Luv Islam, indahnya berukhuwah kerana Allah dan Rasul.Dah lama tak diperingatkan akan kata-kata ini sehinggalah sesuatu terjadi melibatkan seorang rakan bukan beragama Islam.Bukan ingin menyalahkan agamanya, cuma alangkah baiknya jika persahabatan kami dijalinkan atas dasar Allah dan Rasul, maka mesti dia akan lebih faham dan bijak menangani situasi tertentu dan mengelakkan daripada bermasam muka.

Bercakap pasal ukhuwah, diri ini sedar bahawa betapa jarangnya berkhuwah sejak bekerja ni.Sahabat-sahabat lama dah jarang dihubungi..apa khabar agaknya mereka? InsyaAllah perlahan-lahan akan cuba ditautkan kembali hati-hati yang terpisah.Jangan tunggu sampai nak jemput kenduri baru nak contact, ye dak?

Satu lagi kelemahan diri ialah mudah lupa nama orang, apabila dah lama tak ketemu.Minggu lepas, tiba-tiba ada orang tegur, Kak Jam, JKKK kat MRSM Taiping dulu? Erk...junior kat sekolah rupanya, sekarang dah jadi junior kat tempat kerja.Rasa bersalah sebab tak ingat nama dia.Sesetengah orang ada kelebihan mengingati nama orang lain, ada pula yang mudah ingat nombor telefon, nombor plat kenderaan,...aku ada?

PILIHANRAYA

SOooo obvious...bila dekat pilihanraya ni, mulalah kedengaran di sana-sini, orang ini buruk, orang ini baik.Segala cerita dalam kelambu pun keluar, dulunya senyap saja? Setiap orang ada pilihan dan pendiriannya mengikut pemahaman dan pengetahuannya.Pilihlah yang kita rasa benar, jangan jadi orang berkecuali, kerana negara kita tanggungjawab kita.Jangan nanti lepas dah penat memerintah, baru nak kutuk pemimpin, yang dulunya tidak mengundi, tidak mengambil tahu, apahal?

Ringkasnya pilihlah yang jujur dan amanah, yang memerintah berlandaskan sesuatu yang utuh (misalnya agama), yang memimpin ke arah masa depan (akhiratlah yang paling depan)...tak perlu mengungkit lagi bahawa kumpulan ini pernah berjasa itu dan ini,yang itu dahulu...para pemimpin yang berjasa itu pun entah dah tiada...cuba lihat dengan mata hati...yang sekarang ini bagaimana?Jangan pula hanya fikir dunia semata-mata, akhiratnya bagaimana?

Tepuk dada, tanyalah iman....tapi jika pilihanraya ini dibuat juga pada musim haji, aku memang akan anggap pemimpin yang buat keputusan tu kurang cerdik.Dah tahu musim haji..ramai beribadat ke Makkah/Madinah, yang sibuk nak mengundi masa tu kenapa?SPR bising-bising...katanya ada tiga juta lagi rakyat belum mendaftar...tapi yang dah daftar dan yang ada kesedaran untuk mengundi ni bakal dihilangkan hak mereka, hanya kerana mereka ke tanah suci.Tapi sebenarnya, tak takutkah kalau jemaah haji yang ramai-ramai tu berdoa di tanah suci (insyaAllah makbul), minta Allah tunjukkan yang benar,dan kurniakan kemenangan kepada yang benar, silap-silap tsunami melanda lagi ni.

PIRATE

Zaman dulu-dulu, ada jugalah aku membeli vcd/dvd cetak rompak ni,maklumlah orang jenis tak jejak panggung wayang, cari dvd lah untuk menonton di rumah.Sampailah terbaca satu soal jawab ni, ustaz tu kata (tak ingat dah namanya), beli dvd pirate ni samalah macam kita bersubahat mencuri.Sebab pengeluar dvd pirate ni curi hasil karya penerbit filem, kita yang beli dvd ni umpama mencuri jugalah.Setiap perbuatan mencuri akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.Oleh itu, hentikanlah pembelian barang-barang cetak rompak ni..memang sedap beli sebab murah, kualiti pun not bad, tapi kat akhirat nanti, sedaplah menjawab dengan Allah...

MAHER ZAIN

Baru-baru ini ada akhbar yang mengeluarkan artikel bahawa persembahan Maher Zain semasa konsertnya adalah terlalu biasa dan tiada perubahan.Alahai wartawan, tahu fikir nak berhibur saja.Untuk pengetahuan anda, Maher Zain is not an entertainer, but he is a daie. He spreads Islam through his music.Yes, perhaps he should have communicated more, used his lyrics to make people think more about Islam, but still, he sang very well.So, kalau nak rasa terhibur, silalah ke konsert lain...For every single words that he sings, insyaAllah there is reward for him, kau ada?

However, ada sedikit kecewa dengan video clip terbaru Maher Zain yang bertajuk Number One For Me tu.Memang lagu tu lebih universal, pasal seorang anak yang ingin appreciate ibunya,tapi sebagai seorang yang beragama Islam, alangkah baiknya jika wanita yang menjadi ibu di dalam video clip itu menutup aurat.Barulah nampak sedikit identiti Islam di dalam lagu itu. Anyway, sejuk hati melihat Maher Zain senyum sokmo kat "ibunya" dalam lagu tu.

ALAHAI ZED ZAIDI

Terpanggil pula untuk memberikan pendapat pasal hamba Allah seorang ni.Semuanya gara-gara tindakan "ganasnya" ke atas Aaron Aziz sampai sanggup minta permit kerja.Yang artis Singapore/Indonesia lain bagaimana, bang Zed? Setahu aku masa zaman P.Ramlee dulu ramai artis Singapura telah bertakhta di sini.Tak jadi isu pun? Baguslah bila dia kata nak perjuangkan nasib artis tempatan, tapi bukanlah dengan cara menyerang artis-artis luar ni.Kalau inginkan pelumba lari kita berjaya, bukannya dengan mencantas kaki pelumba-pelumba lain, tapi kenalah melatih pelumba kita melalui latihan intensif sehabis baik, bukan?

Isunya di sini bang Zed, lihatlah kerosakan dan keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan artis kita.Yang bertudung ramai (alhamdulillah, lambat laut sempurnalah penutupan aurat tu), tapi yang bersosial melebihi artis Hollywood pun ramai juga.Artis Melayu-Islam tidak segan silu mengaku seronok ke kelab, dan akan pergi lagi bila ada jemputan (erk?), artis pakai baju tak cukup kain, kalah Lady Gaga, artis mabuk (betulkah, wallahualam), artis peluk sana sini, artis bercerai-berai ...maaf cakap, semua ini juga berlaku dalam masyarakat biasa, tapi dah namanya artis, yang sepatutnya jadi public figure..mestilah gejala ini sangat membimbangkan.Bang Zed terlepas pandangkah?Sekarang dah dapat kuasa, apalagi, buat kerja yang patut anda buat dulu, nak check permit, abang-abang Imigresen ramai boleh tolong...

Sekarang bila artis masuk parti politik....perghhh...jadi berita utama tu...bila pilih yang itu,bangga bukan main, tapi bila pilih yang satu lagi...silap haribulan tutup periuk nasi dia.


No comments:

Post a Comment