Sunday, July 15, 2012

Menjelangnya Ramadhan


Writing gives me spirit, inspiration and motivation.Yet when heart does not feel like pouring it out, I do not write.

Sekarang dah Syaaban, dekat sangat dengan Ramadhan.Alhamdulillah, dikurniakan sedikit rasa tak sabar mahu menikmati Ramadhan pada tahun ini, tidak seperti tahun lepas yang penuh dengan kegusaran.Kali ini persediaan awal telah dibuat.Puasa telah dilazimkan, maka tiada lagi rasa penat atau lelah berpuasa semasa bekerja. Alah bisa tegal biasa.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, insyaAllah.Yang satu itu harus dicari.Tahun ini nampaknya perlu mencari lokasi baru untuk bertarawih...

Menjelang Ramadhan, kesihatan mula mencabar diri.Tahun lepas, aku dihinggapi pneumonia yang kemudiannya menghinggapi mak hingga masuk wad hampir seminggu.Allah saja yang tahu perasaanku..sehari selepas mak masuk wad, aku terpaksa buat oncall 24 hours.Mujurlah abang-abangku pulang menemani ayah. Sekarang pun pelbagai dugaan kesihatan melanda.Batuk yang menyerang berminggu-minggu belum lagi sembuh.Semalam aku cuti tapi aku habiskan dengan tidur-bangun-tidur.Rehat secukupnya.Berbaloi, keesokannya aku rasa lebih sihat.Minggu lepas kena allergic reaction secondary to unknown allergen.Sampai aku tukar habis segala bedsheet, pillowcase, towel etc sekembalinya daripada tagging pukul 10 malam tu.Sekarang ni mak pula tak begitu sihat, ya Allah, peliharalah kesihatannya.

Motivation is at its lowest level, desperately working hard to optimize it.
Wondering when will He give me the gift?





No comments:

Post a Comment