Sukar untuk melelapkan mata.Padahal penat benar membuat persiapan untuk Aidiladha. Hati dirundung rasa bersalah setelah mengetahui perkembangan hidup seorang rakan ini.
Dahulu aku pernah menjadi rapat dengannya.Kami hanya berdua pelajar Melayu dalam kelas tersebut.Dia berubah menjadi seorang yang cukup minat dan rajin belajar. Kami sering berdiskusi bersama,seringkali dia menelefon aku untuk membincangkan soalan matematik tambahan. Jika tak habis,kami sambung bincang di koridor sekolah keesokan harinya. Sampai ke tahap itu semangatnya untuk berjaya bersama-samaku.
Namun segalanya berubah setelah aku berpindah ke sekolah berasrama penuh. Dia menangis pada hari terakhir aku bersamanya di sekolah lama. Kami masih lagi berutus surat dengan kerap selama beberapa bulan selepas itu.
Dia mula berubah saat mulanya kisah cintanya dengan lelaki yang dikenalinya di pusat tuisyen. Pelajaran entah ke mana...akhirnya dia mendapat keputusan yang kurang baik dalam SPM.
Hasil pertolongan ayahnya, dia berjaya masuk ke sebuah kolej swasta namun masih kurang berjaya lalu bertukar ke IPTA. Tak lama kemudian nenek yang membesarkannya meninggal dunia. Saat itu aku sudah selamat berada di luar negara,jauh untuk aku memberi sokongan dan menemani malam-malam kesedihannya. Kami makin jarang berhubung...
Dia pindah ke rumah ayah dan ibu tirinya. Keadaan jadi semakin tidak terkawal. Dia semakin kurang memelihara suruhan agama. Gambar tidak menutup aurat dipaparkam dalam blognya. Lama kelamaan tudung di kepala hilang terus. Sayang...dia cantik sekali, persis Wardina Safiyah, namun akhlaknya tak dapat dipelihara secantik itu.
Mungkinkah hidupnya akan lebin baik andai aku tidak berpindah sekolah, andai neneknya belum meninggal dunia, andai dia tidak berpindah ke kota metropolitan itu yang serba menggoda?
Kini dia tidak lagi menghubungi aku...mungkin segan agaknya...aku juga tidak menghubunginya ...masih lagi diselubungi rasa bersalah... Aku hanya mampu doakan agar Allah kurniakan semula rasa ketaatan untuk kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar....Amin.

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment