Sabtu lalu mak caq pergi meninggalkan kami. Aku bersyukur, sempat melawatnya ketika hayat masih ada hari Jumaat itu. Arwah kelihatan lebih teruk daripada sebelumnya namun aku tidak sangka dia akan dijemput Ilahi hanya sehari selepas itu.
Hari sabtu itu aku excited sebab best friendku bakal bernikah. Paginya bangun dengan rasa segar dan tidak mengantuk langsung. Lagipun sudah lama aku tidak berweekend off. Namun tengah harinya aku terlelap dek kesan syrup Benadryl. Langsung aku tidak menduga berita buruk bakal menyusul.
Petangnya akad nikah berlangsung dengan lancar. Pukul 6, sedang kami bersiap-siap mahu meninggalkan Masjid Bagan Jermal untuk ke Masjid al-Huda (kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus), aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada mak yang mengatakan bahawa mak caq telah tiada. Aku bergegas ke hospital. Mak dan ayah juga segera ke hospital dengan motosikal. Abang dan kakak ipar juga bergegas ke hospital sebaik mendengar perkhabaran itu. Kami bertemu di hospital namun jenazah sudah dalam perjalanan ke rumahnya. Thanks to our PM who came to Tanjung Tokong and congested the traffic!!!

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment