Sehari sebelum raya:
Pagi aku ke supermarket dengan ayah, beli keperluan dapur untuk masak raya. Habis dalam RM150. Petang ingat nak start kerja awal, tapi terlajak pula, maklumlah penat sikit. Malam raya, masak berdua saja dengan mak. Ingat boleh habis awal, habis pukul dua pagi juga.
Raya pertama:
Pagi-pagi dah panaskan lauk pauk, hidangkan sikit untuk jamah sebelum solat raya. Siapkan ayah dengan sampinnya, lepas tu bersiap-siap untuk solat. Pakai jubah pink tahun ni. Jalan sorang-sorang ke surau. Macam single sangat rasanya. Ayah dah keluar lebih awal untuk takbir. Mak kerja pagi. Abang-abang dan kakak-kakak tak balik. Nasib diri. Tahun ni surau tak penuh pun. Usai solat Aidilfitri, dengar khutbah bertajuk Aidilfitri lambang kesatuan ummah. Isi dah okay, tapi penyampaian kurang memuaskan. Hairan aku, ustaz-ustaz yang grad ni masa belajar dulu takkan takda kelas communication skills? Cuba baca dengan intonasi yang betul, bukan mendatar macam budak tadika saja. Ya, bukan nak kutuk, tapi inilah hakikatnya, bila sampai bab baca teks khutbah, fail! Ataupun dia tak buat homework, tak baca beforehand, sebab tu sangkut-sangkut. Para jemaah wanita pula ada teks khutbah sendiri. Pot pet pot pet di belakang tu. Belum habis dengar khutbah dah kalut nak balik. Tak menghayati pun tujuan solat Aidilfitri tu diadakan.
Usai solat, terus bermaafan dengan ayah. Sebak tu...ingat nak control macho tapi tak berjaya. Saya sayang ayah saya! Tak lama lepas tu bebudak datang beraya. Tahun ni tak ramai, total 19 orang saja. Dekat tengah hari aku masuk dapur balik, masak nasi tomato dan sayur fucuk. Fuhh, nasib baik menjadi nasiku itu walaupun macam kurang garam sikit. Tengah sibuk di dapur, abang long and family sampai. Kali ni si budak kecik tak malu-malu lagi, terus masuk dapur cerita pasal tiger dia boleh lawan bear bear makcik! Lepas mak balik kerja, kami lunch sama-sama.
Pukul dua petang Cynthia datang, the only one yang aku betul-betul jemput untuk datang rumah. Kira macam reunion kami lah, dah lama benar tak jumpa, padahal sama-sama duduk kat mainland sekarang. Lepas Cynthia balik, aku pi bermaafan dengan mak. Kali ni macho. Mana sangka si budak kecik tu tengah tengok, dia pun nak bermaafan juga, pandai dia salam cium tangan pipi semua, siapalah ajar. Lepas tu aku sambung tengok rancangan tv raya. Petang sikit, mak caq Sungai Petani and family sampai dua kereta. Penuh rumah, alhamdulillah berkat tetamu datang. Malam baru sempat berehat, rasa nak patah juga pinggang ni buat kerja rumah.
Raya pertama ni program tv best, kredit to Astro Ria yang paling best.
Raya kedua:
Hari ni baru mak cuti. Lepas sarapan, kami ke kubur, ziarah kubur arwah tok dan lain-lain. Ada orang catkan baru batu-bata dan nisan lama di situ. Ada tabur bunga juga. Ada jenazah baru sampai untuk dikebumikan. Ramai manusia di sana. Ramai duduk tepi pintu masuk untuk minta sedekah. Lepas tu kami ke rumah mak caq Aci, kakak sulung ayah. Umur 87, dah tak kenal orang dan uzur sangat. Ada benda lawak jadi. Tuan rumah bawa keluar empat biji mug. Aku ingat dalam mug ada air. Mak kata, air panas ni, nak tak? Sambil tangannya pegang teko, nak tuang ke dalam mug. Aku kata, eh, mak janganlah tuang air tu, itukan air basuh tangan! Teko tu rupanya sebiji macam teko air basuh tangan warna silver kat rumah tu. Aku ingat air basuh tanganlah, rupanya ada air kopi...dan mug tu kosong saja..masa tu jenuh aku control gelak kerana diri sendiri.. Lepas tu kami ke rumah mak su Minah. Makan dan sembang sikit, then balik. Hari tu Imam Muda Asyraf bagi khutbah jumaat kat Masjid Hasyim Yahya, ayah suruh balik awal takut masjid penuh, nanti kereta kami kena blok...Sampai rumah mak dan aku ke rumah TV3, melawat adiknya yang OKU..
Lewat petang, pengantin baru sampai, siapa lagi jika bukan sepupuku. Banyak betul hot news yang disampaikan. Takpa, kita belajar dari kesilapan. Air dicincang takkan putus.
Hari ni pun tv best, yang penting ada cerita lawak yang boleh kurangkan stress.
....to be continued, geng dah sampai!
No comments:
Post a Comment