Tuesday, June 02, 2015

Wanita, Insaflah!

Apalah maknanya menginjak ke usia baru jika diri bergelumang dosa?
Apalah maknanya menjadi seorang ibu jika ibu orang lain tidak dihormati?
Apalah maknanya menjadi seorang isteri jika sanggup memisahkan seorang suami daripada keluarganya sendiri?
Apalah maknanya hidup bertuhan jika mahu menjadi tuhan sendiri?
Apalah maknanya hidup jika tiada redha orang tua?
Apalah maknanya hidup sebagai orang baik jika bertopengkan akhlak jahat?

Tenangkah hidup seorang wanita Muslim yang bersolat lima waktu, berpuasa dan bertudung, tetapi dalam masa yang sama menabur fitnah, memisahkan ikatan keluarga dan berterusan menuai dosa?

Jika di dunia berjaya dikecapinya ketenangan itu, belum tentu lagi di akhirat ia akan terus tenang.

Insaflah, perbuatanmu itu hanya akan merosakkanmu kelak, dirimu juga punyai anak-anak, lihatlah nanti bagaimana perilaku mereka terhadapmu nanti jika dirimu masih tegar mahu meneruskan dosa.

Jika langkah jahat ini masih dipilih, terpulanglah, sama-sama kita lihat balasan Allah nanti.

Allah tak mencipta orang tua untuk dicaci dan dibuang, Allah tak kurniakan suami untuk dikawal ketat. Namun Allah kurniakan orang tua untuk dihormati dan dikasihi, baik yang kandung, yang tiri, yang saudara mahupun yang mertua. Allah berikan suami sebagai pelindung yang wajid ditaati, jangan sesekali pisahkan suami daripada orang tuanya jika dirimu wanita yang baik.

Tanyalah dirimu, tinggi mana dosa sudah ditambak selama ini, jika kepingin masuk syurga, bertaubatlah sebelum terlambat. Andai usia orang tua tidak panjang, dirimulah yang terakhir akan mengetahuinya, saat itu, airmata darah sekalipun tak akan dapat mengampunkan dosa-dosa jahatmu.

Pulanglah ke pangkal jalan, usah buat diri ini menyesal mengenalimu.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment