Semalam dan hari ni melankolia. Tapi tak naklah ingat yang sedih tu, nak imbau memori manis saja. Kenangan sekali seumur hidup.
Alkisahnya selepas dah sah, hubby buat solat sunat dua rakaat. Masa tu aku salam dengan mak, makcik makcik dan kawan kawan. Berdebar. Segan. Malu. Kemudian hubby datang, duduk berdepan denganku. Saat nak hulur jari tangan untuk sarung cincin...memang berdebar habis. Patutlah dalam youtube tengok ada pengantin yang teragak agak nak hulur tangan...memang segan! Iyalah, selama ni menjaga batas pergaulan, tiba tiba nak dipegang orang. Delayed a few seconds, aku pun hulurkan tangan. Hubby sarungkan cincin dengan lancar, dia tekan sikit, mungkin takut sangkut dekat proximal interphalaengeal joint tu kot. Lepas tu aku salam hubby. Bab cium dahi takda kot, entah aku pun tak ingat sangat.
Lepas tu ambik gambar sikit, pun rasa semacam saja. Tiba tiba ada lelaki berdiri dekat dengan diri, boleh rasa kehangatan tubuhnya.
Sebelum keluar dari masjid, Ima menghampiriku, mengucapkan tahniah dan memelukku. Ima mengalirkan air mata sungguh sungguh....aku yang control macho ni pun tak boleh tahan sebak. Ima terharu katanya...bukan sedih yang negatif tu. Iyalah, housemate untuk tiga tahun, susah senang bersama. Tambahan pula Ima bakal berhijrah ke Johor Bahru pula, lagi susah nak jumpa. Masing masing bakal memulakan hidup baru.
Balik ke rumah, kami naik kereta asing asing. Hubby jadi driver untuk orang orang masjid, jadi tak boleh adjust supaya aku naik keretanya. Tak kisah pun, dekat saja masjid dengan rumah. Cuma kesianlah juga, pengantin kena drive kereta sendiri.
Sampai rumah, dah kalut nak bergambar, photographer Alif Akmal tak ambik langsung gambar sarung cincin di masjid, gambar tak lawa katanya, sebab ramai sangat paparazi yang lain. Biras datang maklumkan yang mereka tak boleh lama, orang masjid nak balik solat jumaat di masjidnya. Dah agak dah...kalau bawa orang masjid hari Jumaat memang macam tulah, kalut nak balik. Aku tanya, boleh tak adjust orang dalam kereta, supaya orang lain bawa balik orang masjid, satu kereta lagi stay sampai lepas solat Jumaat. Tapi tak boleh...masa tu memang terasa sedihnya. Baru ijab qabul dah kena balik..cepat sangat, hubby pun tak sempat makan. Tak sempat ambil gambar dengan semua family hubby pun.
Aku sempat bisikkan pada hubby, minta izin untuk jumpa dengan deejay petang nanti. Itu pertama kali aku memanggilanya begitu. Macam tak terkeluar suara nak sebut. Siap macam ada bunyi sengau pulak. Dah panggil sekali, lepas tu tak segan dah.
Alhamdulillah atas nikmat ini...kenangan yang amat manis. Walaupun tengah batuk ni, aku pena kan juga kisah singkat ni, sebelum luput dari memori.
Ya Allah, sembuhkanlah batukku ini...kasihan orang lain terganggu dengan batukku.
No comments:
Post a Comment