Sunday, December 04, 2016

Pengorbanan Melayari Bahtera

Melayari bahtera perkahwinan perlu melalui suka dan duka. Bukan yang indah-indah saja.Pahitnya tentu ada. Pengorbanan. Kesabaran.

Sebelum berkahwin lagi, banyak perkara perlu dikorbankan.

Masa - banyak dihabiskan untuk buat persediaan. Daripada urusan dengan pejabat agama, sampailah urusan kenduri kendara. Survey itu ini. Telefon sana sini. Pergi tengok banyak kedai dan tempat.

Wang - banyak guna wang untuk kahwin ni. Jika tiada ribuan dalam tangan, mungkin boleh lupakan hasrat untuk buat kenduri. Nikah saja di masjid dah cukup.

Masa ni kebanyakannya indah belaka, maklumlah, teruja untuk hari bahagia.

Selepas berkahwin, pengorbanan diteruskan.

Masa - kena peruntukkan masa untuk pasangan, keluarga pasangan, dan keluarga sendiri juga. MUngkin ada kerja yang dahulunya tak perlu buat, kini dah kena buat, demi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri/suami.

Wang - rezeki itu datang selepas berkahwin. Benar, jika berbelanja ikut kemampuan, keberkatan rezeki itu pasti ada, wang gaji sentiasa cukup, malahan lebih...walaupun kini berbelanja untuk dua orang...

Kasih sayang ibubapa - pengorbanan besar...lebih-lebih lagi bagi mereka yang ketika bujangnya sungguh rapat dengan ibu bapa. Selepas berkahwin, tinggal di rumah lain, tak dapat selalu jumpa...Allahuakbar, hanya Tuhan yang tahu sedihnya perpisahan itu. Untunglah jika pasangan memberi kasih sayang dengan baik...dapat sedikit lupakan kerinduan kepada ibubapa. Namun jika pasangan kurang berkasih sayang, kasihanlah nasib badan.

Benarlah, kasih sayang ibubapa itu yang terbaik. Mencintai pasangan biarlah kerana Allah, biar ada had, tapi tiada syarat, agar hati redha jika hubungan tidak panjang. Cinta Allah itu yang hakiki, kekal selama-lamanya, dan sudah pasti berbalas.


No comments:

Post a Comment