Wednesday, April 10, 2013

Sampai Bila Nak Bayar Tol?

Kekalkan Kepimpinan Ulama di Kelantan

Moneyfesto

Masih lagi dalam heartbroken mood. Jika insan lain yang gagal, dah kecewa begini, jika diri sendiri yang gagal, bolehkah nak handle?

SPR umumkan tarikh penamaan calon pada 20 April dan Undi pada 5 Mei. Selamat...boleh request untuk tak oncall that day. Tak kira..aku tak nak oncall sebab nak pergi mengundi. Mana sempat nak balik jika oncall, perlu at least 3 hours. Mengundi adalah tanggungjawab dan amanah kita sebagai rakyat, jangan nanti sebab satu undian kita yang tertinggal, pemimpin yang tak sepatutnya naik itu menang, nanti lepas pilihanraya baru nak bising-bising.

Ramai yang tidak cakna tentang politik, kononnya ia tidak penting dan nasib diri masih tetap sama jika siapa pun menguasai politik. Tidak sama sekali! Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah politik. Jalan raya itu politik, harga beras itu politik, pendidikan itu politik, semuanya politik belaka. Jika kita tidak mahu peduli politik, kita nak jadi apa? Beza sangat jika hidup di bawah kepimpinan yang betul, lebih-lebih lagi kepimpinan ulama...ingin kembali kepada zaman khalifah..zaman nubuwwah. Sekurang-kurangnya dapat menumpang teduh doa para ulama...ulama sekarang pun bijak belaka duniawi dan ukhrawi..ada yang berpangkat doktor, PhD dan sebagainya.

Manifesto vs Moneyfesto

Yang ini obvious kelakar...siapa tak nampak memang rabun mata dan rabun hati.
Pakatan Rakyat keluarkan manifesto mereka jauh lebih awal, sebelum pembubaran parlimen lagi. Pelbagai kutukan dan cemuhan diterima, seolah-olah manifesto mereka tu dibuat tanpa kajian yang mendalam. Tiba-tiba bila Barisan Nasional keluarkan moneyfesto mereka, ada persamaan pula, tapi dikatakan PR yang meniru BN. Di mana logiknya? Budak sekolah rendah pun tahu namakan siapa tiru siapa.Terang-terang PR yang keluarkan manifesto dahulu.

BN kata manifesto PR akan bankrapkan negara. Tun M yang entah bila nak insaf tu pun menyokong kenyataan BN. Tiba-tiba BN bentang moneyfesto mereka ikut cara PR juga. Tak bankrap pula negara? Rais Yatim tawarkan rakaman 10 minit untuk bentang manifesto PR, siap buat kajian lagi 10 minit tu boleh habis baca 5 muka surat kerta A4. Very childish!!!! Macam ni kah kita nak pemimpin untuk pimpin negara? Tidak!!!!


Katakan tidak kepada cetak rompak

Monday, April 08, 2013

Kecewa

Banyak perkara tentang kehidupan yang aku belajar pada minggu ini. Aku belajar menghargai masa, apabila aku disibukkan oleh pelbagai aktiviti. Namun semuanya untuk orang lain. Hmmm. Isnin aku oncall, tak hilang lagi letih oncall Jumaat sebelumnya, dah oncall balik. Wad pula ramai patient. Alhamdulillah, good call, zero admission! Selasa postcall, hanya habis kerja pukul 1.30 pm sebab ada specialist rounds. Pulang ke pulau, terus cari hadiah untuk mak. Hari lahir mak ke 55. Ayah belikan kek vanila, kami potong pada malamnya selepas mak balik kerja. Rabu...aku minta cuti last minute. Penat tu jika kena kerja, lebih-lebih lagi ada asthma clinic. Aku pergi servis kereta. Lambat setengah jam sebab tak jumpa centre. Tulis Peugeot, mestilah aku confuse! Kereta aku Suzuki!

Khamis kerja semula...oncall pula tu. Aku terima satu referral from klinik, bila patient tu sampai, my colleague just beritahu, its your patient, dia tak tolong clerk pun. Rasa macam sia-sia aku tolong dia clerk patient yang masuk pukul 5pm hari dia oncall, saat aku dah nak balik pun. #kecewa1. Mujurlah dia tolong ambilkan ultrasound appointment, kurang sikit rasa sebal dan sesal dalam dadaku.

Jumaat postcall, pulang pukul 9.30am, terus kemas barang, cuci kereta dan isi petrol. Pulang ke pulau, jalan sesak dari nak masuk highway ke tol jambatan, ke separuh jambatan. Rupa-rupanya satu lorong ditutup. Sampai rumah dah pukul 11. Sempat lelap sekejap kemudian bersiap-siap untuk ke rumah Farah. Alhamdulillah Farah selamat diijabkabulkan dengan Ariff di Masjid Terapung. Selepas makan-makan di rumah Farah, kami pulang. Penat, tapi mata tak boleh lelap sampai 2 pagi. YB dan isteri sampai rumah 4.30 pagi.

Sabtu pagi kami ke butik pengantin kemudian ke dewan kenduri. Hujan begitu lebat. Majlis lancar, adalah kekurangan sikit di sana sini, biasalah tu.Kami menjadi "bridesmaid" yang serba biru. Aku tumpang gembira dengan perkahwinan sahabatku namun jauh di sudut hati, aku tertanya-tanya bilalah jodohku nak sampai. Aku juga ingin merasa bahagia berpasangan seperti orang lain. #kecewa2.

Banyak yang kuperhatikan tentang majlis perkahwinan. Azamku, masa majlisku nanti, biarlah sederhana dan simple saja, tak mahu susahkan diri mahupun orang lain. Penatnya selepas majlis Tuhan saja tahu. Kejang otot kakiku. Lena tidur malamku.

Hari ni, dapat #kecewa3. Yang diharapkan sangat tidak tercapai. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Mesti berusaha lebih. Bukan rezeki lagi.

Wednesday, April 03, 2013

Parlimen Bubar

Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran parlimen. Sekarang menunggu tarikh pilihanraya pula. PRU 13, ini kalilah !


Monday, April 01, 2013

Alahai Ibubapa Sekarang...

Dahulu ketika aku kecil,aku tidak pernah masuk wad. Apabila demam, mak akan beri ubat demam, buat sponging dan paksaku minum air. Mak hanya seorang suri rumah yang tidak berpendidikan tinggi. Namun akalnya dalam membesarkan anak-anak adalah amat tinggi. Tidak pernah kami dibawa ke hospital pada malam buta. Semuanya dirawat di rumah dahulu, keesokannya barulah dibawa ke klinik. Ya, klinik, bukan hospital.

Ibu bapa sekarang, bukanlah mahu mengkritik semata-mata, tetapi hakikatnya telah sebegitu banyak kes yang kutemui bila mana ibu bapa tidak cukup berusaha untuk menyembuhkan penyakit anak-anak. Mereka berpendidikan, tetapi mereka tidak mahu mengambil tahu bagaimana merawat anak yang demam biasa. Apabila anak tidak mahu makan ubat, mereka turutkan. Anak tak mahu minum, mereka biarkan. Ambil antibiotik di klinik, tapi tak berusaha habiskan. Beri paracetamol once daily, bagaimana anak nak sembuh? Demam sudah dua tiga hari, tapi mereka bawa anak ke hospital pukul 3 pagi. Apa sebenarnya yang mereka fikirkan?

Jika anak mengalami keadaan yang mencemaskan seperti febrile fit atau sudden rapid breathing, then aku faham jika mereka bawa anak ke jabatan kecemasan pukul 3 pagi. Namun jika anak hanya demam..masih boleh bangun dan bercakap dengan mak lagi, perlukah bersengkang mata membawa anak pukul 3 pagi? Tidak takutkah bertembung dengan pemandu mabuk di tengah jalan? Ataupun perompak? Lebih baik dibiarkan saja si anak itu tidur secukupnya kerana tidur yang cukup membantu penyembuhan pesakit.

Mungkin ibu bapa sekarang terlalu fobia dengan penyakit zaman kini. Mungkin mereka menaruh kepercayaan tinggi terhadap staff perubatan. Mungkin juga mereka terlalu ignorant terhadap rawatan anak mereka sehingga tidak tahu cara menghadapinya di rumah.

Anak demam - viral fever boleh menyebabkan satu badan sakit
Anak demam, mestilah nampak letih dan hilang selera makan
Anak demam, mestilah less active

Ibubapalah yang kena menyuapkan anak makan dan minum, paksa mereka minum, belikan air kegemaran mereka seperti vitagen dan ribena. Paksa mereka makan ubat ikut masa, bukan ikut anak bangun tidur. Basahkan anak denga tuala lembap, barulah demam turun. Takkan ibu bapa mereka tak pernah buat semua ni?

Ada yang boleh request admission, ingat hospital ni hotel kah? Jika di private, yes, anda boleh request anything as long as you can pay. Tapi jika di public hospital, kita cuma admit necessary patients only kerana bilangan pesakit terlalu ramai, sedangkan jumlah katil limited, mana lagi referral dari private sendiri.

Hmm...aku ingin jadi someone who educate people, biar cerdik sikit ibu bapa alaf baru ni. Biar cerdik merawat anak, bukan cerdik mencari kesalahan orang saja!

Tadi staff di postnatal ward mengadu perihal ibu pesakit yang tidak pasal-pasal complain dan marah-marah, sampai timbulkan isu perkauman. Katanya doktor sengaja layan dia begitu kerana dia tidak sebangsa dengan doktor. Kemudian dia tuduh nurse yang sebangsa dengannya di situ buat tak layan dia. Siap bawa segerombolan keluarga lagi. Nak tunjuk samseng pula. Nanti dikatakan tak bertamadun, kecil hati pula. Golongan macam nilah yang memalukan dan merendahkan kaumnya. Jangan salahkan kaum lain pula bila kaummu dipandang rendah. Jika perkauman tu penting sangat, pergilah cari rawatan di hospital khusus untuk kaummu. Persoalannya, wujudkah hospital itu?