Monday, April 01, 2013

Alahai Ibubapa Sekarang...

Dahulu ketika aku kecil,aku tidak pernah masuk wad. Apabila demam, mak akan beri ubat demam, buat sponging dan paksaku minum air. Mak hanya seorang suri rumah yang tidak berpendidikan tinggi. Namun akalnya dalam membesarkan anak-anak adalah amat tinggi. Tidak pernah kami dibawa ke hospital pada malam buta. Semuanya dirawat di rumah dahulu, keesokannya barulah dibawa ke klinik. Ya, klinik, bukan hospital.

Ibu bapa sekarang, bukanlah mahu mengkritik semata-mata, tetapi hakikatnya telah sebegitu banyak kes yang kutemui bila mana ibu bapa tidak cukup berusaha untuk menyembuhkan penyakit anak-anak. Mereka berpendidikan, tetapi mereka tidak mahu mengambil tahu bagaimana merawat anak yang demam biasa. Apabila anak tidak mahu makan ubat, mereka turutkan. Anak tak mahu minum, mereka biarkan. Ambil antibiotik di klinik, tapi tak berusaha habiskan. Beri paracetamol once daily, bagaimana anak nak sembuh? Demam sudah dua tiga hari, tapi mereka bawa anak ke hospital pukul 3 pagi. Apa sebenarnya yang mereka fikirkan?

Jika anak mengalami keadaan yang mencemaskan seperti febrile fit atau sudden rapid breathing, then aku faham jika mereka bawa anak ke jabatan kecemasan pukul 3 pagi. Namun jika anak hanya demam..masih boleh bangun dan bercakap dengan mak lagi, perlukah bersengkang mata membawa anak pukul 3 pagi? Tidak takutkah bertembung dengan pemandu mabuk di tengah jalan? Ataupun perompak? Lebih baik dibiarkan saja si anak itu tidur secukupnya kerana tidur yang cukup membantu penyembuhan pesakit.

Mungkin ibu bapa sekarang terlalu fobia dengan penyakit zaman kini. Mungkin mereka menaruh kepercayaan tinggi terhadap staff perubatan. Mungkin juga mereka terlalu ignorant terhadap rawatan anak mereka sehingga tidak tahu cara menghadapinya di rumah.

Anak demam - viral fever boleh menyebabkan satu badan sakit
Anak demam, mestilah nampak letih dan hilang selera makan
Anak demam, mestilah less active

Ibubapalah yang kena menyuapkan anak makan dan minum, paksa mereka minum, belikan air kegemaran mereka seperti vitagen dan ribena. Paksa mereka makan ubat ikut masa, bukan ikut anak bangun tidur. Basahkan anak denga tuala lembap, barulah demam turun. Takkan ibu bapa mereka tak pernah buat semua ni?

Ada yang boleh request admission, ingat hospital ni hotel kah? Jika di private, yes, anda boleh request anything as long as you can pay. Tapi jika di public hospital, kita cuma admit necessary patients only kerana bilangan pesakit terlalu ramai, sedangkan jumlah katil limited, mana lagi referral dari private sendiri.

Hmm...aku ingin jadi someone who educate people, biar cerdik sikit ibu bapa alaf baru ni. Biar cerdik merawat anak, bukan cerdik mencari kesalahan orang saja!

Tadi staff di postnatal ward mengadu perihal ibu pesakit yang tidak pasal-pasal complain dan marah-marah, sampai timbulkan isu perkauman. Katanya doktor sengaja layan dia begitu kerana dia tidak sebangsa dengan doktor. Kemudian dia tuduh nurse yang sebangsa dengannya di situ buat tak layan dia. Siap bawa segerombolan keluarga lagi. Nak tunjuk samseng pula. Nanti dikatakan tak bertamadun, kecil hati pula. Golongan macam nilah yang memalukan dan merendahkan kaumnya. Jangan salahkan kaum lain pula bila kaummu dipandang rendah. Jika perkauman tu penting sangat, pergilah cari rawatan di hospital khusus untuk kaummu. Persoalannya, wujudkah hospital itu?

No comments:

Post a Comment