Friday, April 12, 2013

Petualang

Masih terbayang-bayang video solat hajat perdana di Kelantan sempena PRU 12 lima tahun lalu. Menitis air mata seorang ulama agung seperti Tuan Guru Nik Aziz saat memohon doa agar Allah berikan kemenangan kepada Islam. Doa seorang ulama, bukan doa yang calang-calang. Ditambah lagi ia diaminkan oleh ribuan jemaah yang hadir. Sebagai seorang Muslim, aku sendiri merasa gerun melihat situasi itu. Namun masih ada petualang yang sedikit pun tidak menghiraukannya.

Tahukah anda bahawa doa adalah senjata mukmin?
Saat hampir PRU 13 ini, pelbagai fitnah seks tersebar luas. Tiada modal lainkah? Petualang ini tahu bahawa rakyat Malaysia begitu sensitif soal seks inj. Mana mungkin pemimpin yang ada salah laku seks diangkat sebagai pemimpin? Namun petualang ini lupa bahawa rakyat Malaysia kini lebih bijak menilai. Mereka kini sudah lali dengan tohmahan itu dan mereka sedar bahawa isu ini sudah basi.

Malaysia dikejutkan oleh pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, saat sukan Komanwel masih terasa kehangatannya. Beliau dikaitkan dengan rasuah dan kesalahan meliwat. Asas kepada isu ini aku kurang pasti. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba Tun M mencari pasal dengan orang kanannya sendiri. Tilam diusung ke hulu ke hilir semasa tempoh perbicaraan. Keputusannya? Anwar tak bersalah pun atas tuduhan liwat itu. Kes tutup.

Tiba-tiba bila Anwar sahkan akan bertanding semula selepas beberapa tahun, timbul isu liwat yang baru. Kali ini melibatkan seorang pemuda sihat dan gagah. Sanggup dia biarkan dirinya diliwat oleh seorang tua yang punyai kecederaan belakang? Tak bolehkah dia melawan? Sebiji penumbuk sudah cukup untuk menumbangkan orang tua itu. Sungguhpun dia bersumpah, aku sangat meragui kenyataannya. Tambahan lagi dia pernah berhubungan dengan Najib Razak. Baru- baru ini, bapanya sendiri menafikan tuduhan itu. Bapa mana yang sanggup memalukan anak sendiri kan? Bapa mana juga sanggup bersekongkol dengan anak dalam soal dosa besar ini? Jawablah di akhirat nanti. Boleh pula pemuda ni kata ayahnya dibayar untuk berbuat demikian. Habis tu, dia sendiri buat kerja percuma kah? Aku tak tahulah perempuan mana sanggup kahwin dengan lelaki sepertinya.

Isu video seks lagi. Nurul Izzah pula di superimposekan. Nampak sangat petualang ni desperate. Kes ni senyap saja lepas berjaya dibuktikan bahawa video itu palsu. Lepas tu ada pula petualang tak kenal dosa yang sanggup fitnah TG Nik Aziz. Sungguhpun isu ni tak pergi jauh, cukup untuk mengguris hati ulama ini. Beraninya mereka memfitnah ulama! Nantikan balasannya, jika tidak di dunia, di akhirat nanti! Sekarang timbul isu video seks Dato Mustafa Ali pula. Sengaja nak cari pasal petualang ni.

Tapi video seks Chua Soi Lek tu original, sebab dia sendiri mengaku, tak payah nak usung tilam ke mahkamah pun. Dan dia masih diangkat menjadi pemimpin MCA? Orang sebegini masih diterima jadi pemimpin? Euwww!

Kepada petualang-petualang di luar sana, banyak-banyak istighfar. Apa yang anda buat pada orang lain akan kena pada diri anda juga. Bayangkan jika muka anda atau muka ahli keluarga anda yang keluar dalam video itu, suka kah? Cukup -cukuplah menabur fitnah, takut nanti aib anda yang kecil pun Allah tak mahu lindungkan dah.

Marilah kita beramai-ramai solat hajat dan berdoa agar Allah lindungi kita dan para pemimpin kita daripada fitnah inj, dan minta agar Allah berikan balasan kepada petualang ini dengan sekejam kejam balasan. Amin.

No comments:

Post a Comment