Sunday, June 14, 2015

Cepat Sembuh Adik

Asyik teringatkan dia. Seorang adik yang baik. Usahawan muda yang sedang meningkat naik. Pencinta ilmu. Baru-baru ini diuji dengan kemalangan semasa masak untuk berniaga. Sakit akibat melecur hanya dia yang tahu. Mengenalinya semasa persiapan Simposium Baitul Muslim Februari lalu, beliau satu team denganku, Unit Protokol. Pada hari simposium, aku bekerja direct dengannya. Sama-sama jadi floor manager. Mulanya macam kurang pasti method of communication, lepas tu masing-masing capai persefahaman untuk menggunakan Whatsapp. Lebih mudah, tak perlu bicara secara berdepan. Kami sekepala, Alhamdulillah. Karakternya amat menyenangkan. Lepas simposium, ukhuwah bersambung di facebook pula.

Dia rajin post aktiviti di facebook. Berniaga sate, pos minyak wangi, menghadiri kursus, dan macam-macam lagi aktiviti menarik. Sesekali aku komen juga, rajin pula dibalasnya. Benarlah, orang baik, pasti akan diuji Allah. 

Semoga Allah menyembuhkan dengan baik, adik Firdaus. Get well soon. Stand tall and strong.

P/S hati-hati apabila mengendalikan api/minyak/elektrik

Saturday, June 06, 2015

Aturan Allah

Ada orang berkahwin, lepas tu bercerai. Tak lama kemudian, berkahwin lagi. Cepat sungguh jodoh silih berganti. Ada orang terus tak berkahwin, jodoh tak kunjung tiba. Ada orang berkahwin seawal usia 19 tahun, awal jodohnya. Ada orang hanya dapat berkahwin pada usia 40 tahun, lewat tiba jodohnya.

Setiap manusia, Allah dah aturkan cantik bila jodohnya, dan siapa jodohnya. Jodoh cepat tak semestinya bertuah. Jodoh lambat tak semestinya Allah tak sayang. Yakinlah dengan rahmat Allah.

# baru pulang dari walimah anak dua pupu, yang dulunya berkahwin pada usia muda namun jodoh tak panjang. Tidak lama menjadi janda, terus mendapat suami baru. Itulah aturan hidup yang Allah aturkan untuknya. Dia mungkin gembira kerana awal bergelar isteri, tetapi rumah tangganya dilanda ombak dek sikap suami yang menagih dadah. Makan hati, kemudian bercerai. Lukanya hanya dia rasai, sebelum mengecap nikmat berumah tangga semula.

Alhamdulillah 

Syukur, Aku Punyai Mak Dan Ayah!

Bersyukur melihat raut wajah ayah yang gembira menceritakan pengalamannya pergi kenduri tahlil di rumah timbalan imam. Ayah dapat sejadah, dapat surah Yasin, dapat air mineral, kata ayah sambil tersenyum lebar. Dahulu, cukup susah untuk melihat ayah senyum begitu. Alhamdulillah, Allah telah bukakan jalan untuk mengecapi ketenangan semula. Jika sudah sampai masa ayah pergi pun, aku tidak ralat lagi.

Sungguhpun setiap minggu aku pulang, rasa rindu itu tetap ada, tidak pernah basi. Mak dan ayah teruja menyambut kepulanganku, padahal bukannya terpisah jauh pun. Kerinduan ibubapa terhadap anak-anak wajar diraikan. Berdosa membuatkan mereka rindu. Rajin-rajinlah menghubungi mereka dan menjenguk mereka. 

Ada orang yang membesar sebagai yatim piatu, tidak merasa hangatnya belaian ibubapa. Ada yang serba kekurangan, akibat kemiskinan ataupun kejahilan hidup. Ada yang hidup sempurna beribu bapa, namun apabila meningkat dewasa, memilih untuk mengikut jalan Tanggang.

Terpulanglah, bukan tidak tahu nas berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa. Namun sengaja buat tak tahu. Diri sendiri pun bakal menjadi ibu bapa, tak risau perbuatan jahat itu bakal berulang?

Sayangi ibu bapa, hormati ibu bapa.
Syukur, aku punyai mak dan ayah :)

Jangan Putus Asa

Tuesday, June 02, 2015

Wanita, Insaflah!

Apalah maknanya menginjak ke usia baru jika diri bergelumang dosa?
Apalah maknanya menjadi seorang ibu jika ibu orang lain tidak dihormati?
Apalah maknanya menjadi seorang isteri jika sanggup memisahkan seorang suami daripada keluarganya sendiri?
Apalah maknanya hidup bertuhan jika mahu menjadi tuhan sendiri?
Apalah maknanya hidup jika tiada redha orang tua?
Apalah maknanya hidup sebagai orang baik jika bertopengkan akhlak jahat?

Tenangkah hidup seorang wanita Muslim yang bersolat lima waktu, berpuasa dan bertudung, tetapi dalam masa yang sama menabur fitnah, memisahkan ikatan keluarga dan berterusan menuai dosa?

Jika di dunia berjaya dikecapinya ketenangan itu, belum tentu lagi di akhirat ia akan terus tenang.

Insaflah, perbuatanmu itu hanya akan merosakkanmu kelak, dirimu juga punyai anak-anak, lihatlah nanti bagaimana perilaku mereka terhadapmu nanti jika dirimu masih tegar mahu meneruskan dosa.

Jika langkah jahat ini masih dipilih, terpulanglah, sama-sama kita lihat balasan Allah nanti.

Allah tak mencipta orang tua untuk dicaci dan dibuang, Allah tak kurniakan suami untuk dikawal ketat. Namun Allah kurniakan orang tua untuk dihormati dan dikasihi, baik yang kandung, yang tiri, yang saudara mahupun yang mertua. Allah berikan suami sebagai pelindung yang wajid ditaati, jangan sesekali pisahkan suami daripada orang tuanya jika dirimu wanita yang baik.

Tanyalah dirimu, tinggi mana dosa sudah ditambak selama ini, jika kepingin masuk syurga, bertaubatlah sebelum terlambat. Andai usia orang tua tidak panjang, dirimulah yang terakhir akan mengetahuinya, saat itu, airmata darah sekalipun tak akan dapat mengampunkan dosa-dosa jahatmu.

Pulanglah ke pangkal jalan, usah buat diri ini menyesal mengenalimu.


Sent from my iPhone