Telah berkata IMAM GHAZALI Rahimahullah di dalam kitab Tanbihul Ghofilin tentang:
Siapa saja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:
من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.
ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.
ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.
Coba kita renungkan, dengan siapa kita bersahabat....???
Sent from my iPhone
Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Tuesday, August 02, 2016
Sunday, July 31, 2016
Sunday, July 24, 2016
Purnama Purnama
Genap dua bulan. Debaran terasa sikit walaupun masih relax lagi. Angin dah mula menyampaikan khabar khabarnya. Hebahan masih terasa awal, tunggu bulan depan nanti. Bagaimana agaknya reaksi pihak yang menerima hebahan. Ada juga kaki sibuk nak ambil tahu, mentang mentang duduk satu kawasan. Bila dah tahu nanti, banggalah berbisik sana sini maklumat di genggaman.
Pesan pada diri, banyakkan bersabar. Hidup tidak semuanya indah. Apa yang kita dapat dalam hidup, tidak selalunya apa yang kita nak, tapi itulah yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui. Orang memang suka mengkritik, seolah olah hidup mereka sempurna serba serbi. Tidak dapat menerima kecelaan orang lain, seakan diri mereka tidak ada celaan langsung.
Biarlah anak siapa, duduk mana, kerja apa, umur berapa, bukannya ada kaitan dengan kehidupan mereka pun. Yang nak meneruskan kehidupan ni adalah kami. Bahagia derita pada diri kami. Jika elok serba serbi pun orang mengata juga kan. Banyak lagi tarbiyah yang perlu disampaikan ni. Tarbiyah sampai semua manusia jadi baik. Basuh habis hitam hati tu.
Pesan pada diri dan keluarga, kita kena jadi kuat. Kuat menahan kata nista orang. Usah membalas celaan orang, kelak sama saja buruknya kita dan mereka. Sabar, dan ucaplah alhamdulillah banyak banyak. Biar tertutup mulut orang. Jangan diulas lebih lebih, nanti hati sendiri yang sakit. Waktu inilah kita tahu, siapa madu dan siapa racun. Doa yang baik baik sudahlah.
Tuesday, July 19, 2016
Teh dan Angin
Sejak menjangkau usia tua ni, perut dah macam anti dengan teh. Teh o tak boleh, teh susu pun tak boleh. Perut jadi sebu, angin semacam naik sampai kepala. Dulu boleh saja minum sebungkus atau segelas teh ais dengan nikmatnya. Sekarang dah tak boleh. Baru baru ni ziarah raya rumah staff, dia jamu teh ais kedai. Gelas kecil saja pun. Baru minum dua teguk dah rasa sebu. Mujur kat rumah ada nasi dengan sup kambing.
Esoknya ziarah raya rumah saudara, dia jamu teh o. Minum juga. Tengah hari. Rasa sebu juga. Walaupun dah makan nasi dengan gulai ikan biji nangka yang sedap, rasa sebu terus berlarutan hingga ke petang. Lepas sumbat dengan bihun sup dan nasi ayam, baru lega. Macam mana berat badan tak naik balik? Nak exercise, semput pula. Tengah URTI. Nafas pun tak puas, siap tachycardia lagi walaupun tengah baring nak lena. Dah dua petang checked temperature 37.5.
Penawar batuk kahak, bacalah ayat 80 surah as Syu'ara. Rupa rupanya baru baca tadi sampai ayat 90 sebelum terjumpa video Tanyalah Ustaz Sharhan tu.
Allahuma'a fini fi badani.
Thursday, July 14, 2016
Memori Ramadhan #3
Ya Allah, rindunya pada Ramadhan! Balik kerja, tengok jalan kat simpang masjid lengang saja. Biasanya ada bazar Ramadhan di perkarangan masjid tu. Kereta berderet parking tepi jalan. Masa terhad nak beli juadah berbuka lagi, nak beli barang-barang dapur lagi. Bersenam memang tak sempatlah, dan tak larat. Lepas berbuka, solat Maghrib, terus siap untuk ke masjid. Kalau lambat nanti parking susah, tempat nak solat pun tiada. Habis solat tarawih, balik rumah, minum-minum sikit, dah dekat pukul 11 malam. Seterika baju, siap-siap untuk kerja esok pulak. Rindunya pada disiplin diri sepanjang bulan Ramadhan. Itu tak termasuk curi masa untuk khatam al Quran. Tak berjaya khatam juga, tapi bilangan juzuk yang dibaca lebih daripada tahun lepas.
Waktu bulan Ramadhan ni, ramai orang jadi baik sikit. Kurang mengumpat, kurang marah, dan lebih bersabar. Hebatnya kuasa Ramadhan!
Waktu Ramadhan juga aku beriltizam untuk istiqamah bersedeqah, at least RM1 setiap hari. Alhamdulillah, mudah sangat Allah buka pintu-pintu untuk sedeqah. Berjaya melakukannya setiap hari, dengan jumlah yang berbeza. Nak teruskan untuk bulan-bulan seterusnya, walaupun macam susah nak konsisten setiap hari. Mungkin boleh jadi RM30 per month yang wajib.
Allah pasti akan memberi 10 ganjaran atas satu kebaikan yang dilakukan, insya Allah.
Sunday, July 10, 2016
Sedih Sikit Ja
Setelah drama pendek syahdu semalam : "Bukan bebai, sedih sikit ja", akhirnya yang dinanti tiba jua. Dari raya kedua tunggu, sampai raya kelima. Alhamdulillah, tetamu hadir membawa rezeki. Siap dapat duit raya lagi.
Menu tadi:
Nasi beriyani perencah Adabi
Gulai udang perencah Adabi
Kurma ayam perencah Adabi
Ulam janggus dan ulam raja
Sambal belacan
Ikan jenahak goreng
Ikan cencaru goreng
Air kordial anggur Jalen
Air kordial blackcurrent Sun up
Sampingan sementara tunggu hidangan tengah hari:
Lemang segera Nona
Nasi impit segera Faiza
Kuah kacang
Serunding daging lembu
Teh o panas
Tetamu bawa roti canai telur + kuah dhal + kari daging
Alhamdulillah syukur atas nikmat persaudaraan ini. Semoga Allah melindungi mereka semua dan melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus kepada kami.Satukan hati-hati kami ya Allah di jalanMu.
Menu tadi:
Nasi beriyani perencah Adabi
Gulai udang perencah Adabi
Kurma ayam perencah Adabi
Ulam janggus dan ulam raja
Sambal belacan
Ikan jenahak goreng
Ikan cencaru goreng
Air kordial anggur Jalen
Air kordial blackcurrent Sun up
Sampingan sementara tunggu hidangan tengah hari:
Lemang segera Nona
Nasi impit segera Faiza
Kuah kacang
Serunding daging lembu
Teh o panas
Tetamu bawa roti canai telur + kuah dhal + kari daging
Alhamdulillah syukur atas nikmat persaudaraan ini. Semoga Allah melindungi mereka semua dan melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus kepada kami.Satukan hati-hati kami ya Allah di jalanMu.
Subscribe to:
Posts (Atom)