Sunday, July 24, 2016

Purnama Purnama

Genap dua bulan. Debaran terasa sikit walaupun masih relax lagi. Angin dah mula menyampaikan khabar khabarnya. Hebahan masih terasa awal, tunggu bulan depan nanti. Bagaimana agaknya reaksi pihak yang menerima hebahan. Ada juga kaki sibuk nak ambil tahu, mentang mentang duduk satu kawasan. Bila dah tahu nanti, banggalah berbisik sana sini maklumat di genggaman.

Pesan pada diri, banyakkan bersabar. Hidup tidak semuanya indah. Apa yang kita dapat dalam hidup, tidak selalunya apa yang kita nak, tapi itulah yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui. Orang memang suka mengkritik, seolah olah hidup mereka sempurna serba serbi. Tidak dapat menerima kecelaan orang lain, seakan diri mereka tidak ada celaan langsung.

Biarlah anak siapa, duduk mana, kerja apa, umur berapa, bukannya ada kaitan dengan kehidupan mereka pun. Yang nak meneruskan kehidupan ni adalah kami. Bahagia derita pada diri kami. Jika elok serba serbi pun orang mengata juga kan. Banyak lagi tarbiyah yang perlu disampaikan ni. Tarbiyah sampai semua manusia jadi baik. Basuh habis hitam hati tu.

Pesan pada diri dan keluarga, kita kena jadi kuat. Kuat menahan kata nista orang. Usah membalas celaan orang, kelak sama saja buruknya kita dan mereka. Sabar, dan ucaplah alhamdulillah banyak banyak. Biar tertutup mulut orang. Jangan diulas lebih lebih, nanti hati sendiri yang sakit. Waktu inilah kita tahu, siapa madu dan siapa racun. Doa yang baik baik sudahlah.

No comments:

Post a Comment