Saturday, July 09, 2016

Memori Ramadhan#2

CIKGU KAFA

Salah seorang jemaah terawih di masjid @ kampung adalah seorang guru KAFA. Entah apa minatnya, setiap hari sebelum keluar dari masjid, ada sahaja soalannya untukku.

"Belajar lagi kah?"
"Cuti sekolah sekarang?"

Rasa muda pula bila orang masih fikir diri ni pelajar. Namun bila dia tahu diri ni dah bekerja, dikoreknya pula pasal pekerjaan.

"Kerja di mana?"
"Kerja nurse ke kerja pejabat?"
"Pegawai perubatan? Oh, farmasi eh?"
"Tak jauh ke berulang ke tempat kerja?"
"Ohh nanti boleh tanya pasal ubat-ubat ni."

Tepuk dahi. Ada juga yang perangai macam ni. Suka korek hal orang lain. Nak meneka sesuka hati. Level untuk perempuan Melayu hanya tahap nurse atau kerja pejabat sajakah?

Sikapnya membuatkan diri sentiasa mahu elakkannya. Habis solat, bersalam dengan dua tiga orang, terus bergegas nak keluar dari masjid. Tak selesa disoal begitu. Seingatku, mak tak pernah nak soal begitu pasal anak orang. Kalau orang cerita, mak dengar. Ini, bersungguh pula dia bersoal jawab pasal anak mak.

Sabar sajalah.

No comments:

Post a Comment