GAZA diserang lagi. Entah apa mahunya Israel laknatullah ini.Ada pendapat yang mengatakan bahawa kebangkitan Islam baru-baru ini menyebabkan Israel rasa tercabar dan mahu menunjuk-nunjukkan kuasanya kembali. Ada pula yang mengaitkan dengan kemenangan Barrack Obama.Wallahualam. Ini adalah isu kemanusiaan, bukan lagi isu keagamaan.Seluruh manusia dari segenap pelusuk dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap keganasan zionis ini. Namun zionis kejam ini tidak pandang sebelah mata. Amerika yang kononnya berkuasa besar itu juga tidak dapat berbuat apa-apa.
Kempen boikot barangan Israel kembali popular, hakikatnya terlalu banyak barangan mereka untuk diboikot.Pandang kiri, pandang kanan, pandang depan dan belakang, semuanya barangan Israel belaka.Tepuk dada, tanyalah iman. Jika tak dapat boikot semua, dapat boikot sedikit pun dah membantu.
No comments:
Post a Comment