Sejak kena gigit dengan Charlie ni, ramai betul yang mengambil berat. Alhamdulillah, terima kasih. Ada yang panjang lebar menerangkan perihal aktiviti Charlie, ada yang menceritakan pengalaman lepas, ada yang risau sebab aku masih bekerja walaupun mata kiri membengkak, ada yang memberitahu krim terbaik untuk menghilangkan parut, dan sebagainya. Kesakitan yang dialami terubat oleh kasih sayang mereka. Ya, aku masih datang kerja, malah on call sebab masa tu masih cuti CNY, jadi tiada siapa boleh mengganti. Aku dah pun beli Mederma cream itu, harap-harap berkesan. Aku semakin berhati-hati apabila berhadapan dengan Charlie. Cukuplah sekali gigitan cinta pada kelopak mata kiri, dagu kiri, leher sebelah kanan dan pergelangan tangan kanan.
Abang juga siap beri sepotong doa dan zikir amalan untuk melindungi diri daripada Charlie. InsyaAllah sudah mula aku amalkan. Hanya kepada Allah aku berserah untuk perlindungan dan keselamatan.
Esok harus menghantar kereta ke klinik!
No comments:
Post a Comment