Walaupun sudah berkali-kali oncall, perasaan itu tetap sama. Masih stress, palpitations, gusar, moody dan seribu satu rasa yang negatif pasti muncul. Kadang kala aku marahkan diri sendiri, bertenanglah, Allah kan ada. Lagipun biasanya walau sibuk atau teruk macam mana pun, Allah pasti akan buatkan aku berjaya melaluinya. Aku cuma perlu pastikan assessment dan management yang betul demi kesihatan dan keselamatan pesakit. Tapi...oncall di sini menakutkan sebab keseorangan, tiada siapa boleh menolong. Jika consult dengan tertiary hospital pun, based on my description. Jika penilaianku salah, maka rawatan pun akan salah.
Sekarang ada 7 months old boy yang tachypnoeic. Dia ada high fever juga tapi SPO2 maintain 98% . Aku risau...takut jika dia deteriorate pula. Kena yakin dan biar medications take their effect. Don't worry too early. Masa oncall last Sunday pun ada 4 year old boy admitted sebab AEBA...sangat tachypnoiec. Aku bagi neb and iv hydrocortisone. Dia asyik tidur saja macam so lethargic. Tengok-tengok petang dia dah sit up, cakap banyak and very less tachypnoiec. Selang dua hari dah discharge.Alhamdulillah.
Ada seorang lagi baby referred by obstetric team for facial congestion. Baby looks okay, tapi aku takutlah juga, in case...insyaAllah takda apa-apa.
Aku harap permohonanku ke OPD akan diluluskan secepat mungkin. Tak daya dah nak oncall, not because of the physical, but because of mentally exhaustion. Stress macam apa saja.
Alamak...Jumaat ni cuma aku dan dia...bosan dan tak menarik...
No comments:
Post a Comment