Thursday, March 14, 2013

Lima Tahun Yang Lalu

8 Mac 2008
Tarikh yang sungguh bersejarah buat rakyat Malaysia. Pilihanraya umum ke 12 berlangsung pada tarikh keramat itu. Siapa menduga, tsunami melanda lagi, namun kali ini ia adalah tsunami politik. Saat itu, aku sudah pun mengenali apakah itu politik, kepentingan untuk terlibat dalam politik, serta pendirian tentang sesebuah parti politik yang perlu disokong. Aku terkilan kerana tidak dapat mengundi walhal sudah berdaftar dengan SPR sejak berumur 21 tahun lagi.

Sungguhpun jauh beribu batu, suasana pilihanraya tetap dirasakan, lebih-lebih lagi pada tarikh itu kami sedang berhimpun sempena program pelajar. Segala perkembangan kalah menang kami kongsi bersama, malah ada panggilan langsung dengan beberapa pemimpin yang disayangi di tanah air. Sungguh bersemangat sekali kami ketika itu.

Masih terbayang-bayang lagi skrin televisyen yang memaparkan satu persatu keputusan pilihanraya. Cuma waktu itu aku masih buta politik. Apa yang dicanangkan oleh berita arus perdana, itulah yang aku percaya. Pada tahun 2008 itu aku tidak dapat menatap skrin tv seperti sebelum ini namun keputusannya satu persatu kami perolehi.

Mana disangka, negeri kelahiranku juga dilanda tsunami. Berubah terus tampuk pemerintahan. Tiga ratus enam puluh darjah. Kuasa pilihanraya terletak di tangan rakyat. Rakyat bersatu untuk meminta perubahan.

Tarikh ini telah pun berlalu pada tahun ini namun masih belum ada tanda-tanda parlimen akan dibubarkan. Tahun ini sudah tentu mendebarkan.

Pilihanraya adalah wasilah. Kewajipan kita adalah mengundi. Jangan kerana satu undi kita yang tidak dijalankan, memberi kemenangan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

P/s kadang kala terasa jengkel dengan orang yang pandai mengkritik itu dan ini, pandai selok belok politik, mengaku belajar sains politik, tapi akhirnya memilih untuk tidak membuang undi, malah tiada pendirian, hanya duduk di atas pagar. Shame on you.

No comments:

Post a Comment