Dahulu, pernah ada yang share di laman sosial, kata-kata nasihat yang berbunyi:
Jangan share gambar perkahwinan kita, kerana barangkali ketika itu ada yang bersedih kerana dirinya belum mendapat jodoh, dan barangkali ketika itu ada yang berduka kerana sedang melalui proses penceraian. Jangan share gambar makanan kita, kerana barangkali ketika itu ada yang tiada wang pun untuk membeli makanan. Jangan share pakaian berjenama kita, kerana barangkali ketika itu ada yang hanya berpakaian lusuh dan rabak sebab tiada wang untuk membeli pakaian baru.
Sekarang, orang yang share kata-kata itulah yang buat apa yang dilarang.
Selepas berkahwin, di upload berkeping-keping gambar bahagianya bersama pasangan. Sepersalinan baju yang indah, makanan yang enak dan kecantikan gambar tempat berbulan madu. Semua dikongsi semahu-mahunya di laman sosial.
Muslimah,
adakah perkahwinan itu menjadi lampu hijau untuk share gambar-gambar wajah cantik anda di laman sosial? Adakah dengan berdirinya seorang suami di sisi, telah menghilangkan status muslimah anda yang harus dijaga? Adakah dengan niqab yang menutupi wajah anda, telah menghilangkan fitnah dunia terhadap anda?
Pelik. Sebelum berkahwin, tahu menjaga malu sendiri. Sangat berhati-hati dalam mengupload gambar dan cerita di laman sosial. Lepas berkahwin, sebebas-bebasnya upload gambar. Walaupun ada suami di sisi, tetap tidak menggugurkan status anda sebagai seorang muslimat. Walaupun berniqab, tetap tidak menggugurkan risiko fitnah anda sebagai seorang wanita. Hanya kerana ada suami di sisi, anda benarkan lelaki-lelaki lain menjamah wajah dan tubuh anda sesuka hati? Hanya kerana berniqab, anda fikir lelaki tiada imaginasi terhadap wajah dan kecantikan anda?
Apa perlunya upload gambar berbulan madu? Nak tunjuk pada satu dunia, bahawa anda orang yang paling bahagia? Nak tunjuk yang anda mampu terbang ke sana sini pergi bercuti? Nak bangga yang anda ada pasangan?
Pelik. Pelik. Pelik. Apabila ia berlaku di kalangan mereka yang cintakan ilmu, yang berilmu dan yang dikelilingi oleh orang-orang berilmu.
No comments:
Post a Comment