Monday, March 23, 2015

Pengarah Program



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Rasa ringan bahu ni bila satu tanggungjawab besar telah selesai.
Menjadi seorang pengarah program bukanlah satu perkara yang mudah, lagipun dah agak lama tidak hands on sejak zaman medical school dulu.

Tiga minggu memikul beban di bahu. Tidak diduga akan ditaklifkan amanah sebesar begini memandangkan ramai lagi muslimin yang berkemampuan. Satu bengkel yang agak kecil, dengan target peserta 100-150 sahaja. Bengkel ini adalah susulan daripada Simposium Baitul Muslim yang lepas. Aku bersetuju dengan tarikh yang dipilih oleh Majlis Tertinggi penganjur, kerana jika dibuat lambat sangat, semangat simposium tempoh hari akan sejuk.

Dua tiga jam selepas dilantik sebagai pengarah, aku mula recruit urus setia. Bermula daripada lima orang, akhirnya menjadi sepuluh orang urus setia yang komited. Cabaran pertama bermula apabila venue asal terpaksa diubah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. CEO kami telah survey dua tiga venue yang dicadangkan tetapi menemui jalan buntu, hinggalah venue seterusnya ni, yang dicadangkan oleh urus setia makanan - Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda. Sebagai ahli kariah masjid, aku sendiri tidak  perasan yang masjid juga memiliki dewan seminar. Petang itu, selepas lunch break,aku segera menelefon pejabat pentadbiran masjid. Mereka memberikanku contact number ustaz yang menguruskan sewaan dewan. Kebetulan ustaz MC ketika itu.

Alhamdulillah, dengan kadar sewa yang berpatutan, kami setuju untuk menyewa dewan seminar masjid. Selesai satu masalah! Promosi berjalan secara berkala, kali ni kami hanya menggunakan media sosial, langsung tiada banner atau poster dikeluarkan. Pada peringkat awal, penyertaan sangat perlahan, namun Alhamdulillah, pada beberapa hari terakhir, penyertaan meningkat sehingga mencapai target!

Tugas melawat dewan diserahkan kepada urus setia makanan, memandangkan dia satu-satunya yang bekerja dengan masa flexi. Perbincangan banyak dilakukan dalam group Whatsapp, aku sendiri tidak mengadakan mensyuarat face to face kerana merasakan tiada keperluan. Minggu terakhir sebelum event banyak aku habiskan masa dengan membeli barang - pen dan kertas untuk peserta, serta cenderahati untuk penceramah. Habis kerja pukul lima, solat Asar, terus pergi cari barang. Penat, tapi berbaloi.

Dua malam sebelum event, aku sukar melelapkan mata, Excited ada, nervous pun ada. Aku gunakan waktu sengkang mata tu untuk type and save siap-siap arahan teknikaliti untuk urus setia, nanti senang, copy paste and send saja di group.

Hari Jumaat, kurang 24 jam sebelum event, masa tu penyertaan dah mencecah 95 orang. Hari yang segar, walaupun malamnya aku masih belum tidur pukul 2.30 pagi. Alhamdulillah klinik juga uneventful. Petang pun tak ramai patient dan aku habis kerja awal. Masa tengah tunggu masa untuk punch out, dapat panggilan daripada big boss aka Pengarah Urusan penganjur. Sungguh concern dia. Big boss rasa bersalah sebab tak banyak membantu persiapan sebelumnya, jadi haritu dia luangkan masa untuk buat apa yang patut. Backdrop dan banner big boss yang print dan dibawa ke masjid.

Habis kerja aku terus memandu ke masjid. Sampai di car park, big boss telah sedia menunggu. Kami terus ke dewan seminar bersama backdrop. Selepas jumpa ustaz, kami mula pasang backdrop. Big boss nak cepat sebab ada tugasan lain pula. Waktu tu urus setia lain belum sampai, terutama muslimin. Lepas big boss minta diri, baru seorang demi seorang urus setia sampai. Ada yang muka semangat, ada yang muka penat, ada yang muka gementar! Emcee majlis mulakan raptai. Yang lain-lain mula menyusun kerusi. Alkisahnya masjid memberikan kerusi baru yang belum dibuka plastiknya dan kami terpaksa spent more time buka plastik tu selepas pembantu siak muda tu menghilangkan diri.

Lepas solat Maghrib, kami berlima ke Restoran Qaisar Hadramaut. Ada yang mengidam nasi Arab, sebagai upah site visit tempoh hari. Perghhh kenyang yang amat! Set nasi dan ayam tu RM70, satu jug minuman hanya RM4. Aku rasa reasonable harganya. Lepas makan kenyang, kami kembali ke masjid, kali ni urus setia teknikal turut serta. Siak masjid tiba membawa mikrofon dan PA system untuk dicuba. Boleh tak urus setia teknikal tak bawa laptop untuk test sound audio dan videonya???!!!

11.30PM kami beredar. Muka masing-masing penat. Kebanyakan kami datang terus dari tempat kerja. Sampai rumah yang hanya sekangkang kera dari masjid tu, aku terus kemas barang-barang yang hendak dibawa, iron baju dan bersihkan diri. Badan dah penat sangat tapi mata tak mau lelap. Last sekali aku tengok jam dah 1.24am.

Paginya sebelum azan Subuh dah bangun bersiap-siap. Teruja dan gementar pun ada.Emcee majlis pukul 7 dah ada di masjid. Aku baru nak keluar masa tu. Janji 7.15am urus setia dah kena berkumpul. Sampai dewan, aku terus agihkan kertas dan pen, letak atas meja peserta. Rasa macam jadi pengawas peperiksaan pula. Urus setia makanan dah sampai, siap bawa adiknya untuk tolong kemas lebihan kerusi. Seorang urus setia sangkut sebentar atas Jambatan Pulau Pinang, tapi berjaya sampai sebelum pukul 8. Big boss pun sampai pukul 8. CEO yang membawa senarai nama peserta sampai pukul 8 lebih, sekali dengan urus setia teknikal. Patutnya dua orang nilah yang kena sampai paling awal!

Akhirnya kami buka pendaftaran pukul 8.20am seperti yang dijanjikan. Pendaftaran berjalan lancar. Aku siap minta big boss tolong jadi usher sebab aku sendiri membantu bahagian pendaftaran. Kali ni urus setia tak ramai, so seorang akan buat multiple tasks. Jika semua hands on bagus, kerja boleh jalan. Penceramah pertama, PU Shahul tiba lewat sikit. So kami pasang video dulu untuk tatapan peserta. Waktu PU sampai, baru CEO berucap. CEO kalau boleh nak suruh pengarah program yang berucap, tapi aku guna kuasa vetoku sebagai pengarah untuk minta CEO yang berucap. Kihkih.

Pukul 9.30 pagi bengkel pun bermula. PU Shahul - mempunyai aura dan tenaga yang konsisten sepanjang pengisian. Berkeping-keping kertas di hadapan beliau, menunjukkan bahawa beliau memang buat homework untuk bengkel ni. Kami pancarkan video live ke screen untuk peserta yang duduk di belakang tatap wajah PU, tapi video agak gelap dan tidak sharp.

Pukul 12 tengah hari, makanan sampai. Kami set up makanan (buffet) di bahagian foyer masjid. Nasi minyak warna kuning, ayam masak merah, sayur kubis dan air oren. Masa tu ada rombongan pengantin nak akad nikah, kena pula dengan bengkel kami. Meriah rasa. Selamat pengantin baru!
Aku dan urus setia lain sempat makan sebelum azan Zuhur. Aku makan sikit saja sebab tak lalu (atau tak larat) dan nak cepat bersedia sebelum pukul 2 petang.

2.05petang, Puan Hajjah Rohani, pakar kewangan Islam tiba. Aku sambut dan borak sedikit. Rasa kekok pula, lama dah tak bercakap dengan orang kenamaan ni. Puan Hajjah set up presentation beliau lalu slot kedua pun bermula. Puan Hajjah banyak berinteraksi dengan peserta, siap bagi duit lagi untuk peserta yang berjaya jawab soalan. Beliau kongsikan ilmu kewangan secara general, sedikit sekali tentang perkahwinan. Ada juga peserta yang mengantuk.

Petang tu aku duduk di bahagian tepi dewan, depan, so boleh nampak penceramah dari tepi. Puan Hajjah pesan, ansuran kereta tak boleh lebih 30% daripada gaji bulanan kita. Masa tu Puan Hajjah pandang ke luar, nampak kereta Kenari, Myvi, dan yang merah menyala tu kereta apa? Suzuki Swift, PK*****, kereta siapa? Perghhh tak pasal-pasal kereta aku kena bahan. Aku duduk diam membatu di tepi dinding tu. Emcee dok gelak-gelak dah. Lepas tu Puan Hajjah tanya pula, ada doktor di sini? Takda? Aku senyap juga. Alamak...kenapa asyik terkena pula ni? Hahah.

Pukul 4 lebih, aku tinggalkan dewan sekejap, pergi jumpa ustaz untuk settlekan bayaran dewan. Aku bagi feedback tentang kemudahan dewan, termasuk bab kami kena buka plastik kerusi baru tu. Rasanya dah tiba masa untuk upgrade masjid.

Akhirnya slot kedua tamat pukul 4.30 petang, kerana Asar pukul 4.36 petang. Kami temankan Puan Hajjah minum petang dan bergambar sebelum beliau pulang. Sesi kemas dewan memang penat. Rasa nak patah pinggang ni. Mujur ada tambahan sahabat muslimin lain yang membantu. Lepas selesai kemas dan solat, kami ke Cafe Route 69. Itu pertama kali aku makan di situ walaupun rumah dekat sangat. Makan kuey toew sup saja. Habis makan kami buat post mortem terus. Serius ada, lawak pun ada. Tapi aku rasa banyak benda yang aku tak tercakap, sebab rasa macam tak selesa cakap di situ, dengan bunyi tv la. So aku cakap sikit-sikit saja. Masuk maghrib, kami beredar.

Dengan tenaga kerja yang terhad, hanya 10 urus setia, pengalaman anjur program kali ni amat bermakna. Kami jadi lebih rapat, tahu kelebihan dan kekurangan, dan tidak kekok untuk membantu dan meminta bantuan. Semua mereka lebih muda daripadaku, jadi aku sayang mereka bagai seorang kakak menyayangi adik-adiknya. Attitude mereka semua comel-comel!!

Malam tu aku sempat buat analisis berdasarkan borang penilaian bengkel yang ada di tanganku. Rata-rata memuaskan dan cemerlang. Dan malam tu banyak benda lawak berlaku bila ada yang remind balik pasal keretaku kena bahan, lepas tu ada pula sebut gandingan untuk next program meletoppp. Hidup kedua dua group Whatsapp urus setia bengkel dan group family.

Alhamdulillah. Ambil yang negatif, untuk perbaiki lagi. Yang positif simpan tepi dulu. Pengalaman dan kenangan yang sangat manis. Aku sayang adik-adikku semua!

No comments:

Post a Comment