Al-Fatihah.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Bulan lepas, mak caq ziarah kami di rumah. Bersungguh dia mengajak anaknya untuk bawanya ke rumah kami. Alhamdulillah, hasratnya tertunai.
Keluarga kami dan keluarga mak caq sentiasa mesra, sejak aku kecil lagi. Kami tak pernah ada masalah, walaupun pak caq ketika hayatnya agak tegas. Aku juga senang bergaul dengan sepupu-sepupuku daripada keluarga ini.
Pada usia 70an, mak caq semakin uzur. Namun ingatannya masih kuat. Dahulu, dia selalu memberi galakan untuk belajar bersungguh-sungguh, masuk sekolah orang putih (convent) bagus, katanya. Walaupun dia sendiri hantar anak-anaknya ke sekolah Cina (dan mereka pandai berbahasa Mandarin).
Dia tak pernah pandang rendah kemampuan anak-anak saudaranya. Kenduri-kendara...pasti muncul. Hari raya...lepas ziarah kubur, pasti muncul di depan rumah kami.
Isnin baru ni mak caq kalah pada takdirnya. Rebah, dimasukkan ke ICU, dan akhirnya kembali ke rahmatullah pada tengah malam tadi.
Semoga rohmu tenang di sana, dan dicucuri rahmat.
Mak caq Timah dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment