Wednesday, April 27, 2016

KEMBARA 24 JAM

Berangin satu badan. Minum teh latte banyak sangat. Satu teko kecil. Dah telan syrup MMT tapi masih rasa mual lagi.

Minggu ni alhamdulillah, patient tak ramai sangat. Pagi tengok diabetic patients saja. Tapi terasa bebanlah juga partner dengan senior yang rajin angkat kaki. Asyik tiada di bilik. Terpaksalah sorang-sorang pulun tengok patients.

Jumaat lepas, usai kerja terus solat Asar dan memandu ke Kubang Semang, ambil seorang teman untuk ke dewan LPPKN, ada rehearsal malam tu.Tapi rasa macam tak berbaloi datang awal, sedangkan ramai yang lain sempat balik rumah, mandi-manda, makan dulu baru datang lepas Maghrib. Next time, will take note - datang malam saja.

Malam tu selesai atur kerusi, buat tag nama untuk urusetia, masukkan nota dalam file peserta dan potong cover untuk CD. Pukul 12 tengah malam, semua beransur pulang. Sampai rumah dah dekat 12.40am, badan dah penat sangat. Dari pagi keluar bekerja, sampai esok pagi baru balik. Terus solat dan gosok baju dan tidur. Tema kali ni jubah hitam, tudung kuning/mustard/gold.

Esok paginya plan nak angkut beg siap-siap masuk kereta supaya boleh terus ke airport dari LPPKN tapi sebab siap tak berapa nak awal, terpaksa lupakan hasrat ini. Sampai di dewan dekat 7.40am. Ramai urusetia belum sampai lagi. Peserta dah menunggu nak daftar. Seperti biasa, hanya ada seorang yang pegang senarai nama, dan yang seorang itu tak pernah sampai awal.

Urusetia yang volunteer untuk uruskan pendaftaran pun tak sampai lagi. Jadi bidan terjun, handle pendaftaran. Dah lamaaaa tak guna excel, jadi kekok pulak. Nasib baik teman di sisi baru grad master statistics, jadi dialah yang guide. Pendaftaran agak lancar, alhamdulillah. Tengah sibuk dengan pendaftaran, tiba-tiba urusetia panggil, suruh teman pegawai dari LPPKN naik ke pentas untuk perasmian. Alamak...ingatkan semalam tu main-main saja...terus minta tolong teman yang master statistic tu ganti. Nasib baik dia setuju saja. Lagipun dia peramah, dan tugasan ni kira jadi gantilah sebab dia tak datang rehearsal semalam.

Alhamdulillah, selesai pendaftaran, dah boleh masuk dewan, duduk di belakang. Kali ni jadi ajk tugas-tugas khas, jadi bidang kerja tak specific sangat. Sempatlah dengar kuliah Ustaz Shafi. Kemudian Ustaz Suhaimi, sangat menyentuh perasaaan. Pertama kali dengar pengisian beliau. Breakfast urusetia makan bihun goreng...dah nampak nasi lemak dan memang mengidam banyak hari dah tapi sebab bihun banyak lagi, makan bihun saja. Tengah hari makan nasi putih dengan ayam masak merah dan acar timun.

Sesi petang...Ustaz Fawwaz Md Jan pula. Ramai peminat ni. Ustaz banyak buat lawak...mungkin sebab tak mahu peserta mengantuk, tapi penyampaian ustaz berkenaan topik tak detail sangat. Tak feel sangat. Mungkin sebab terlibat dalam penghasilan nota ringkas tajuk ni, jadi rasa macam tak cukup umphh.

Sebelum sesi Ustaz Lukmanulhakim, terpaksa minta diri. Informed pada CEO dan pengarah urusan. Masa tu dah 4.15pm. SInggah di rumah sewa, tukar baju, dan terus angkut beg turun. Bimbang Penang Bridge sesak tapi alhamdulillah perjalanan lancar. Sampai di Penang International Airport pukul 5.50pm. Tengok gate tak buka lagi. Duduk dulu di kerusi. Called mak. Lepas tu komplot dengan kakak ipar, nak buat surprise dekat YB.

Flight patut 7.20pm tapi 7.15pm dah gerak. Tiba di Subang Airport pun awal daripada schedule. Tunggu Jaz dan Nurol hampir 45 minit! Macam nak nangis pun ada, tapi disabarkan hati. Orang dah jemput dah besar rahmat. Terus ke Murni Discovery di Kelana Jaya. Kumpul semua satu geng. Makan mee raja meletop. Besar portion. Kenyang sangat. Pedas, tapi taklah meletop sangat. Balik singgah 7-11, beli Eno dengan Gaviscon. Perut berangin pulak sampai rasa pening. Sampai rumah Nurol terus telan Gaviscon. Lega sikit.

Malam tu kami berpillow talk. Perkara yang menjadi rahsia selama sebulan akhirnya bukan lagi rahsia. Mereka sahabatku sejak kecil, kami berkongsi suka duka. Semoga mereka juga dibukakan jalan ke arah itu, insya Allah.

Pagi Ahad di Taman Desa. Segar rasa, walaupun tidur lewat. Breakfast di USJ Taipan. Teringin nak makan nasi lemak, tapi dah habis...iyalah kami sampai pun dah dekat 10.30am. Makan soto dan share lempeng pisang dengan teh tarik. Sedap. BUngkuskan soto untuk kak ipar dan YB. Sampai rumah YB dah pukul 11am. Surprise!!! YB terkejut, diberitahu, bapa saudara kak ipar nak datang, tengok-tengok adik sendiri yang datang.

YB nampak susut sikit badannya. Pakai arm sling. Jaz dan Nurol memang peramah, jadi tak kekok nak sembang dengan kak ipar dan YB. Sempat tengok x-ray YB. Pukul 12.15pm baru keluar, terus ke seksyen 7 Shah Alam, pusat vendor boutique. Asalnya nak beli tudung, tapi tak beli pun. Beli dua jubah untuk sendiri, satu blouse untuk mak, dan satu kemeja untuk dia. Ayah punya dah beli masa di LPPKN. Pertama kali masuk butik Jovian Mandagie, cantik juga baju-baju dia tapi tak beli pun lah, JAz yang beli untuk wedding sepupu dia.

Lunch makan ayam penyet - first time juga. MAsa ni dah rasa macam nak demam dan selsema, terus telan paracetamol. Kenyang tu. Sedap sambal dia, cukup pedas. Usai solat Zuhur jamak Asar, hujan turun dengan lebatnya sampai tempias air masuk dalam surau Petronas. Penang dah lama tak hujan macam ni, Selangor selalu juga hujan petang-petang. Sambung shopping sikit lagi, beli mango cheese yang Nurol suka tu, kemudian bertolak ke Subang Airport. Sampai airport dalam 7.05pm, flight pukul 8pm. Flight delayed 15 minutes sebab ada flight ke Kota Bharu dan Johor Bahru yang delay sebelum tu.

Sampai Penang dah 9.15pm, parking kereta kena RM32, terus drive balik rumah. Mata dan badan dah penat sangat. Sampai rumah start bersin tak berhenti. Tapi yang bestnya dapat makan nasi lemak mak :) dengan sambal telur itik, nyum nyum. Hilang rasa mengidam itu, alhamdulillah. Pukul 11 dah masuk tidur, tak boleh tahan dah, siap double dose cetirizine + piriton.

Syukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Rezeki yang tidak putus-putus, keluarga dan sahabat yang penyayang.

No comments:

Post a Comment