Thursday, May 02, 2013

Fikir-Fikir

Dalam PR, rakyat befikir...

Dia tanya, "Ustaz, lepas PRU13 nanti, jika kita diberi kemenangan bersama dalam PR, apa yang harus kita lakukan?"

Saya jawab, pecahkan liur,"Kita memerintahlah"

Dia kata, " Tapi rasanya payah untuk kita jadi PM. DAP dah setuju untuk Anwar jadi PM."

Saya jawab," Kita pergi kepada yang mudah dahulu.Kita jadi TPM. Bila yang payah tu jadi mudah, kita jadi PM."

Dia sinis, "Bilalah DAP nak setuju PAS jadi PM?"

Saya jawab," Bila PAS berjaya yakinkan DAP .Kita dah pun berjaya yakinkan mereka untuk bersama. Mereka pun dah yakinkan kita."

Dia tambah, " Nampaknya PAS akan bertarung terus dengan PKR berebut PM."

Saya jawab," Tidak. Rakyat akan marah jika begitu. PM PR bukan seumur hidup macam PM BN. Rakyat akan pilih PM terbaik dari parti terbaik. Jika PM pertama dari PKR, mungkin PM kedua dari PAS."

Dia sinis," Nampak saja mudah ustaz, tapi payah."

Saya jawab," Kita fikir yang mudah-mudah dahulu.Kalau fikir yang payah, nanti Umno BN tak tumbang nanti.Nak?"

Dia jawab,ketawa," Haha, ngeri!"

Dia tanya lagi, " Macam mana kita nak laksana Islam jika kita tak jadi PM?"

Saya jawab," Yang jadi PM itulah yang laksana Islam.Kita jadi pembantu.Pembantu nombor satu."

Dia mula pesimis, " Bila pulak Anwar janji nak laksana Islam? Dia pun nampak pelik kenyataan-kenyataan dia pasal Islam."

Saya jawab, " Tapi dia tak pernah kata tolak Islamkan? Bahkan dia puji. Cuma, dia hanya syarah Islam cara dia fahamlah. Itu dah baik. Jauh meninggalkan Umno BN di belakang."

Dia desak, " Macam mana jika dia tipu. Ustaz tahu, orang politik bila dah berkuasa, mulalah tipu sana tipu sini."

Saya jawab," Orang Islam, macam orang lain juga, biasa je kena tipu. Cuma, tak boleh kena tipu dari lubang yang sama berulang kali. Yang pasti, Umno dah berulang kali tipu."

Dia tanya, " Ustaz tak takut PAS kena tipu?"

Saya jawab," Takut."

Dia tambah lagi," Lepas tu?"

Saya jawab," Takut melahirkan hati-hati.Hati-hati adalah sifat setiap mukmin dan setiap gerakan Islam.Jadi, PAS berhati-hati.Semua parti politik yang berhati-hati adalah betul."

Dia tukar gear," Ustaz, bagaimana hudud. PAS nak teruskan?"

Saya jawab," Itu agenda Islam.Hudud adalah bahagian kecil daripada bahagian-bahagian Islam yang luas.Meninggalkan sebahagian dan ambil sebahagian adalah umno."

Dia tekan minyak," Macam mana nak buat? Kita dalam PR.PR tiada agenda hudud."

Saya jawab," Yalah. Hudud itu agenda PAS.Memanglah bukan agenda PR.DAP dan PKR pun ada agenda mereka yang bukan agenda PR."

Dia hembus nafas mengeluh," Nampaknya, lambat lagilah hudud nak jalan."

Saya kata," Lambat tu masa umno memerintah.Masa kita memerintah, masa semakin dekat."

Dia berminat," Boleh ustaz terangkan panjang-panjang sikit , bagaimana?"

Saya terangkan," Bila menang dan memerintah nanti, halangan lama buatan umno akan terungkai. Kebebasan mengambil tempat.Rakyat akan mendengar  dari semua dengan adil. Suara dakwah semakin luas.Ilmu dan hujah Islam akan berkumandang.

Qudwah akan memimpin menggantikan janji dan kata. Keindahan Islam semakin dilihat.Amar makruf nahi munkar akan bergerak dalam masyarakat Islam.

Keadilan menjadi desakan ke atas pemerintah. Kezaliman akan diburu sehingga ke lubang cacing.Kepimpinan khianat akan diganti dengan mudah. Rakyat mencintai kebenaran melebihi cinta mereka kepada pemerintah.

Baik,saya mahu tanya,masa itu, apa halangan untuk rakyat yang telah melihat keindahan Islam dan qudwahnya untuk tidak mengundi Islam yang syumul, termasuk hudud? Bukankah umat Islam dijamin sebagai umat yang menjadi saksi untuk Islam dan Allah? Melayu bangkit kerana Islam.Melayu rebah, tanya sama umno, kenapa?

Dia diam seketika, kemudian senyum," hehe...saya fikirkan.."

Saya kata, " Dalam PR, rakyat berfikir. Dalam BN, rakyat jadi fakir."

- Ustaz Nik Mohamad Abduh 

Adab adab Mengundi

Doa qunut Nazilah

Sunday, April 21, 2013

Mengaku Beragama Islam?

Kalian mengaku beragama Islam. Kalian marah pasal isu Islamophobia dia luar negara. Kalian berkahwin dengan pasangan beragama Islam juga. Kalian sanggup naik turun pejabat kadi untuk berkahwin cara Islam. Kalian nikah cara Islam. Kalian sebut Allahuakbar apabila melatah ataupun melihat sesuatu yang mengejutkan. Kalian solat lima waktu sebab Allah suruh solat. Kalian puasa bulan Ramadhan sebab kalian Muslim. Kalian sambut raya sebab kalian Muslim. Itu saja? Dan itu saja?

Kalian sedar tak yang kalian dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini?
Biar ustaz ustazah yang menjadi khalifah?
Kalian sedar tak perlunya kepada dakwah Islam?
Kalian kata kalian tak layak?
Kalian bangga jadi Melayu tapi lupa nak bangga jadi Muslim?
Kalian bermati-matian pertahankan hak Melayu tapi biarkan saja hak Muslim terabai?
Kalian tahu wujudnya syurga neraka tapi tak berjuang pun untuk dapatkan syurga?
Kalian kata berkeluarga tu penting tapi tak tahu bahawa berjemaah tu lagi penting?
Kalian marah bila parti Melayu dikutuk tapi tak kisah pun bila parti Islam dicaci?
Kalian tak pernah ambil tahu apa itu jemaah Islam?
Kalian tak pernah peduli apa itu pemerintahan Islam?
Kalian tak pernah rindukan zaman Islam gemilang seperti zaman Nabi?
Kalian kenal tak ulama-ulama di Malaysia?
Kalian berani kutuk ulama-ulama?
Tapi kalian ketawa mengekek dengar ceramah lawak Ustaz Azhar Idrus?
Kemudian kalian hina Tuan Guru Nik Aziz!
Kalian kutuk pemimpin belanja besar untuk peribadi
Tapi kalian juga yang kekalkan pemimpin seperti ini!
Kalian kata ada parti racist, anti Islam?
Kalian racist Melayu, tak menyumbang untuk Islam itu apa?
Kalian kata negara aman, demonstrasi itu rusuhan?
Bila barang naik, kalian juga yang bising!
Bila barang turun, kalian lupa siapa yang berjasa!
Kalian kata Melayu kutuk Melayu?
Melayu zalim Melayu kalian biar?

Aku malu kerana sumbanganku terhadap Islam kecil benar.
Tapi aku lebih malu apabila Melayu yang mengaku Muslim masih bermimpi di siang hari.
Masih selesa di zon selamat mereka.
Masih berfikiran sempit, masih bertuankan Melayu.
Takkan Melayu hilang di dunia.
Di akhirat nanti, Islam yang akan kalian bawa!

Emo pagi-pagi. Terasa jelek dengan segelintir Melayu berpendidikan tinggi tapi tak tahu berfikir, masih di takuk lama. Apabila ada kesilapan yang dilakukan oleh pejuang Islam secara tidak sengaja, pantas saja mereka kongsikan dengan umum. Namun kesilapan berpuluh tahun oleh Melayu yang lupa amalkan Islam, mereka tutup mata sahaja.

Janji Allah itu benar. Islam akan menang, mungkin 5 April nanti. Mungkin sepuluh tahun lagi. Mungkin tiga puluh tahun lagi. Bila pun kemenangan itu datang, yang penting kita sudah menjadi sebahagian daripada mata rantai perjuangan, saham pahalanya insyaAllah kita kongsi bersama.

Ya Allah, berilan hidayah kepada mereka yang masih tertutup pintu hati itu.

Saturday, April 20, 2013

April 2013

Bulan yang mengandungi seribu satu peristiwa bersejarah, lebih daripada bulan-bulan lain.

2 April birthday mak
3 April pembubaran parlimen Malaysia
5 April Farah nikah
10 April pengumuman penamaan calon dan tarikh pengundian
11 April birthday YB
12 April birthday abang
14 April Tok meninggal dunia
15 April birthday Zizan
20 April penamaan calon
30 April mengundi awal
30 April birthday Aliff Zikriy

Wednesday, April 17, 2013

GERUN

Sudah lima hari tidak bekerja. Esok rasa beeeerat sangat nak bekerja semula.
Niatkan bekerja kerana Allah. InsyaAllah Dia permudahkan.

Masih lagi dalam tempoh "berkabung" atas pemergian arwah tok. Bulan Jun ini genap dua tahun arwah tinggal bersama-sama kami. Segala suka-duka masih segar dalam ingatan. Masih ingat lagi, kami pergi mengambil arwah dari kampung dengan keretaku yang berusia sebulan.Tanggungjawab menjaga arwah terletak di bahu kami bertiga - mak, ayah dan aku.

Aku bersyukur kerana arwah menghembuskan nafasnya di hadapanku, bukan di hadapan mak. Tentu mak lebih trauma jika ia berlaku di depan matanya. Sekurang-kurangnya aku sudah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini. Cuma yang GERUNnya ialah mengenangkan pada saat itu malaikat maut berada hampir denganku, sedang mencabut nyawa arwah. Tapi aku tidak dapat merasa kehadirannya apatah lagi melihatnya. Gerun. Betapa maut itu bisa menginsafkan kita. Hidup hanya sementara.

Pengalaman terlibat secara langsung semasa pengebumian arwah mak caq empat bulan lalu banyak membantu.Itu yang kami gunakan semasa menguruskan jenazah arwah.Sebagai seorang pegawai perubatan, aku terpaksa pronounce death ke atas Tok sendiri. Emosiku sangat terkawal pada hari itu, alhamdulillah, diberiNya kekuatan. Ketika ayah keluar mengambil mak pulang dari tempat kerja, aku menelefon kedua-dua abangku. Teruknya cara aku break the news..failed! Sia-sia belajar Behavioural Science dulu. Tapi yang penting maklumat itu sampai secepat mungkin. Mereka perlu pulang segera!

Kerja-kerja mendapatkan khidmat pengurusan jenazah, laporan polis hinggalah penguburan diselesaikan oleh ayah dengan bantuan Pak Hussin. Aku bertindak menguruskan rumah, memaksimakan ruang sebanyak mungkin untuk tetamu yang bakal menziarahi jenazah nanti. Mak pula mula menyebarkan berita kematian itu kepada sanak-saudara.

Aku percaya bahawa Allah telah kurniakan kesudahan yang baik terhadap arwah. Allah menutup aibnya sebaik mungkin. Arwah meninggal selepas siap aku mandikannya dan pakaikannya dengan baju bersih. Tubuh badannya bersih, tiada najis, tiada bauan yang tidak enak. Alhamdulillah.

Kesibukanku menguruskan hari tersebut menyebabkan aku tiada masa untuk melihat tetamu yang datang. Daripada ratusan penziarah, aku hanya sempat bersalaman dengan dua puluh orang lebih sahaja.Aku harap mereka memahami situasiku. Aku banyak berada di tempat jenazah dimandikan, menolong apa yang patut, sehinggalah jenazah dikapankan. Kemudian segera mengikut YB ke surau untuk solat jenazah dan upacara pengebumian.

Pelbagai karenah penziarah yang dapat kurakamkan dalam ingatan. Ada anak saudara arwah (lelaki) yang begitu menghargainya, dia segera ke hadapan apabila pengurus jenazah panggil saudara terdekat untuk menjiruskan jirusan-jirusan terakhir terhadap jenazah. Dia juga menghulurkan sumbangan yang agak banyak kepada mak walaupun dia bukanlah dari kalangan yang berada. Ada pula anak saudara arwah yang pernah offer untuk menggunakan rumahnya (yang jaraknya 45 minit) untuk urusan pengurusan jenazah. Katanya kami di sini tak kenal sesiapa.Dia menelefon ke rumah pada pagi itu dan bertanya tentang urusan, aku yang menjawab panggilan itu , dan memberitahunya bahawa kami uruskan jenazah di rumah kami sahaja dan kami telah memanggil pengurus jenazah bertauliah dari kawasan kami (pakej).Mungkin dia merajuk (sekadar andaian), dia datang ke rumah pada hari itu tetapi tidak bertegur sapa pun dengan mak atau ayah, apatah lagi untuk masuk ke rumah melihat arwah.

Ada pula mak cik yang rumahnya begitu dekat dengan kami tapi tidak pernah sekalipun menjenguk arwah sejak arwah tinggal di sini hampir dua tahun lalu, tiba-tiba menunjukkan mukanya tatkala nyawa sudah keluar dari badan. Kami hanya bersangka baik. Mak menyambut kehadirannya dan bersalaman dengannya, malah offer untuk pergi melihat arwah buat kali terakhir.

Dalam ramai penziarah yang hadir, rupanya ramai yang tidak berminat untuk ikut ke kubur. Hanya ayah, aku, abang long, YB, isteri YB, dua sepupuku, adik ipar ayah, menantu adik ipar ayah dan Pak Hussin yang ikut ke kubur. Alhamdulillah kelima-lima cucu arwah ada bersama. Pakej pengurusan jenazah itu include bacaan talkin di kubur. Sungguhpun dikatakan talkin itu tiada dalam sunnah, aku tetap merasa GERUN mendengar bait-bait ayat yang dibacakan. Cukup untuk menyedarkan dan menginsafkan diri.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Tok dan tempatkannya di kalangan hambaNya yang beriman. Semoga tiada kesalahan kami yang arwah tidak ampunkan.Sesungguhnya kami amat menyayangi arwah.

Peristiwa kematian ini sedikit sebanyak membantutkan semangat untuk pilihanraya nanti. Berhenti sekejap bagi memberi ruang kepada hati ini untuk bertenang. Sesekali apabila teringatkan saat-saat terakhir arwah, aku menjadi sangat hiba. Nanti bila semangatku dah datang semula, akan ku sambung perkara-perkara yang belum selesai...

Aku sudah menempah baju untuk PRU13 nanti, kalian bila lagi?

Monday, April 15, 2013

Last day with Tok

14 April 2013 1100 hours
Another memorable date for our family. Tok left us to return to Allah. In my hands, in front of my eyes.
On Saturday I noticed that she was getting harder to manage when I bathed her. Yet she was still healthy with good appetite.
Yesterday,we noticed that she did not sleep at all since the evening before. When I bathed her in the morning, she got no strength at all. All she had is my strength. I felt hypoxic. She started complaining about breathlessness after I clothed her. Just in a few minutes, she breathed her last breath.

I was in denial. I asked ayah to recite Yaasin first while I went to clean myself. Then I checked for the second time. Innalillahi wainna ilaihiraajiun. From Allah we come, to Him we return. I pronounced death to my own grandmother. Ayah called mak at her workplace. Surprised to see that ayah had difficult time to break the news to mak. Then he went to fetch mak home. And the day went smooth, with sunshine and breeze...

Tok was buried at Perak Road graveyard about 5.30 pm.

May Allah forgive Tok, me and my family.