Tuesday, June 02, 2015

Wanita, Insaflah!

Apalah maknanya menginjak ke usia baru jika diri bergelumang dosa?
Apalah maknanya menjadi seorang ibu jika ibu orang lain tidak dihormati?
Apalah maknanya menjadi seorang isteri jika sanggup memisahkan seorang suami daripada keluarganya sendiri?
Apalah maknanya hidup bertuhan jika mahu menjadi tuhan sendiri?
Apalah maknanya hidup jika tiada redha orang tua?
Apalah maknanya hidup sebagai orang baik jika bertopengkan akhlak jahat?

Tenangkah hidup seorang wanita Muslim yang bersolat lima waktu, berpuasa dan bertudung, tetapi dalam masa yang sama menabur fitnah, memisahkan ikatan keluarga dan berterusan menuai dosa?

Jika di dunia berjaya dikecapinya ketenangan itu, belum tentu lagi di akhirat ia akan terus tenang.

Insaflah, perbuatanmu itu hanya akan merosakkanmu kelak, dirimu juga punyai anak-anak, lihatlah nanti bagaimana perilaku mereka terhadapmu nanti jika dirimu masih tegar mahu meneruskan dosa.

Jika langkah jahat ini masih dipilih, terpulanglah, sama-sama kita lihat balasan Allah nanti.

Allah tak mencipta orang tua untuk dicaci dan dibuang, Allah tak kurniakan suami untuk dikawal ketat. Namun Allah kurniakan orang tua untuk dihormati dan dikasihi, baik yang kandung, yang tiri, yang saudara mahupun yang mertua. Allah berikan suami sebagai pelindung yang wajid ditaati, jangan sesekali pisahkan suami daripada orang tuanya jika dirimu wanita yang baik.

Tanyalah dirimu, tinggi mana dosa sudah ditambak selama ini, jika kepingin masuk syurga, bertaubatlah sebelum terlambat. Andai usia orang tua tidak panjang, dirimulah yang terakhir akan mengetahuinya, saat itu, airmata darah sekalipun tak akan dapat mengampunkan dosa-dosa jahatmu.

Pulanglah ke pangkal jalan, usah buat diri ini menyesal mengenalimu.


Sent from my iPhone

Cari Kawan

Monday, May 25, 2015

A Catalyst

Petang tadi dah dileteri oleh rakan sekerja.

Get out from your comfort zone.
You will never sure until you start.
You will never know until you do it.
Don't waste your time thinking and deciding.
Don't find excuses to delay your decision.

And so on...

Well its super true, my friend!

Namun perahu kita berbeza. Arah dayungan juga berbeza. Penumpang juga berbeza. Arus yang dilalui juga berbeza.

Banyak perkara perlu diambil kira untuk sampai kepada keputusan itu.

Itukah yang aku mahu? Itukah yang ingin dikejar? Itukah yang aku minat?

Adakah perkara itu boleh membawaku lebih dekat dengan Tuhanku, atau lebih jauh?

Matlamat akhir kita berbeza, my friend. Apakah jalan yang terbaik untuk meraih mardhatillah yang seterusnya akan menempatkanku ke syurga?
Hidup bukan hanya untuk dunia. Bahagia bukan hanya untuk diri sendiri.

Seriously, if I ever think about and only think about myself, I would have been to somewhere far from here. I would have reached some level higher than now. I would have become someone now. But I still have other things and other matters to consider. I can't be self centered. That is just not me.

I already started to go towards the direction, I just need a catalyst to push me forward. And the catalyst hasn't showed up yet :(

Bismillah... Isnin kembali

Bismillah... Isnin kembali. Berperang dengan perasaan sendiri serta hormon yang mengacau. Tiba lewat daripada biasa lantaran mencuba laluan baru. Itu yang terakhir. Terlalu banyak lampu isyarat. Kereta pun banyak. Mujur Allah simpankan petak parking yang baik untukku. Alhamdulillah. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam!


Sent from my iPhone

Thursday, May 21, 2015

Kita Sebagai Tingkap

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT

Masya Allah!

Sent from my iPhone