Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Sunday, August 30, 2015
Kisah Duit Syiling
๐ฐSekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
๐ฐ Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
๐ฐ๐ฐ๐ฐ "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. ๐ข๐ฆ๐ซ
๐ข Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
๐ข๐ข๐ข Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.
Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ
dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang
๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
๐ฃ๐ฃ๐ฃLantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. ๐ฃ
๐๐๐ก๐ท๐ญSetelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.๐ข
๐ณSahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.๐ฐ๐ช๐ช๐๐๐๐๐๐๐ก✈๐๐๐ต๐น๐ต๐ณ๐๐๐ Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. ๐❤
๐๐⚡Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.๐ท๐ท๐ท
๐๐๐ Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃDan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. ☔☔☔ (Renungan kita bersama)
Sent from my iPhone
Wednesday, August 26, 2015
My Number
Syukur Pada Rezeki
ุงูุญู ุฏ ููู ุงูุฐู ุงุญูุงูุง ุจุนุฏ ู ุง ุงู ุงุชูุง ูุงููู ุงููุดูุฑ
Rezeki itu bukan pada duit, gaji atau harta saja...
"Setiap manusia rezeki tidak sama, ada yang dapat kerja awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi, ada yang murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan macam lagi yang Allah bagi...tapi jangan sombong, sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah SWT..ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan..."
Sihat itu rezeki
Hidup bahagia itu rezeki
Berkeluarga itu rezeki
Banyak masa lapang itu rezeki
Disayangi orang itu rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Tiada beban hutang itu rezeki
Tiada musibah itu rezeki
Beruntungnya kita...ada ramai lagi insan yang tidak mendapat rezeki seperti apa yang kita dapat.
Ingat saudaraku...yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah NAFSU...yang selalu redha dan kata CUKUP itu ialah IMAN .
Bersyukurlah
Subhanallah
Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..
ุขู ูู ,ุขู ูู,ุขู ูู ูุง ุฑุจ ุงูุนุงูู ูู ْ
Sent from my iPhone
Monday, August 17, 2015
Monday, August 03, 2015
Tiga Hati
Qalbun Maridh
Qalbun Salim
Qalbun Mayit
"Qalbun Mayyit iaitu
Hati yang mati. Teguran dibalas dengan cacian. Dambakan kuasa & harta . Cintakan dunia takutkan mati. Hati gelap."
"Qalbun Salim ialah
Hati yang sejahtera. Beriman sepenuhnya kepada Allah dan rasul. Suka kepada teguran & benci kepada pujian. Sentiasa utk Allah."
"Qalbun Maridh adalah
Hati yang sakit, banyak buat maksiat, tapi masih boleh diubati. Masih boleh menerima teguran dan ada usaha ke arah kebaikan.
Sent from my iPhone
Wednesday, July 22, 2015
Guri
Bergigih membersihkan "guri" @ tempayan antik ni, milik arwah tok dulu. Masa tok duduk rumah papannya dulu, guri ni diletakkan di kaki tangga. Sebelum naik tangga nak masuk rumah, basuh kaki dulu dengan air guri. Sejuk dan nyaman!
Masa rumah tok dirobohkan, kami tak cakna sangat nak ambil barang-barang tok. Ada yang keluarga Arwah Pak Chaq ambil, ada yang Mak Long ambil, dan ada yang terbiar saja. Bila Mak Long dah tanya, aku pun claim la harta klasik arwah tok ni. Siap dapat dua biji, tapi yang satu lagi tu dah retak dan bocor, cuma yang ini masih elok. Habis aku cuci tadi dan isikan dengan air. Nanti nak sapu syelek bagi berkilat.
Selepas Pak Chaq meninggal dunia, kami bawa tok tinggal dengan kami. Hampir dua tahun juga tok tinggal dengan kami. Daripada boleh mengesot, sampailah tok dah uzur dan perlu dipakaikan diapers.Tok meninggal pun di depan mataku, selepas aku mandikannya pagi Ahad tu.
Suka duka dan cabaran menjaga tok hanya aku, mak dan ayah yang merasainya. Tok ketika dahulu tak sama dengan tok tiga empat tahun sebelum kematiannya. Sikap tok berubah bersama usianya. Lebih degil dan lebih lancang. Tapi itulah tok kami. Lepas tinggal dengan kami, wheezing@ penatnya hilang terus.
Aku belajar lebih bersabar menjaga orang tua apabila aku turut bantu mak uruskan tok. Aku belajar pakaikan diapers dewasa, pada waktu hampir sama aku belajar pakaikan diapers bayi. Aku hadap berak kencing tok sama macam aku hadap najis pesakit-pesakit di wad. Bezanya, aku tak perlu tukarkan diapers pesakit di wad sebab sudah ada jururawat yang buatkan.
Kami bagi tok makan kenyang-kenyang sampai berat badannya bertambah. Ayah sebagai menantu, rajin cubitkan ikan jadi small pieces supaya mudah tok makan. Tok kan dah kurang gigi. Apabila aku atau mak mandikan tok, ayah bantu mop lantai tempat tok tidur. Baju tok kami rendam asing, tapi kami tak berkira untuk basuhkan.
Waktu raya, ramai sanak-saudara datang melawat, sebab tok satu-satunya orang tua yang masih hidup di kalangan adik-beradiknya. Sampai sakit pinggangku asyik basuh gelas. Tok tidak nyanyuk, mungkin berkat daripada surah Yaasin yang pernah dihafalnya.
Hmmm bukan senang nak jaga warga emas ni. Perwatakan mereka sudah berubah, tak sama dengan waktu mereka lebih muda. Siapa yang tiada pengalaman mungkin tak memahaminya. Jangan bercakap besar, dengan mengatakan bahawa dia boleh layan orang tua lebih baik daripada orang lain jika belum mencuba. Bercakap itu mudah, nak buat tu yang susah. Buat dulu, baru boleh mendabik dada kata kau boleh jaga orang tua.
Sudah dua tahun tok meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga tok telah ampunkan kekhilafan kami sebelum dia pergi. Al-Fatihah.
Monday, July 20, 2015
Baik Buruk, Itulah Keluarga :)
Alhamdulillah. Aidilfitri disambut amat sederhana. Baju tidak berlebihan, tiada langsir baru, tiada perabot baru, dan makanan pun tidak dibazirkan. Malam raya, dapat tidur sebelum pukul 1 pagi, cuma terganggu oleh bidikan meriam buluh dan mercun bola.
Seronok tengok keluarga orang lain pakai baju raya warna sedondon. Keluargaku tidak begitu.
Seronok tengok keluarga lain berkumpul ramai-ramai sampai penuh rumah, bergambar sampai berlapis-lapis. Keluargaku tidak begitu.
Seronok tengok keluarga lain bercuti dan berziarah tiga empat buah kereta sekali. Keluargaku tidak begitu.
Walaupun keluargaku tiada semua itu, aku tetap seronok dengan keluarga sendiri.
Kami tak pakai baju raya sedondon, tapi kami pastikan semua ahli keluarga pakai baju raya baru yang cantik.
Kami tak dapat berkumpul seramai itu, tapi apabila berkumpul mana yang ada, kami tetap meriah dan bergambar juga.
Kami tak bercuti atau berziarah tiga empat kereta sekali, tapi kami berziarah juga walau hanya dengan sebuah kereta.
Inilah keluargaku. Baik buruk tetap keluarga sendiri juga yang best. Dah kenal keluarga sejak kecil, apa lagi mahu komplen? Tak perlu nak banding-bandingkan dengan keluarga orang lain, masing-masing punyai cara tersendiri kan.
Ada juga segelintir orang kita yang apabila berkahwin dan masuk ke dalam keluarga pasangannya, dia jadi culture shock. Dia rasa keluarga pasangannya baik serba serbi. Ibubapa mertua lemah lembut dan penyayang, sanak-saudara pasangan sopan santun, adik-beradik pasangan ramah tamah, termasuk juga rumah keluarga pasangan yang amat selesa! Maka mulalah dia merasakan bahawa ini dunia barunya yang lebih baik, buat apa bersusah payah hidup dalam dunia lamanya. Iyalah, keluarganya sendiri kurang serba serbi. Mak ayahnya garang dan tegas, adik-beradiknya pendiam dan tidak pandai melayaninya, sanak-saudaranya sangat kekampungan, serta rumahnya sempit dan panas. Tunggu apa lagi kan, baiklah bersama keluarga pasangannya.
Dilupakan terus pada pengorbanan mak ayah membesarkannya dalam keadaan serba kesusahan. Ketegasan mak ayahnyalah yang menjadi pendorong untuknya habiskan pelajaran di menara gading. Sikap pendiam adik-beradiknyalah yang mengundang damai dalam rumahnya, tidak pernah bingit. Sikap kampung sanak-saudaranya itulah yang sentiasa bertanya khabar dirinya setiap kali berjumpa. Rumah sempit dan panas itulah tempatnya membesar menjadi seorang manusia.
Siapa yang tak sukakan kesenangan dan kemewahan kan, namun jangan sesekali lupakan asal usul kita. Jangan lupa dari rahim mana kita dilahirkan ke dunia. Jangan lupa, keringat siapa yang membanting tulang untuk memberi kita makan setiap hari. Jangan lupa, bumbung mana yang menjadi tempat berteduh kita sejak kecil.
Saat menyalami tangan ibu bapa mertua, tidak teringatkah pada ibu bapa sendiri di kampung? Saat menikmati kemeriahan berkumpul bersama keluarga pasangan, tidak teringatkah pada keluarga sendiri? Seburuk-buruk ibu bapa kandung, syurga tetap pada keredhaan mereka, dan sebaik-baik ibu bapa mertua, mereka tidak pegang anak kunci syurga kita.
Tepuk dada, tanyalah iman, lebih-lebih lagi anak-anak lelaki yang tanggunggawabnya terhadap ibu bapa tidak pernah putus walau berapa pun isterinya. Jangan lupa, kita juga akan tua suatu hari nanti, kita juga akan memiliki anak-anak yang meningkat dewasa, kita juga akan memiliki menantu, sanggupkah kita dilayan sebegitu rupa nanti?
Hari baik, bulan baik, jika ditunggu esok, esok belum pasti lagi ada hayat kita.
Salam Aidilfitri 1436 H.
p/s seburuk-buruk ibubapa mertua, kita sebagai pasangan jangan sekali-kali pisahkan mereka dengan pasangan kita.