Semalam ada majlis aqiqah sempena kelahiran Irfan Hafiy, baby comel yang dinanti-nantikan sejak berbulan-bulan yang lalu.Sebagai sahabat,aku telah hadir awal ke rumah kenduri untuk menolong apa-apa yang patut.Seronok juga apabila dapat membantu meringankan kerja orang,lebih-lebih lagi dengan kehadiran datuk dan nenek Hafiy,terasa seperti berada di samping ayah dan mak.Alhamdulillah, despite beberapa perkara yang kelam-kabut sikit,majlis berjalan dengan baik dan dihadiri oleh ramai warga Cork,makanan pun cukup hingga ke akhir majlis.
Menunya memang best! Yang penting adalah aku turut berkesempatan belajar buat mashed potato dan sos untuk daging kambing.
Semalam juga adalah hari Halloween di sini. Penjelasan lanjut berkenaan hukum Muslim menyambutnya boleh dibaca di Saifulislam.com
Apabila malam menjelang, ramailah kanak-kanak menekan loceng rumah.."trick or treat"?
Sebagai Muslim,the best way to react is to say," I'm sorry, I don't celebrate Halloween".
Kanak-kanak yang tidak mengerti ini tidak akan banyak soal,mereka hanya akan berlalu pergi. Ataupun biarkan saja pintu tanpa berbuka.Tapi nanti orang lain pula sebenarnya yang datang.
Yang lebih penting adalah bagaimana kita mendidik anak-anak sendiri supaya tidak teruja dengan Halloween dan menerangkan kepada mereka apakah status Halloween dalam Islam.Perkara ini baiklah dilakukan seawal mungkin, kerana prevention is better than cure.
Sungguhpun berada di tempat orang, ada sesetengah perkara/budaya/amalan yang tidak boleh diikuti.Di Ireland misalnya,pub culture adalah satu budaya yang cukup popular.Semua benda pun nak dibuat di pub - class party, friends get together, business discussion etc..Kita sebagai Muslim yang mengamalkan Islam, tentulah faham bahawa pub merupakan tempat yang penuh maksiat dan dosa,maka hindarilah ia..Namun begitu,budaya baik di sini seperti mengucapkan "thanks" atau " cheers" ketika hendak turun dari bas,amatlah boleh kita amalkan..kerana menghargai orang lain memang dituntut pun dalam agama.
_________________________________________________________________
Tertarik dengan kata-kata Ustaz Hasrizal dalam artikel tersebut, “Ia bergantung kepada tahap sensitiviti kamu kepada agama. Tahap kepentingan Allah dalam hidup kamu”.
Amat mendalam maknanya.
No comments:
Post a Comment