Masa kecil dahulu, dialah yang selalu berjaga malam semata-mata untuk membelai. Setiap kali minta disusukan,pasti akan dipenuhi.
Masa kecil dahulu, dialah yang selalu membawa berjalan-jalan.Sebutlah ke mana sahaja, apabila cukup bulan,pasti akan sampai.
Masa kecil dahulu, dialah yang selalu mengingatkan ayah tentang hari lahir.Setiap tahun, tak pernah tinggal.
Masa kecil dahulu, dialah yang mengajar erti sederhana; cukup makan, cukup pakai, maka ucaplah Alhamdulillah.
Apabila dah besar sedikit, dialah yang mendidik erti senduk dan sudip, bau bawang dan halia, warna sambal dan kari.
Apabila dah besar sedikit, ketegasan dialah yang membendung daripada terjebak dengan kesesatan sosial.
Apabila dah besar sedikit, dialah yang membentangkan jalan untuk menjadi muslimah sejati.
Apabila dah besar sedikit, dialah yang menjadi tulang belakang atas apa yang dikejarkan.
Kini dah besar, dia semakin dimamah usia, diragut kedut dan dihimpit lemah.
Kini dah besar, dia ditinggalkan jauh semata-mata untuk menceduk ilmu di perantauan.
Kini dah besar, dia sentiasa sabar menanti anaknya pulang membawa kejayaan.
Kini dah besar, dia tak berdaya, anaknya jua tak berdaya membantu…
[Semoga Allah limpahkan kekuatan dan ketabahan kepadanya serta dipercepatkan kesembuhan dan dikembalikan nikmat kesihatan kepadanya]
-can’t help but to keep looking at my blue cool dude , thinking, what is she doing and how is she doing…I’ll keep praying and praying…-
No comments:
Post a Comment