Take chances, make mistakes. That's how you grow. Pain nourishes your courage. You have to fail in order to practice being brave !
Sunday, December 20, 2009
Practise Makes Perfect
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pemilik segala alam.
Salah satu perkara yang menakutkan telah pun berlalu. Memang benar, ''practise makes perfect''. Lega rasanya dapat menyempurnakan final year project semalam.Latihan telah dibuat, skrip telah dibuat dan dihafal, doa telah dibaca...lalu terhasillah persembahan yang meyakinkan. Setelah selesai sesiku pada pukul 1 petang,aku turut menyaksikan beberapa pembentangan daripada teman-teman lain. Ada yang sangat impressive, tak kurang juga ada yang nampak seperti kurang bersedia.Aku bersyukur kerana bernasib baik, dapat juries yang baik..Dr.Gaffney memang sentiasa baik, Dr.Caplice yang aku tak pernah jumpa pun boleh tahan.Dr.Cogan was speechless..:) dia ketiadaan idea untuk menanyakan soalan padaku.Aku yakin dia masih ingat padaku kerana rotation paedsku hanya 1 rotation previously.
Sebelum ini aku agak cemburu melihat beberapa rakan yang punyai banyak masa untuk prepare and rehearse, rotation mereka tak demand so much knowledge and preparation from them. Minggu ini aku memang sibuk dan kepenatan, pukul 7 pagi dah terpacak di bus stop, pukul 6petang baru sampai di rumah..pergi dan balik dengan bulan [memang bulan sentiasa di hati]. Aku hanya mula buat skrip 2 hari sebelum presentation, itupun setelah confirm yang aku tidak akan menduduki practised exam pada minggu ini, tapi pada minggu depan. Allah itu Maha Mengetahui, Dia dah susun elok dah, Dia tahu bahawa aku mampu untuk bersedia walaupun hanya 2 hari.Jadi, tak perlu compare dengan orang lain atau merasa cemburu dengan mereka.
Pada malamnya, sort of celebrating all the hardships, aku dan dua sahabat spent some quality time together having dinner..Salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwuah ialah makan bersama-sama...insyaAllah all those hard feelings will be gone..apabila sahabat-sahabat bersatu di bawah kesatuan aqidah dan fikrah, syaitan gentar untuk menghampiri.
Cuti winter telah bermula, semoga aku akan dapat memanfaatkan setiap saat untuk perkara kebaikan, baik dunia mahupun akhirat. Aku yakin dengan ketentuanNya bahawa tempatku di sini, Dia ada untuk menjaga mereka.Aku di sini perlu fokus, bertahan dan terus setia menggalas harapan mereka.
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.." Ar-Ra'd : 28
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, semua dah berjalan dgn lancar.. I'm soo happy for you. Walaupun akak tak pergi PUISI nanti, akak tetap di hati saya (bodek nampak, hihihi)
ReplyDeleteSemoga cuti winter ni boleh kita sama2 manfaatkan utk kebaikan semua :)