Jika hati tidak tahan untuk melihat kesengsaraan dan kematian, usahlah bekerja di hospital. Di sini, manusia datang dan pergi. Ada yang pergi dengan kesihatan yang kembali, ada pula yang pergi terus menghadap Ilahi.
Ketika di Haematologi dahulu, pesakit inilah yang paling payah untuk diuruskan.Terlalu banyak dugaan menimpanya.Bermula daripada mediastinal mass, dia kemudian disahkan menghidap acute myeloid leukaemia.Allah Maha Besar. Diujinya sedemikian rupa. Dia baru sahaja mendapat cahaya mata pertama pada usia 21 tahun.Isteri pun masih dalam pantang lagi. Namun anak kecil itu tersisih jauh daripada hidupnya.Lahir tanpa bapa di sisi.
Pada waktu itu, dia memerlukan bantuan high flow oxygen.Namun masih ceria dan alert.Isterinya menemani setiap malam selepas habis tempoh berpantang.Malam-malam yang dilalui dengan kepayahan, hanya sesekali melelapkan mata, itupun dalam keadaan duduk ke depan.Lama-lama kemudian dia memakai BIPAP pula, disusuli oleh komplikasi pneumothorax.Cubaan untuk memasukkan chest tube gagal dek fizikalnya yang besar, walaupun pakar yang melakukannya.Lalu dipanggil yang lebih pakar, cardiothoracic team. Chest team dan radiologist juga dilibatkan, namun tiada kejayaan.
Dia dibawa ke dewan bedah untuk prosedur yang lebih teliti.Beberapa hari di wad, dia kelihatan semakin baik.Namun ia tidak berpanjangan.Akhirnya dia tenat, lalu dimasukkan ke GICU.Lama dia di sana, aku sempat melawatnya pada hari-hari terakhirku di unit tersebut.Akhirnya dipindahkan pula ke wad cardiothoracic.Dan semalam, keluarganya meminta AOR discharge ke rumah, yang hanya memberinya lima minit sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.Aku sangat terkesan oleh berita pemergiannya.Mengenangkan betapa sukarnya untuk menguruskannya dahulu, daripada blood taking hinggalah maintaining SPO2.Aku lihatnya di GICU, daripada intubated dan unconscious, kepada alert and stable.Aku lihat sendiri isterinya yang amat muda menyorong bayi kecilnya yang sungguh comel.Aku berada dalam situasi di mana ibunya pernah meminta untuk AOR discharge tatkala dia mula tenat di wad dahulu.Aku pernah menyimpan segunung harapan agar chemotherapy yang dilaluinya dapat mengecutkan tumour itu dan pembedahan dapat dijalankan untuk kesembuhan yang penuh.
Itu semua hanya tinggal harapan.Dia pergi semalam, insyaAllah dalam keadaan baik...meninggalkan dunia dan segala-galanya.Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment