Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
Dua gegaran dirasai oleh rakyat Malaysia ketika gempa bumi di Acheh Rabu lalu. Ramai yang panik, ramai yang takut, ramai yang gelisah dan tak kurang ramai yang bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Bencana alam bisa mengeratkan hubungan sesama manusia. Manusia bimbang akan keselamatan orang yang dikasihi dan lebih menghargai antara satu sama lain. Abang long called, YB called, aku called mak, mak pun called balik, aku dan ayah berbincang berkenaan contingency plan jika tsunami melanda, manakala rakan-rakan sekerjaku tak putus-putus called bertanya khabarku. Mereka siap offer rumah mereka andai aku perlu berpindah.
Bencana alam bisa mengingatkan kita betapa hampirnya kita dengan kematian. Sehari pasca gempa itu, aku berbicara dengan MA dan PPK pada malam oncall. Apakah perkara pertama yang kita buat pada waktu gempa itu? PPK menjawab, "mengucap dan istighfar". MA bertanya, "jika tak sempat, bagaimana?". PPK menjawab," jika kita sempat sedar bahawa bencana sedang berlaku, maka kita sempat untuk sekurang-kurangnya mengucap dan beristighfar."
Itu sekecil-kecil perkara yang kita boleh buat, tapi itulah sebesar-besar nilai kita sebagai hamba Allah. Ingat kepada Allah.
Tahniah diucapkan kepada pihak berkuasa serta kerajaan negeri yang begitu cepat menjaga keselamatan awam. Siren dan pengumuman terdengar di mana-mana, kenderaan peronda sentiasa menjaga kawasan pantai serta mengarahkan orang ramai beredar jauh dari pantai. Pada malamnya (tsunami diramalkan berlaku pada 9 malam Rabu itu), pihak berkuasa datang menutup jalan ke kawasan pantai. Kedai makan berhampiran rumahku juga diarahkan tutup. Orang ramai yang berjalan kaki juga dinasihatkan pergi ke tempat lain (mesti mereka tidak tahu pasal tsunami alert itu, masih mahu berjalan ke arah pantai).Semestinya prevention is better than cure.
Semoga semua kita mengambil iktibar daripada bencana alam itu. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.
REUNITED
Kami terbang ke Ireland pada tahun yang sama,namun cuma lebih rapat pada tahun kedua di sana. Kami pernah menjadi housemate sebentar. Dia berkahwin dan dikurniakan anak yang comel, buat penyeri diriku juga :) Alhamdulillah petang tadi sempat bertemu semula Kak Asma', Hafiy dan Fairuz, yang telah pun pulang ke Malaysia for good dua minggu lepas. Dah dua tahun setengah Hafiy tu. Anak yang cerdas, cergas dan disenangi ramai. Acik sayang Hafiy.InsyaAllah, nanti kita ketemu lagi.
No comments:
Post a Comment