Thursday, January 03, 2013

3/1/2013

Alhamdulillah genap sebulan aku berada di sini.

Hospital
Kedudukannya kurang strategik. Sebelahnya sekolah, jadi trafik jam teruk waktu pagi dan petang. Right before pintu masuknya ada sebuah kuil, betul-betul tepi jalan. Imagine jika ada kes kecemasan, pemandu kelam-kabut atau mungkin dalam kesakitan, kemungkinan untuk rempuhan berlaku adalah amat tinggi. Pada musim perayaan, jalan menjadi semakin sesak kerana kuil di hias cantik dan dikunjungi ramai orang. Jadi semakin sukar untuk orang ramai akses kepada emergency department.

Parking...setakat ini bukanlah masalah besar sangat, jika sampai pukul 7.55 pun masih ada parking. Tapi staff yang masuk PM shift pukul 2 sukar dapat parking.Aku selalu parking di kawasan belakang, biar jauh sedikit tapi selesa untuk keretaku.Aku tak blok orang, orang tak blok aku.

Security guard...aku tabik pada mereka...mereka memang menjalankan tugas dengan baik. Pada waktu puncak 7.30 am - 8 am dan 5 pm, mereka beramai-ramai mengawal lalu lintas.Maklumlah jalan masuk-keluar agak sempit, jadi kesesakan akan berlaku jika tiada guard yang guide. Mereka selalu buat rondaan ward on time dan minta pelawat beredar on time...memudahkan kerja kami di ward.Mereka kawal di pintu masuk ward, terutama wad kanak-kanak dan maternity.

Pengarah...aku dengar macam-macam yang negatif tentangnya. Pertama kali berjumpa, aku dapat sense sesuatu tapi aku abaikan saja. Cuma perlu menjaga diri dan avoid daripada ada hal dengannya.

Staff nurses- they are all very supportive!!! I love them all...very hardworking indeed. Ramai yang senior, lagi senang nak buat kerja or tanya apa-apa.

PPK...even they are also good. Semuanya perempuan, sebab tulah rajin.Bezanya yang muda sikit lebih proaktif dan cergas, yang lebih berusia lebih  pasif tapi semua kerja jalan!

Cleaner - semua perempuan juga...mereka pun friendly and feel like a family.

Sisters - setakat ni ada dua orang sister. Dua-dua pun baik belaka, sangat supportive dan tidak menyusahkan.

Apapun aku perasan, di sini, mereka lebih menghormati para doktor. Dalam erti kata lain, aku rasa doktor lebih dipandang tinggi dan mereka pandai menunjukkan rasa hormat pada doktor.Macam kawan aku kata, kita sekarang dah MO...tapi aku tengok MO di hospital lama pun tidaklah dihormati sangat macam di sini...

Makan - oncall food is awesome! Disajikan dalam mangkuk tingkat, biasa ada nasi, sayur, sup dan lauk [ayam/ikan]. Ikannya dimasak sempurna, tidak berbau hanyir.Semuanya bergula garam elok, alhamdulillah.

Tapi ada too many ''sisters'' iaitu mereka yang naik pangkat tapi masih buat kerja staff nurses, naik pangkat sebab dah cukup tempoh bekerja,Aku confuse nak panggil sister ka staff nurse.Dulu aku tak tahu, aku tengok kat clinic ramai betul sisters yang in charge, terkagum sebentar. Rupa-rupanya staff nurse juga.

Cuaca  di sini boleh jadi panas macam biasa boleh jadi sejuk ala genting highlands pula, cuma tiadalah wap keluar dari mulut. Faktor geografi - terletak di atas bukit, menyebabkan kalau sejuk, memang sejuk betul. Kadang-kadang pagi-pagi kereta dilitupi lapisan ais beku, walaupun dah guna wiper pun masih blurr lagi sampailah after 10 minutes kereta jalan baru clear.Kabus pun ada juga di awal pagi.

Jerawat -  entah mengapa sejak aku di sini, wajahku ditumbuhi jerawat halus di pipi dan dahi, dulu tiada pun. Faktor air kah, cuacakah, angin kah, ataupun perubahan hormon?

Rumah sewa - kini aku menyewa kondominium bersama rakan sekerjaku. Best, walaupun talian internet tidak begitu memuaskan, tapi aku bersyukur kerana aku suka sangat rumah ni. Jaraknya hanya 10 minit ke hospital, ada semua facilities, bukan high crime area dan ramai Muslims di sini.Nak cari makan pun dekat saja, ada di mana-mana.

Sekian review buat masa ini.

No comments:

Post a Comment