Berakhirlah sudah Muktamar PAS ke 56 yang kelihatannya begitu meriah walaupun terpalit sedikit kontroversi. Suatu perasaan yang sukar digambarkan pasti dirasai oleh para muktamirin, termasuk para pemerhati dan ahli jawatankuasa.
Dapat menjadi sebahagian daripada muktamirin adalah nikmat besar. Zaman kampus dahulu, tentulah tidak se-gah muktamar peringkat pusat, namun ruhnya tetap ada. Menjadi perwakilan kawasan sebanyak dua kali adalah pengalaman yang cukup manis. Dapat berkongsi kisah dan pengalaman dengan kawasan-kawasan lain. Pada tahun pertama aku menghadirinya, suasana muktamar cukup teratur. Pengarah muktamar adalah sahabatku sendiri, dan kebanyakan ahli jawatankuasanya adalah muslimat. Itulah, apabila muslimat yang mengendalikannya, pasti segala perkara yang halus dan kecil dititikberatkan. Setiap meja perwakilan dihidangkan air minuman dan dibekalkan semangkuk gula-gula Skitties. Pada setiap kali sidang ditangguhkan untuk solat/makan, dewan akan dikemas dengan bersih. Subhanallah.
Pada tahun kedua aku menjadi perwakilan, adalah menggantikan seorang sahabat senior yang menarik diri. Kali ini lebih matang, lebih tahu melibatkan diri dalam perbincangan, perbahasan usul dan sebagainya. Cuma kali ini meja tidak dapat disediakan kepada perwakilan kerana masalah tempat yang sempit…jumlah perwakilan pula semakin ramai. Maka perbincangan dalam kawasan menjadi sukar. Pada setiap kali muktamar juga kami pasti akan dihidangkan oleh tazkirah dan kata-kata semangat daripada pimpinan pusat. Sungguh bertuah dapat mendengar suara pemimpin-pemimpin pilihan Allah ini.
Pada kali ketiga aku menyertainya sebagai ahli jawatankuasa penempatan. Jenuh juga menyusun bilik untuk muktamirin, memang katil tidak mencukupi, ada yang perlu berkongsi, ada yang menggunakan sleeping bag, asif! Kali ini pergerakan lebih bebas, maklumlah, AJK. Kami bekerja keras demi memastikan program berjalan lancar, ada sekali tu aku dan seorang sahabat yang bertugas sebagai AJK dewan telah collapsed di dalam bilik, sehinggalah kami dipanggil melalui walkie talkie :) Itulah pengalaman yang tidak seberapa, suatu suasana yang begitu dirindui…
Ada beberapa perkara yang suka untuk ku highlightkan berkenaan Muktamar PAS kali ini:
1. Dewan muktamar sangat cantik dan kelihatan selesa sekali, sesuai dengan taraf PAS sebagai parti berprestij tanah air.
2. Masuknya Tuan Guru Nik Aziz ke dalam dewan sungguh mengharukan…seorang ulama besar yang memperjuangkan Islam dalam hidupnya.
3. Terdapat kesilapan semasa proses pengundian…sehingga pengarah pengundian khabarnya meletak jawatan? Belajar dari kesilapan…
4. Tuan Haji Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya…beliau bukan golongan ulama, namun sumbangannya terhadap PAS dan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ada pihak yang mempertikaikan kemenangannya, keluar cerita yang didakwa beliau dan Husam Musa masuk ke bilik pengundian pada tengah malam, ada cerita beliau memuji pemimpin Syiah…wallahualam, sejauh mana benarnya cerita itu, Allah lebih mengetahui, cuma persoalannya, apa motif ahli-ahli PAS menyebarkan kisah-kisah ini selepas kemenangannya disahkan? Jika benar beliau bersalah, tujukanlah aduan ini kepada pihak berkenaan, bukannya menyebarkan kepada ahli akar umbi yang lain sebelum ia disahkan. Aku bukanlah his fan, tapi aku hormati keputusan pengundian, dan penyebaran kisah ini amatlah tidak sihat di kalangan ahli…
5. Naib- naib Presiden PAS sebak…masing-masing menitiskan air mata tatkala memperkatakan kemenangan mereka…Husam Musa sedih mengenangkan bahawa Datuk Mahfudz Omar kalah kerana Husam masuk bertanding dan menang…should watch this video footage online..sangat menyentuh hati. Mereka berjuang kerana Islam, mereka bertanding untuk memperjuangkan Islam, bukan pangkat semata-mata. Allahu akbar!
6. PAS akan meneruskan tahaluf siyasi, itu yang terbaik buat masa ini untuk memikat hati pengundi non Muslim dan menunjukkan bahawa Islam yang dibawa PAS itu aman dan mensejahterakan.
7. Segak bergaya para perwakilan…yang lelaki berbaju Melayu putih dan bersamping kotak-kotak hijau…muslimat berjubah hijau dan bertudung putih..ahli-ahli PAS bukan sengkek dan kekampungan seperti yang didakwa..sungguh ramai doktor (perubatan dan falsafah) yang mendokonginya, jika PAS parti yang salah, maka mengapa para ilmuwan dan bijak pandai ini menyertainya? Tepuk dada, tanyalah iman...
No comments:
Post a Comment