Sunday, November 30, 2014

Sound

Tak siapa yang suka kena "sound". Kalau ditegur dan dinasihati elok- elok kebiasaannya ramai boleh terima. Hari ni saja dah dua orang yang aku sound. Seorang team leader yang tak lead team mates dia betul-betul. Info tak sampai. Kerja lambat. Hasil yang kurang tepat. Dia cuma jawab "OK". Sibuk nak handle dua tiga projek sekaligus, sampai terlepas pandang banyak perkara. Delay makin menjadi-jadi. Orang lelaki, tak payahlah nak multi tasking sangat. 

Yang kedua, lelaki yang jaga parking. Lelaki lagi. Buat kerja macam mana, sampai parking penuh pun tak tahu, biar saja kereta masuk banyak-banyak. Terbantut hasrat nak dinner di situ. Aku sound dia, "Boleh tak check betul-betul ?" Dia tak charge parking ticket aku yang mungkin berdurasi dua minit. Tiada maaf dipinta pun. Maka aku pun berlalu begitu saja dengan perasaan yang hampa.

Seharian keluar. Balik malam, Piala AFF Suzuki sedang berlangsung. Malaysia tengah lead Singapura 1-0. Tengah semangat menonton, aku keluar pergi ubah kereta. Masa balik tu tak dapat parking di depan rumah sendiri sebab ada kereta Naza silver WWD 4780 parking di situ. Suka hati dia saja kan. Satu family dengan 4 orang budak kecil. Lepas aku park kereta, tengok-tengok Singapura dah samakan kedudukan 1-1. Frust sangat. Emosi pemain Malaysia pun dah tak terkawal. Mat Yo hampir bergaduh. Coach cepat gantikannya dengan Manaf Mamat. Mak berseloroh kata yang Mat Yo ni terkena sumpahan pak guard Subang Skypark tu, sebab tu masih tak berjaya score goal.

Masa tambahan 4 minit. Aku duduk depan tv. Walaupun rasa kecewa, hati masih berharap. Tiba-tiba ada pemain Malaysia jatuh depan pintu gol lawan. Tak perasan sangat apa yang jadi. Pengulas tv pun macam takut-takut nak cakap. Pengadil layangkan kad kuning pada pemain Singapura. Nampak dia posisikan bola atas padang. Penalti !!! Lepas ulang tayang kali ketiga baru nampak dua pemain Singapura menolak pemain Malaysia dengan lengan.

Safiq Rahim, our ex captain ambil penalti. Nampak dia tarik nafas beberapa kali. Masa tu aku pun palpitation juga. Ketaq rasa. Dan...gol!!! Malaysia lead 2-1. Hanya berbaki 1 minit. Tiba-tiba Singapura dapat sepakan percuma dari sisi kanan pintu gol Malaysia. Boleh kata semua pemain Singapura berkampung di situ, termasuk penjaga gol yang berbaju hijau itu! All out. Singapura hanya perlukan seri untuk mara ke semi final, sedangkan Malaysia perlu menang. Bola di tendang, mengenai kepala penjaga gol Singapura, namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Malaysia a.k.a. Apek. Tiada gol. Malaysia melancarkan counter attack. Bola dapat di kaki Indra Putra, dikawal dengan baik dan ditolak masuk dengan tenang ke dalam pintu gol Singapura...dan gol!! Sementara itu penjaga gol Singapura yang berbaju hijau itu masih di tengah padang, tidak sempat kembali ke posisinya sebagai penjaga gawang.

Epik. Sangat klasik. Gol tercipta saat penjaga gol tiada di depan pintu gol. Malaysia layak ke separuh akhir dengan kemenangan 3-1. Alhamdulillah. Kagum juga dengan kerja keras Apek. Rasanya bahagian defend kena perkemaskan lagi. Sayang kerana Aidil tidak dapat bermain kerana cedera. Dia antara defender yang bagus. Keep up the good work, Team Malaysia!

No comments:

Post a Comment