Sunday, May 17, 2015

ISTIGHFAR

Besar kuasa pada istighfar, kalimah memohon keampunan daripada Yang Maha Pengampun.

Jika nak dapat jodoh, istighfar banyak-banyak. Sudah dua tiga kali pesan yang serupa disampaikan oleh murabbi, termasuk ketika slot Ustaz Fawwaz Md Jan di Simposium Baitul Muslim yang lepas. Kata seorang sahabat yang menghadiri kursus perkahwinan, peserta juga diminta istghfar banyak-banyak untuk keberkatan jodoh.

Minggu lepas, ayah menyampaikan pesan murabbi setelah pulang dari masjid. Kata Ustaz, jika ada masalah, istighfarlah banyak-banyak, nescaya Allah akan tunjukkan jalan penyelesaian.

Aura pada kalimah ini, dapat menenangkan hati yang berkocak serta-merta. Istighfarlah pada setiap ketika, usah tunggu selepas solat saja.

Teringat pula pada seorang murabbi yang walaupun dipalit sedikit kontroversi, namun jasanya dalam medan dakwah tidak dapat disangkal. Beliau berkelana dari Brunei ke Eropah, berkat istighfar beliau lebih 1000 kali ketika dalam penerbangan, beliau dapat melepasi pemeriksaan Imigresen dengan mudah.

Astaghfirullahal azim.

No comments:

Post a Comment