Saturday, July 04, 2015

Berpada-pada

Isu pedophilia, gambar anak-anak kecil dijadikan bahan lucah. Sudah dinasihatkan agar mengurangkan upload gambar anak di laman sosial, namun masih ramai yang belum mengambil pengajaran. Nak tunggu anak sendiri menjadi mangsa baru kalut buat report polis. Itu belum ambil kira risiko anak-anak kecil terdedah kepada anasir hitam. Nak share gambar, nak bangga dengan anak comel pun, biar berpada-pada. Ini semua benda dikongsi. Semua stepping stones anak menjadi tatapan umum. Hilang privacy anak. Kasihan si anak, menjadi mangsa kegilaan sosial ibubapanya.

Ada pula yang teruja berkongsi kisah peribadi. Bertunang, tempah kad, tempah baju...semua dikongsi. Perkahwinan perlu dihebahkan, namun persiapan perkahwinan buat senyap-senyap sudahlah. Takkan semua nak letak di laman sosial? Siap minta ditaja lagi. Bukankah rezeki itu Allah suruh usaha sendiri?Berbelanjalah ikut kemampuan diri. Nak walimah tu sehari dua saja, nak kekal dalam perkahwinan tu selama-lamanya. Belajarlah merendah diri, tak perlu terlalu gembira kongsi itu ini, bimbang ada pula hati yang terluka. Sekali Allah uji, baru nak terngadah. Berpada-padalah.

Isu anak derhaka bukan lagi asing. Ramai anak yang mendapat gelaran itu tanpa mereka sedari pun. Ada yang sedar, tapi terlalu angkuh untuk pulang ke pangkal jalan. Hairan, lupa teruskah pada pengorbanan ibubapa melahirkan dan membesarkan anak-anak? Sampaikan jika mereka buat salah, kesalahan itu bagai tiada pengampunan. Siapa kita untuk menilai mereka? Sedarlah diri, kita juga akan menjadi ibubapa, dan menjadi tua suatu hari nanti, yakinkah kita bahawa anak-anak kita tak akan ulangi perbuatan jahat kita itu? Nauzubillah. 

Sempena Ramadhan ini, pintu kemaafan terbuka luas.,berkatnya bulan ini, Allah jadikan manusia lebih penyabar, lebih pemaaf, lebih santun dan lebih baik. Gunakan peluang ini untuk membaiki kerosakan yang telah dibuat.

Kali ini, aku buat keputusan untuk tidak terlibat dengan satu lagi projek besar Oktober nanti. Biarlah adik-adik muda ramai boleh sumbang tenaga. Aku perlu siapkan diri untuk akademikku yang tertangguh ni. Lagipun kadang-kadang hati kecilku terasa bagai tak diperlukan lagi. Mungkin generasi berbeza, wavelength berbeza dan pemikiran berbeza agaknya.

Semoga Allah ampuni aku dan kalian.

No comments:

Post a Comment