Rabu, aku dah mula cuti, tetapi kembali ke tempat bertugas, semata-mata nak buat full check up untuk ayah. Alhamdulillah, results normal. Petang tu tried masak spagetti aglo olio, tapi guna fetuccini, tu ja yang ada. Iftar sama-sama dengan mak dan ayah yang berpuasa hari Arafah. Malamnya masak untuk juadah raya- kuah kacang, nasi impit segera, lemang segera, kari daging, ayam goreng dan sambal ayam. Habis iron baju dah dekat satu pagi.
Khamis, salam Aidiladha! Solat sunat Aidiladha pukul 8.30 pagi, diikuti oleh khutbah raya dan tahlil. Acara korban selepas 10 pagi. 9 ekor lembu, dan berapa ekor kambing tak ingat. Alhamdulillah, dapat merasa rezeki daging korban. Rancangan tv macam tak best pun. Selsema pun dah mula menyerang. Yang best tu sempat bersubahat dengan YB untuk surprisekan mak dan ayah. Ayah dah banyak kali tanya kenapa YB tak call, dia tak tau yang YB tengah on his way home. 6.30 petang, YB dan isteri sampai. Terkejut mak dan ayah! Dalam hati mereka hanya Allah yang tahu kegembiraan mereka. Alhamdulillah.
Jumaat, sarapan roti jala kari daging buatan sendiri. Percubaan kali kedua. Alhamdulillah, walaupun ada yang rupa macam lempeng, tetap sedap dimakan. Waktu solat Jumaat, tonton live dari Masjid Negara. Teringat imam yang kena tampar tu. Bukan senang nak tengok orang solat Jumaat, selalu time ni aku terperap dalam bilik kat klinik saja. Lepas Asar, YB keluar dengan ayah. Aku start buat projek gardening pukul 6. Sakit juga pinggang mencangkul ni. Malamnya, kami tonton tv sama-sama sambil sembang.
Sabtu, sarapan roti canai. Kemudian kami ke pantai untuk rendam kaki. Air masin laut sebagai penawar sesetengah penyakit. Balik rumah, terus siap-siap untuk majlis qurban dan forum anjuran PU Shahul Hamid. Alhamdulillah, dapat ilmu berguna daripada Ustaz Firdaus Shahul Hameed dan Ustaz YUsof Yaakob. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pun hadir. Jumpa sahabat-sahabat muslimin, senyum-senyum saja. Makan tengah hari dalam talam. Daging kurma, daging rebus dengan air asam dan sambal belacan. Perghhh! Alhamdulillah. Dapat daging korban lagi. Dapat tengok lembu lari dikejar sampai atas bukit juga. Petang lepas Asar ada saudara mai. Malam, ayah bawa balik nasi lemak kenduri seorang sebungkus. Rezeki daripada Allah. Yang best tu, Piala Malaysia Penang 4, Pahang 1. Haria Penang Haria!
Ahad, masak bihun untuk breakfast. Kemudian masak lunch- daging masak hitam, ikan termenung goreng, kailan ikan masin dan sambal tumis telur burung puyuh dan petai. Terbaik mak! Pukul 6 petang, YB dan isteri pun berangkat pulang...biasanya orang yang ditinggalkan nilah yang sedih... Terima kasih YB...insya Allah berjumpa lagi.
Nilai kekeluargaan yang amat mahal untuk dibeli. Biarlah jika ada yang tak sudi untuk berkongsi kasih. Kami ada sesama kami untuk merasa kasih yang tulus dari hati. Bukan harta, pangkat dan rupa yang dipandang....tetapi keikhlasan dalam sesuatu hubungan itu yang lebih penting. Sayang semua ahli keluargaku!
No comments:
Post a Comment