Saturday, January 09, 2016

MUKA TIADA HIDUNG??

" Mak, muka adik ni takda hidungkah???"

Tanyaku pada mak, cukup kuat untuk didengari dalam jarak 2 meter ketika di clearance sale Sunshine tadi. Entah apa yang menariknya mukaku, aku sedar ada seorang lelaki yang berjalan dengan ISTERINYA, dari awal dok tengok aku. Dari bahagian t-shirt dan jeans, sampailah ke bahagian kopi dan teh, dia asyik tengok aku. Rupa-rupanya mak pun sedar juga. Mak terus dapat menangkap maksud soalanku.

" Ntahlah, dok jalan dengan bini pun masih tengok perempuan lain. Kot dia biasa tengok adik kat hospital kot!" Jawab mak.

Aku dah buat muka masam. Selang beberapa saat, aku pandang lelaki tu balik. Bila dia pandang aku, terus aku bagi jelingan maut. Sungguh tak menjaga pandangan! Isteri kat sebelah tu dah cukup segak mata memandang, yang dia nak pandang aku tu kenapa? Nak kata aku ni syok sendiri, mak pun jadi saksi juga. Akhirnya aku dan mak pergi jauh sikit ke belakang dan lepas tu kami tak nampak dah kelibat pasangan tu.

Lelaki. Maaf cakap, bukan semua, tapi ramai yang tak reti menjaga pandangan. Sekian lama aku menjadi lone ranger ni, dah ramai lelaki macam ni yang ditemui. Maklumlah, bila aku ke mana-mana, aku biasa bersendirian, jadi aku sangat aware dengan persekitaranku. Aku tahu siapa yang pandang aku. Ramai lelaki yang suka pandang-pandang ni ada pasangan di sebelahnya. Ada yang bawa anak pun. Masih mahu memandang gadis lain.

Aku bersyukur kerana antara ilmu yang aku belajar sekali terus ingat dan amalkan ialah menundukkan pandangan. Perempuan hiasannya malu. Perisainya sombong. Sebab itu aku tiada crush. Aku susah nak jatuh hati pada lelaki. Kerana aku jarang memandang, aku malu untuk memandang.

Aku harap lelaki tadi tolonglah terasa dengan kata-kata dan jelinganku. Jaga matamu elok-elok, jaga binimu di sebelah tu. Tak kiralah kalau kau pernah jadi patient aku sekalipun, kalau kenal, tegur terus, kalau tak kenal atau tak pasti, tak perlu pandang lama-lama. Aku tahu muka aku ni typical, sama dengan kawan dan adik-beradik kalian, tapi tak perlulah nak pandang lama-lama. Tadi aku siap cakap dengan mak," Tumbuk muka dia baru tau." Geram betul.

Beza sangat, tadi masa tengah bayar, ada lelaki tua pandang aku juga, dia senyum sikit dan anggukkan kepala. Itu pak long Ani, aku pun senyum dan angguk kepala juga. Ini barulah pandangan yang betul. Dia kenal dan tegur dari jauh dengan anggukkan kepala. Bukannya tenung macam nak makan orang tapi sampai kesudah tak kenal pun.

Semoga Allah sentiasa memelihara pandanganku daripada memandang perkara-perkara yang tidak mendatangkan saham akhiratku. Amin.

No comments:

Post a Comment