Minggu ni buat attachment dengan berat hati. Stressed and depressed. Male medical ward. Different diseases. Different types of patients. Many are hypokalaemic, many need to rule out stroke. Takda gang. Buat kerja, lepas tu buat hal sendiri. Nurses ada yang baik juga, cuma mungkin baru kenal, jadi kurang mesra. Ada yang siap bagi cadangan supaya aku stay in Medical dan buat on call, sebab depa dah bosan ber oncall dengan MO sedia ada.
Hari ni clinic day. First time turun ke klinik. Terimbau kenangan semasa Paediatric Clinic. Nurses kat situ yang nampak aku semua tegur aku. Specialist yang duduk depan aku pun realized that most nurses there have good terms with me. 1.40pm baru habis, mana sempat nak makan. Nurse di wad pula dah called untuk inform ada new case masuk. Dengue fever.
4.45pm aku dah menggigil, probably from hypoglycaemia. No more energy left. Ringan kaki melangkah keluar dari wad senyap-senyap terus ke surau. Asar masuk lambat.
Mujurlah rezeki murah. Ada orang belanja lunch+dinner at 6pm tadi. Dia nak ajak makan laksa tapi since aku tak makan lunch, perut kosong, angin dah naik sampai kepala, aku order nasi lemak ayam merah saja. Siap dapat hadiah tudung pashmina merah ang-ang! Memang tak sangka. Terharu, tapi nak gelak jugak. Macam manalah dia boleh beli warna merah terang macam tu.
We had a good chat, with some unexpected statements and questions. Be it a memorable moment for today. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment