Sunday, October 09, 2016

Kerja dan Mula Cuti

19-20 September 2016

Dua hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang. Doa tak putus-putus agar tak dapat pesakit yang rumit, ataupun mortality. Badan rasa seram sejuk, kepala pening, rasa tak sihat. Feverish. Ni mesti akibat kena panas masa cat besi bumbung. Pulun minum air, makan paracetamol 6 hourly, nak bagi cepat baik. Persiapan banyak lagi kena buat, tak boleh afford to just rest in bed.

Mencari tudung untuk walimah sebelah perempuan. Asalnya butik cadangkan tudung gold, itu yang kalut mencari tudung gold, walaupun sebenarnya berharap untuk pakai tudung hijau  muda saja. Pusing merata kedai cari takda yang sesuai. Masuk Nagoya, nampak dah kain glitter gold, teragak-agak nak beli, sebab tak rajin nak pergi hantar kedai untuk jahit tepi. Nak beli yang siap dah saja. Akhirnya masuk kedai SnQ, terpesona dengan pearl shawl. Dia cukup wide and long, material senang bentuk di muka dan senang iron, tak mudah kedut, cuma warna cerah dia jarang sikit. Borong warna putih, cream, gold, hijau muda dan hijau zamrud. RM 28 sehelai.

Keesokannya baru singgah Mydin lepas habis kerja, borong kek Apollo, wafer dan gula-gula. Ini untuk tambahan 100 jemputan lagi. Penat sangat dah badan, tapi digagahkan jua. Ima dah pulang ke Kuantan, jadi tiada sesiapa boleh menemani.

21 September 2016

Selamat hari lahir sahabatku Siti Hajar, sahabat sejak sekolah rendah, juga ada pertalian saudara. Kini sedang sarat mengandung anak kedua. Juga hari lahir Hafiz Hamidun, usahawan dan munsyid yang memberi inspirasi.

Hari pertama bercuti. Balik kampung pagi tu. Sempat sampai ketika mak dan ayah breakfast. Lepas breakfast tidur sebentar, semalam tak cukup tidur. Kepala pun dah bengong. Hari ni ada temujanji di butik pengantin, ambil pakej raja sehari:
1. Sauna herba
- Asalnya dia kata 20 minit, syoknya sauna bau herba, berpeluh-peluh....tengok tengok dia lanjut sampai 40 minit, sampai aku dah kekurangan oksigen, mata dan berpinar-pinar, menguap beberapa kali dah, aku pun panggil Ika untuk berhenti.

2. Minuman herba - apa ntah dia suruh habiskan segelas, dan ada segelas lagi air kosong. Aku masa tu baru nak pulih dari presyncopal attack, tak kuasa nak tanya, minum saja pastu berbaring, bagi darah naik balik ke otak.

3. Lumur badan + bleaching. Jenuh menahan kegelian, maklumlah tak biasa dilumur dan diurut sedemikian. Dah la bilik tu sejuk, dah rasa bladder penuh sangat. Lepas sejam lebih baru habis, terus mandi bersihkan diri.

4. Mandi bunga - yang ni best, harum bau bunga dengan limau purut, tapi tak boleh mandi lama-lama, nanti kembang.

5. Tangas - dia panaskan herba campur sireh kot, mula-mula nak duduk tu adoi panas pulak, lama sikit baru selesa.

6. Facial - yang ni macam-macam dia buat, termasuk sedut sel-sel kulit mati. Sakit juga la muka. Dia pasangkan mask dan biar aku tidur. Memang aku tidur betul, dalam setengah jam.Kesan daripada sedutan tu, pipi kiri aku ada kesan merah...Ika kata akan hilang dalam 2 jam, sampai ke hari nikah masih ada, tapi berkurangan...kesimpulannya jangan buat facial dekat sangat dengan hari kejadian...mujur dapat ditampung dengan foundation, dan aku guna Azanis scar serum untuk mengurangkannya.

Siap pakej spa dekat enam jam juga lah. Aku bawa tudung-tudung yang kubeli dan minta pendapat yang mana sesuai, mereka pilih tudung hijau muda pearl shawl tu. Aku juga request nak veil yang lebih panjang, sebab veil yang mereka bagi tu lebih pendek daripada tudungku, macam terapung-apung di bahu pula.

Balik rumah dah petang...ayah dok risau kenapa lah lama sangat, ayah ingat aku pergi fitting baju saja. TElur ayam 200 biji dah ada di rumah, sponsored by pak su dan mak su. Alhamdulillah.

22 September 2016

Tenaga yang diharapkan turun membantu tidak kunjung tiba. Bila dapat tahu yang mereka masih bekerja dan hanya akan pulang lewat malam, hancur hati ni...rasa macam "sampai hati mereka buat macam ni...". Hari tu terasa penat emosi. Aku sabar dan tahankan saja. Semua benda kena buat sendiri. Pagi tu lepas mak habis appointment doktor, terus keluar ke GIANT, beli buah-buahan dan kek. Aku harap sangat pada satu hari terakhir sebelum kejadian, aku dapat duduk rumah dan buat persiapan dalam rumah saja, bukannya masih keluar ke sana sini. Balik dari Giant, terus singgah Bahulu Mak Tam, ambil 800 biji bahulu kemboja yang ditempah. BOleh pulak dia lupa nak buat bahulu bentuk nenas yang mak pesan untuk hantaran. Bengang juga la, customer order, patut catat dengan jelas, jangan main lupa macam ni. Mujur kedai dekat, mak suruh dia buat juga dan akan ambil pagi hari kejadian.

Lepas makan tengah hari dan solat Zuhur, aku rempit ke pos office, masa ni baru nak cash in wang pos, hadiah peraduan My GST tu. Tinggal sehari saja lagi sebelum expiry date. Tunggu lama juga sebab staff tu macam tak biasa buat. Lepas tu baru pergi ambil kek sponge coklat di kedai Balqis. Sebelum tu singgah kedai UMee, nak cari manik untuk baju nikah, kalau ada, boleh jahit bahagian belakang. Malangnya manik warna silver tu tiada, maka tak jadilah nak tambah bahagian belakang.

Lepas Asar, aku dan ayah bergigih ubah sofa three seater yang besar dan berat tu ke tepi. Sapu segala habuk, then aku mula pasang curtain. Mak datang, belajar pasang curtain. Appreciate sangat her effort untuk belajar, sebab tu first time. Mak kesian tengok aku sorang-sorang kena pasang 13 helai curtain.

Lepas ayah keluar ke masjid untuk Maghrib, sempat kami one to one talk. Ada perkara yang mak ceritakan...mak tak puas hati anaknya dianiaya orang sebegitu...dalam masa yang sama mak bersykur kerana Allah bagi yang lebih baik. Aku cakap pada mak, kita let go saja...orang yang menganiaya pasti akan terima balasannya. Kita doa saja...kemudian aku pun cerita pada mak perkembangan manusia-manusia lain yang pernah aniaya kami juga...lihatlah Allah itu kan Maha Adil. Senyum.

Pukul 9 malam, Tuan Imam Masjid datang ke rumah, pesan suruh bawa Ic dan wang. RM 60 untuk kad, RM 10 untuk pendaftaran kot. Pada masa yang sama, butik datang untuk pasang pelamin di rumah. Mini pelamin, English style. Masa mereka tengah pasang, aku iron baju. Dalam sejam, siap. Cantik dan simple.


Renjis-renjis tepung tawar tak da,kami angkat simpan dalam bilik


Malam tu bonda tailor datang, tapi tiada apa nak tolong pun. Goody bags esok baru boleh buat, sebab tiada ruang nak letak.

Pukul 12 lebih tengah malam baru aku start berinai - seorang diri - sadis betul. Aku suruh mak ayah tidur dulu, mereka pun dah penat sangat. Aku guna inai celup dan berinai sendiri sambil tidur-tidur ayam. Lepas pukul 2.30 pagi baru semua selesai, dapatlah tidur betul-betul sampai pukul lima pagi.

Bangun pagi tu alhamdulillah, sempat solat tahajud, minta Allah mudahkan semuanya, beri kekuatan kepadaku, dan permudahkan perjalanan pulang ahli keluargaku. Mak dah start buat gubahan buah-buahannya. Aku pasang cadar pengantin, simple and sweet. Yang penting selesa nak tidur, bukan yang ada rambu ramba manik bagai tu. Yon pernah tanya, kenapa tak minta butik hiasakan bilik pengantin? Aku kata tak payahlah, bilik pengantin untuk pengantin saja, bukan nak tayang kat orang, nanti nak deco, payah pulak nak ubah susun atur barang semua.

Lepas Subuh, aku drive kereta keluar dari halaman rumah, nanti nak susun kerusi meja, susah dah nak lalu. Masa tu YB dan isteri sampai, alhamdulillah, rasa lega sikit.




No comments:

Post a Comment