16-18 September 2016
Alhamdulillah bulan ni ada dua long weekend. Isnin ada Aidiladha, kemudian Jumaat ada Hari Malaysia. Dapat cuti lama sikit, dok pulun siapkan dulang hantaran. Dulang beli sendiri, dulang besi dicat putih, dengan kaki tinggi, satu berharga RM13. Mulanya dah lihat di kedai menyewa dulang hantaran, tapi tak berkenan. Hiasan bunga pada dulang pun buat sendiri, gabungan bunga mawar putih, merah jambu dan peach. Of course bunga plastik.Base dulang dilapik dengan artificial grass, satu RM8.90. Barang-barang hantaran dihias dengan bead strings, ingatkan dekat Lazada murah - 1 meter RM13, tengok dekat kedai UMee RM7.50, rupa-rupanya dekat kedai Roses lagi murah, RM5.90. Kedai Foong Sheng jual RM10. Semua tempat ni beli sorang sikit, takut tak cukup, tengok-tengok ada lebih banyak.
Semua ada 13 dulang, berbalas 11 dulang. Yang mana isinya makanan basah hanya diisi pada hari kejadian.
1. Set baju kemeja dan tali leher
2. Set dompet dan tali pinggang
3. Kain pelikat
4. Sejadah
5. Minyak wangi
6. Set mandian
7. Jam tangan
8. Coklat disusun bentuk beca
9. Kek sponge coklat
10. Buah-buahan
11. Bahulu bentuk nenas
12. Coklat disusun bentuk jambangan bunga
13. Sireh junjung
Gubahan ni mak buat khas, pukul lima pagi hari kejadian
Sireh junjung tempah di kedai, pagi hari kejadian baru ambil
Bahulu ni mak tempah sekali dengan bahulu kemboja
Pada hari kejadian, ada saudara bawa set cookies (kot) dan tambah (letak bawah kek sponge coklat) tu. Malam tu mak dah bagitau, dulang dah cukup, tapi mereka nak bawa juga. Mereka sampai dah dekat pukul 10, dah nak keluar ke masjid, baru dok minta dulang, aku cakap dah penuh, dulang cukup-cukup saja 13. Mereka minta riben, aku cakap takda, waktu saat akhir macam tu aku dah tak boleh nak kisahkan riben dah, maaf, huhu.
Sebenarnya aku berterima kasih dengan sanak saudara yang prihatin macam ni, mereka baik hati nak sedekahkan/sponsor barang hantaran, cuma janganlah bagi last minute...bila dulang dah penuh, tak tahu mana nak letak, kalau letak asing juga, dah jadi nombor genap. Kalau tak, kena selit-selit macam tulah. Kalau nak bagi, bagitau awal-awal. Contohnya sahabatku Farah, awal-awal lagi dah bagitau nak sponsor jambangan coklat tu, Mak Lang dia yang buat. Jadi aku memang dah spare satu dulang untuk itu. Siap bagitau size dulang, supaya muat nak letak jambangan tu. Jambangan tu pula dihantar kepadaku oleh seorang lagi sahabat, Jazreeni, sebelum aku mula bercuti lagi. Terima kasih!
Minggu ni juga dua pupuku, Yon, datang malam-malam ke rumah untuk praktis make up, maklumlah, dia bukan jurumekap professional. Aku minta make up natural saja. Siap tanya pendapat pasal tudung untuk dipadankan dengan baju nikah.
Baju nikah tu kain warna bright peach/bengal pink dengan lace warna purple. Sponsored by my fiance (masa tu). Susah yang amat nak cari tudung siap untuk dipadankan dengan baju tu. Bila bawa cebisan kain nampak lain, letak dekat baju yang dah siap nampak lain. Tak teringat pula nak ke kedai kain tu untuk cari kain buat tudung, sebab dah tak rajin nak pi jahit tepi untuk tudung. Akhirnya jumpa tudung shawl glitter ni di kedai Zamiqa. Baju ni pula masa pergi fitting, kain dia kembang semacam, nampak gemuk pula, minta tailor adjust dulu, bila dia susun lipatkan lace purple tu baru tak kembang. Tapi badan macam besar pula, malas nak hantar kedai balik, aku kecilkan sendiri saja bahagian tulang tepi badan dan pinggang. Lepas tu tambah manik pada bunga-bunga lace tu, biar nampak naik serinya.
Veil purple untuk letak atas tudung, pinjam dengan butik pengantin, Dzaz Beauty. Lace dia sama saja dengan lace baju, veil pun labuh, memang padan sangat. Sebelum ni siap terfikir dan beli kain chiffon/net dan buat sendiri veil, membazir saja kan.
Masa ni tak letak manik kat bunga lace lagi
Masa minggu ni juga, aku bergigih cat besi pada bumbung (awning) sebab masa tu ayah demam pulak.Dah la besi tu tinggi, kena berdiri atas kerusi tinggi, naik pening jugaklah. Pukul 6 petang matahari masih bersinar terik. Tak boleh jadi, kena jaga muka, nanti jerawat susah. Cat tak habis pun, nanti baru sambung.
No comments:
Post a Comment