Dahulu dan sekarang pasti tidak sama. Dahulu, doktor ditakuti dan dihormati. Pesakit sedaya upaya cuba menepati waktu temujanji kerana bimbang dimarahi doktor serta khuatir jika tiada lagi peluang untuk diperiksa doktor. Dahulu, ibu mampu membawa anak kecilnya naik turun bas ke klinik atau hospital, tanpa ditemani si ayah yang sibuk bekerja. Sekarang, anak selalu terlepas temujanji doktor kerana ibu perlu menunggu si ayah ada baru boleh dibawa ke hospital. Dahulu, pesakit diberi teguran kerana tidak mengikuti temujanji. Sekarang, doktor dan staff diberi teguran kerana enggan memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang lewat. Sekarang, pesakit tidak hairan lagi jika dimarahi doktor, bagi mereka, pesakit berhak untuk diperiksa doktor pada bila-bila masa. Doktor perlu sentiasa ada 24 jam. Doktor rehat waktu makan, pesakit tak puas hati, katanya dah lama menunggu. Pesakit sesuka hati datang pukul dua tiga pagi untuk hal yang bukan kecemasan, doktor tak boleh kata apa. Bak kata Irish, they have no courtesy for doctors, nowadays. Sekarang, doktor yang akan dimarahi oleh pesakit walaupun doktor cuba untuk merawat pesakit sebaiknya. Rawatan doktor dianggap kezaliman untuk pesakit. Nasihat doktor hanya bebelan semata-mata. Pesakit atau keluarga pesakit semuanya berkelulusan ijazah kedoktoran belaka, mereka tahu bila kena datang hospital, bila kena bagi rawatan, bila boleh discaj. Mereka semua doktor belaka, tapi kenapa tak rawat sendiri di rumah saja?
Doktor menjadi superhuman. Doktor tak tidur tak apa, doktor tak makan tak apa.
Doktor berpangkat tinggi, bergaji besar, maka perlu kerja lebih. Tahukah berapa gaji doktor di sektor awam? Jauh lebih rendah berbanding dengan tugasan yang dilakukan. Oncall 24 jam lebih, kadangkala tidak tidur langsung lebih daripada 24 jam. Makan pun yang mana sempat saja. Best kan kerja doktor? Setelah memerah otak di sekolah perubatan bertahun-tahun, sambung pula housemanship dua tahun yang serba mencabar. Peliknya housemanship di sini begitu kurang etikanya berbanding di negara bukan Islam seperti UK dan Ireland. Kemudian buat permohanan untuk masuk ke bidang yang diminati lalu dihantarlah ke tempat lain, bekerja dalam bidang yang tak diminta pun. Baik tak payah susah isi borang. Birokrasi oh Malaysiaku. Syabas kerana berjaya menggalakkan doktor-doktor menjadi suri dan sura rumah.
No comments:
Post a Comment